Ayahnya sampai jual sesuatu berharga semata mata nak bayar yuran pengajian anaknya. Ini luahan pelajar pelajar IPT yang terjejas baru baru ini.

Keluarga Semasa

Belakangan ini, laman Twitter dan Facebook penuh dengan luahan rakyat Malaysia yang kecewa dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Peningkatan ini berlaku selepas mereka yang mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pulang ke Semenanjung Malaysia tanpa mengamalkan kuarantin selama 14 hari. Tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terutamanya pelajar pengajian tinggi seolah-olah ‘mengmuk’ selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan penangguhan pendaftaran secara fizikal.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, KPT meluahkan rasa prihatin dan khuatir dengan keselamatan para pelajar, maka Intitusi Pendidikan Tinggi (IPT) diarahkan untuk menjalankan pendaftaran secara talian sehingga pengumuman baharu dibuat. Namun begitu, tinjauan penulis di laman Twitter dan Facebook mendapati arahan KPT ini dilihat tidak diterima baik oleh para pelajar dan ibu bapa. Rata-ratanya menganggap keputusan ini adalah terlalu ‘last minute’ serta lebih merumitkan keadaan.

Banyak isu yang diutarakan oleh warganet, antaranya adalah berkenaan bil rumah sewa yang sudah dibayar dan kekurangan wang untuk pulang semula ke rumah meskipun baru sahaja tiba di pusat pengajian masing-masing. Berikut adalah beberapa luahan para pelajar yang kecewa dengan keputusan mengejut KPT.

“Ayah dah takdok duit nak bagi kakak”. Pelajar terpaksa jual telefon bimbit dan stethescope untuk perbelanjaan pengajian. Turut mengalami masalah yang sama, Aiman Psikologi juga meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan KPT ini. Lebih memilukan, seorang pelajar berkongsikan kisah bapanya yang terpaksa menjual motosikal dan menangguh pembayaran kereta kerana mahu menampung kos perbelanjaan pengajian miliknya. Namun, segala usaha bapanya seolah-olah sia-sia apabila dia tidak dapat pulang ke pusat pengajian, ekoran arahan baru dariada Kementerian Pengajian Tinggi.

Luahan yang mendapat hampir dua ribu perkongsian itu berjaya menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya mahu membantu pelajar itu dari segi kewangan. Pada mulanya, pelajar itu berkongsikan nombor akaun bank miliknya, namun dipadam tidak lama selepas itu selepas ditegur bapanya sendiri. “Ayah kata dah cukup, jangan amik duit oang lagi”

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kita semua, terutamanya pelajar pengajian tinggi yang terkesan dengan arahan mengejutkan ini. Buat para pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, penginapan atau pengangkutan, ramai rakyat Malaysia yang sudi membantu anda.

Sumber: LobakMerah

Mengejutkan Syed Saddiq menyuarakan pendapatnya mengenai Mahasiswa yang mengalami nasib tidak baik selepas kenyataan baru keluar semalam.

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi kemasukan pelajar pengajian tinggi yang bakal dibuka tidak lama lagi. KPT mencadangkan kepada semua institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan pendaftaran pelajar menerusi dalam talian termasuk aspek pengajian dan pembelajaran.

Ekoran daripada itu, Presiden MUDA iaitu Syed Saddiq menyifatkan keputusan yang dibuat KPT adalah membebankan mahasiswa yang sudah bersedia untuk meneruskan pengajian dan terjejas atas beberapa faktor yang lain. Di mana kebanyakan mereka sudah membayar deposit sewa rumah dan sudah membeli tiket untuk kembali ke kolej. Penangguhan pendaftaran

KPT menangguhkan segala aktiviti pengajian dan pembelajaran ekoran dari peningkatan kes positif Covid-19 saban hari. Peningkatan kes tersebut secara tidak langsung memberi kebimbangan kepada tenaga pengajar dan mahasiswa. Keputusan penangguhan itu dibuat adalah demi menjaga kesejahteraan pelajar dan staf akademik semua. Selain itu, KPT juga telah berkerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan bagi para pelajar yang telah membeli tiket ke IPT masing-masing.

Tak boleh lupakan kebajikan mereka. Susulan daripada kenyataan yang dibuat KPT itu, Syed Saddiq mengenang akan nasib pelajar dari Sabah dan Sarawak yang telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke IPT masing-masing, atau mereka yang telah membuat bayaran deposit rumah sewa. Perkara tersebut bakal memberi kesan kepada semua pelajar dan berdepan dengan kerugian yang tidak seharusnya. Keselamatan mahasiswa harus diutamakan tetapi ia tidak menghalalkan U-turn demi U-turn yang membebankan kebajikan mahasiswa. Apa nasib mahasiswa dari Sabah dan Sarawak. Apa nasib mahasiswa yang telah bayar deposit rumah, yang telah bayar tiket bas, bayar tol. “Datang, tiba-tiba perlu pulang semula. Mereka wajib mendapat pembelaan yang sewajarnya dan mendapat pampasan, compensation must be adequate. Kita tak boleh lupakan kebajikan mereka. Kerana kegagalan kita, kita bertanggungjawab untuk memberikan pampasan dan compensation kepada mahasiswa yang terjejas kerana U-turn baru ini.” katanya

KPT Tangguh Pendaftaran Secara Fizikal Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020

Kes aktif  Covid-19  di negara kita kini semakin menunjukkan peningkatan yang ketara dan secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak. Terkini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020. Demi keselamatan pelajar Menerusi kenyataan media KPT, pihaknya mencadangkan semua IPT untuk menangguhkan dahulu, pendaftaran secara fizikal bagi pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara atas talian begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sehingga pengumumam baru dibuat.

Keputusan ini dibuat bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan para pelajar yang menjadi keutamaan KPT. Pihak KPT turut menjelaskan jika pelajar yang sudah berada di kampus dan sedang mengikuti kelas pembelajaran, mereka ini boleh kekal berada di situ tanpa perlu pulang semula ke rumah. Penjadualan tiket pelajar. Selain itu, pihak KPT turut mengambil langkah proaktif untuk berunding semula dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi penjadualan semula tiket penerbangan pelajar untuk pulang ke kampus. Hasil rundingan tersebut, syarikat penerbangan bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020. Sebarang pertanyaan mengenai pergerakan balik ke kampus serta proses PdP, para pelajar boleh terus merujuk kepada IPT masing-masing. Pihak KPT juga, turut mencadangkan supaya segala jenis perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan terlebih dahulu.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *