Akibat penularan wabak covid 19 tular isu mengatakan akan dikenakan kuarantin di Selangor. Ini jawapan Dr Noor Hisham bagi kenyataan tersebut.

ISU SEMASA Semasa

MASIH belum ada perbincangan untuk mengenakan ‘lockdown‘ di Selangor, demikian tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kawalan kesihatan awam telah dijalankan dengan cara membendung kes dan kluster di negeri itu. “Jadi, kita harap kita dapat membendung penularan jangkitan dalam kalangan kes-kes yang telah dikesan dan juga kluster-kluster sedia ada.

“Kalau kita dapat laksanakan sebagaimana kita jalankan di negeri Kedah, kita boleh kurang Rt (kadar kebolehjangkitan) kepada kurang daripada 1. “Jadi, tindakan sedang aktif dijalankan di kawasan-kawasan tersebut. Kalau kita dapat jalankan tindakan tersebut, masih belum lagi kita bincang sama ada kita perlu lockdown atau tidak di Selangor,” katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenakan ‘lockdown’ di Selangor berikutan negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) lebih tinggi iaitu 1.95. Media sosial sebelum ini kecoh dengan khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk mengenakan lockdown di Selangor tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Sabah iaitu 1.95, di mana Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak. Ia berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu di Selangor sebelum ini daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.

Sumber: Mstar

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan di Selangor lebih tinggi berbanding Sabah

WALAUPUN peningkatan kes Covid-19 dicatatkan di Sabah, tetapi Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) yang lebih tinggi iaitu 1.95. Ia berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu di Selangor daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes. RT menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

“Nilai Rt di Sabah telah stabil walaupun masih berada pada tahap 1.26 semalam (29 September). Keadaan ini masih merisaukan kerana ia melibatkan bilang kes-kes baharu yang tinggi. “Nilai Rt mungkin akan meningkat, jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah menurun daripada lebih besar daripada satu (> 1) kepada 0.65 dan ia sejajar dengan kadar penurunan kes di negeri itu yang merekodkan hanya dua kes dalam tempoh empat hari. Noor Hisham berkata, keadaan itu menggambarkan pematuhan terhadap prosedur operasi standad yang ditetapkan. Sehubungan itu beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini. – Bernama

Kes naik mendadak lagi. Terkini 287 kes positif disahkan hari ni. Mengejutkan KKM bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 287 kes baru telah dilaporkan hari ini (2 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,771 kes. Daripada 287 kes kesemuaadalah kes tempatandan tiada kes import.

Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31). Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak). Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1540 kes. Manakala 22 pesakit berada di unit rawatan rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 136 kes. 81 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,095 kes.

Kes makin meningkat. Khairy Jamaluddin dedahkan harga vaksin covid 19 bagi setiap sorang rakyat Malaysia. Terkedu sampai macam ni sekali harga vaksin tu.

Kerajaan sedang meninaju harga indikatif pemerolehan bagi vaksin Covid-19 yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang bagi rkyat negara ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bkar. Memetik laporan Astro Awani, beberapa vaksln ditawarkan kepada negara ketika ini dengan harga berbeza dan ker4jaan perlu mengkaji setiap vaskln terlebih dahulu. “Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantvng kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksln ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksln mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik laporan Astro Awani. Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh ker4jaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi. Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksln itu.

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *