Terkenal dengan gelagat mesra bagi pasangan bahagia ini lebih lebih lagi apabila video tiktok mereka selalu tular di media sosial. Kalini Aeril Zafrel kenakan Wawa Zainal sehingga meraih perhatian warganet. Ini reaksi mereka.

artis Keluarga selebriti

Pasangan selebriti ini cukup terkenal dengan video ” masuk air ” mereka. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, kedua-duanya adalah pelakon dan usahawan. Memiliki tiga orang cahaya mata, namun kedua-dua pelakon ini masih kacak dan jelita. Aeril Zafrel yang cukup terkenal dengan videonya yang suka mengusik Wawa Zainal dan video Tiktok, tidak pernah menghampakan peminatnya. Sering sahaja video yang dikongsikan olehnya membuatkan ramai terhibur.

Terbaru, Aeril Zafrel kenakan Wawa Zainal sekali lagi dengan video gurauan ‘kasar’. Menerusi video tersebut kelihatan wajah Wawa Zainal diletakkan filter menjadikan mukanya seperti lelaki. Siap dengan misai dan janggut! Video Aeril Zafrel kenakan Wawa Zainal sekali lagi yang telah dikongsikan olehnya sendiri menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini Aduh, ada sahaja idea Aeril Zafrel untuk mengenakan isterinya itu.

Nanti mesti Wawa Zainal balas balik perbuatannya itu! Video tersebut telah meraih lebih 195 ribu tontonan dan 38 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan ada juga yang berpendapat Aeril Zafrel ‘nakal’ mengenakan isterinya itu. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan warganet mengenai video tersebut di ruangan komen: “Dia punya ‘okayyyy’ tu….”. “Ya Allah tergelak aku depan orang Ariel oiii”. “Hahahha par bibik tu kelakar…Ulang banyak kali still nak gelak”

Sumber: HCL

Terhibur Wawa Zainal sampai tak boleh berhenti gelak melihat imej baru suaminya yang dikongsikan melalui lama instagramnya baru baru ini.

Pasangan popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel jadi perhatian peminat lagi apabila berkongsikan satu rakaman mereka dimana kali ini bukan menunjukkan momen sweet namun lain pula yang menarik perhatian umum. Ini kerana, Wawa Zainal berkongsikan satu rakaman video dia bersama suaminya itu dengan merakam penampilan Aeril Zafrel yang melepaskan rambutnya.

Sedia tahu juga, Aeril Zafrel dilihat mengubah penampilannya yang sebelum ini berambut pendek namun kini dia menyimpan rambutnya dan mengayakan sehingga paras bahu. Jika sebelum ini, penampilan Aeril Zafrel mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan terbaharu pula Wawa Zainal dilihat melalui posting terhibur ketika merakam gelagat suaminya ini dalam kereta.

Berseloroh mengenai rupa suaminya itu, Wawa Zainal memberitahu bahawa dia sendiri turut akui akan hal itu lalu membuatkan pelakon dan usahawan jelita ini tidak dapat menahan ketawa. Aeril Zafrel bagaimanapun dapat diperhatikan turut tertawa dengan gelagat isterinya ketika merakam video ini lalu dikongsikan kepada umum. Selain video itu meraih perhatian peminat dan pengikut dengan ditonton lebih 230,000 kali oleh mereka, posting terbabit turut membuatkan orang ramai gelak besar melihat gelagat pasangan sama cantik, sama padan ini. “Hahaha macam cerita tarzan tu…” “Hahaha. Terikut gelak dengar Wawa gelak”

SUMBER: HCL

“Negatif Covid, Positif Handsome” – Aeril Zafrel Syukur Bebas COVID-19

Terdahulu, pelakon Aeril Zafrel berkongsi sepotong video ketika melakukan ujian saringan COVID-19. Menurut Aeril, dia mengalamai rasa kurang sihat baru-baru ini dan mengambil langkah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. “Hari itu rasa tak sedap badan, panggil doktor buat ujian COVID-19,” tulisnya di Instagram. Tambah suami pelakon Wawa Zainal ini, dia bersyukur kerana ujian tersebut telah menunjukkan keputusan negatif.

“Meleleh air mata, keputusan dapat semalam, Alhamdulillah negatif covid, positif handsome,” selorohnya. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Aeril meninggalkan respon berbeza, ada yang berkongsi pengalaman membuat ujian saringan COVID-19, ada juga yang menggambarkan rasa pedih ketika melakukan ujian itu. Apapun, pastikan anda sentiasa mengutamakan semua langkah pencegahan COVID-19 dan patuhi SOP ketika berada di luar rumah.- GEMPAK

Selepas Wawa Zainal membuat keputusan untuk mengubah sikapnya ternyata ini yang terjadi dengan rumah tangganya itu. Tak sangka sampai macam itu berubah selepas berkahwin dengan Aeril Zafril.

PELAKON Wawa Zainal mengakui rezekinya sekeluarga lebih terbuka luas selepas dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami iaitu Aeril Zafrel. Dalam hal ini, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, dia percaya mengutamakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan. “Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya… sebelum ini saya suka bertelingkah, sakitkan hati Aeril dan suka cari fasal.

This image has an empty alt attribute; its file name is wawa-zainal-300x200.jpg

“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik. “Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah!” katanya kepada mStar. Pasangan selebriti ini sering menerima pujian masyarakat apabila masing-masing dilihat menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni dan bahagia. Malah mereka juga dijadikan contoh oleh segelintir pasangan yang baru memasuki alam perkahwinan.

Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian.

Sementara itu, Aeril pula mengakui hubungan mereka juga pernah diuji, namun dia sentiasa bersabar dan berpegang kepada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan. “Ramai tanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga… tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah! “Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian tapi paling penting kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.

“Masa mula-mula kahwin tu memang ada gaduh tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya, ” ujarnya. Wawa dan suami yang juga pelakon Aeril Zafrel berkahwin pada 2013. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan. Tiada rumah tangga yang bebas daripada ujian. Namun setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Rumah tangga bahagia adalah yang mampu menghadapi ujian bersama-sama tetapi masih berpegang teguh pada syariat-Nya. Kita perlu belajar bahawa ujian dalam rumah tangga akan datang dari segala arah, bersedialah menghadapinya.

SUMBER: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *