Terkedu Isteri Hafiz Mahamad berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangka sehingga mengejutkan suaminya sendiri. Rupanya ini yang terjadi kepada Syafiqah Aina selepas 2 bulan mengandung.

artis Keluarga

Setelah tular di media sosial mengenai pengkongsian menyayat hati mengenai keadaan sahabatnya yang sedang terlantar sakit akibat str0k. Hafiz Mahamad hari ni mendapat perkhabaran yang menyedihkan buat dirinya dan keluarga kerana isteri tercintanya disahkan kehilangan anak dalam kandungan. Hafiz Mahamad berkongsi berita sedih itu di instagram beliau, hafiz redha dengan berita itu dan sentiasa positif kerana mungkin bukan rezeki mereka lagi untuk menimbang cahaya mata kedua. “Happy dapat rezeki anak, tapi.. “Abang, anak kita dalam kandungan dah tak ada”

Aina surprise saya last week, katanya dah 2 bulan pregnant. Happy sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada 2 kantung Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris & perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur & excited sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi.. Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yg s4kit semalam masuk dalam kereta & terus terima call dari Aina sebab dia pergi checkup “ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”

Saya tak tau nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yg sama terima call macamtu, korang boleh rasa tak perasaan saya ? Saya belajar something, nak tau apa ? Disaat saya terima call tu, aina kata anak saya dah takde & mata Saya tgk sahabat saya tengah tak berdaya depan mata Rasa syukur saya terus tinggi, saya taknak kecewa & tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk & saya belajar untuk redha Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bg lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang

Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy & mummy. Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu 2 bulan dalam kandungan sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy & kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dgn rezeki halal sayang

Ini semua 1 cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi & sentiasa ikhlas dalam usaha. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” selalu di hati kami Allah… Siapa pun yg mengharapkan zuriat, kau kurniakanlah mereka semua & kurniakan kesihatan buat mereka yg sedang mengandung itu Mummy, thank you jagakan anak kita dalam kandungan 2 bulan & terima kasih surprise daddy last week. Abang happy sayang sebab anak itu anak yg tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina. Komen warganet. “Anak syurga tunggu korang kat sana…” “Allah nak bagi rezeki lain nanti…”. “Haikal Aris jemput mummy daddy di pintu syurga…” Kami mendoakan semoga saudara Hafiz Mahamad dan isteri sentiasa kuat untuk menerima pengkhabaran sed1h ini dan diharapkan semoga semuanya dipermudahkan untuk Hafiz dan keluarga. In shaa Allah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Ig Hafiz Mahamad via TTK

Famous sebab suka buat kejutan, kini pasangan sweet ini terima ‘gangguan’ seram… dihantar sihir mantera di IG – “Itu bukan fake account”

MESKIPUN sudah memasuki tahun 2020, masih ada lagi dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut malah tergamak menghantar sihir kepada orang tertentu demi memuaskan hati sendiri.  Dalam dunia hari ini, sihir seolah-olah bergerak seiring perkembangan teknologi apabila didakwa boleh dihantar menerusi laman sosial hanya kerana manusia mempunyai perasaan iri hati melihat orang lain bahagia.

Begitulah kisah tular yang dikongsi oleh seorang pemuda apabila dia menceritakan pengalaman isterinya, Syafiqah Aina yang hampir disihir menerusi ruangan komen dalam bentuk mantera di Instagram.  Berkongsi cerita kepada mStar, Hafiz Mahamad memberitahu, kejadian berlaku apabila foto isteri bersama anak sulungnya yang dimuatnaik Syafiqah Aina dipercayai mendapat komen berbentuk sihir mantera daripada pengikutnya di laman sosial itu. 

Perkongsian Hafiz tular di laman Instagram apabila dia menceritakan pengalaman isterinya yang cuba disihir menerusi ruangan komen. Hafiz mengetahui perkara tersebut pada Ahad malam selepas isterinya memaklumkan dia mendapat komen pelik dan panjang daripada salah seorang pengikut di media sosial.  Kongsinya lagi, isterinya yang sedang asyik membaca komen pada foto yang dimuatnaik terperasan ada salah seorang pengikut telah meninggalkan komen panjang berbentuk sihir mantera berserta namanya, tetapi tidak menghabiskan bacaan itu.

“Berlaku di Instagram isteri saya, kira-kira pukul 11 malam dalam tiga hari lepas. Masa tu, my wife tengah scrolled Instagram untuk read komen dekat gambar yang dia baru post. Gambar dia dengan anak pertama kami.  “Biasanya, kalau kita post gambar and followers beri komen panjang-panjang, kita nak baca. Tapi bila isteri saya baca, komen tu pelik. Itu bukan macam komen, tapi itu mantera sihir yang disertakan dengan nama isteri saya lagi kat situ,” katanya.  Hafiz terpaksa menghapuskan komen yang ditinggalkan individu berkenaan supaya tidak memudaratkan pengguna laman sosial lain.  Bagaimanapun, Hafiz berkata dia terpaksa memadam komen itu di Instagram isterinya supaya tidak memudaratkan pengguna lain di laman sosial itu.

Tambahnya, dia enggan mendedahkan identiti individu berkenaan meskipun mengetahui akaun laman sosial yang digunakannya bukan palsu.  “Saya ingat lagi, part akhir pada komen itu ditulis, ‘Jahnam la kau’ dan banyak lagi yang saya tak boleh nak faham. Untuk elakkan orang lain baca, dan terkena pada orang lain, saya suruh isteri saya padam, tapi  sempat screenshot. 

At first, ingatkan orang yang komen tu pakai akaun fake, tapi sebenarnya akaun tu real. Dan saya tak nak dedahkan individu tu. Mujur isteri saya tak baca sampai habis dan dia sempat tunjuk pada saya,” ujarnya.  Pemuda berusia 27 tahun ini turut meluahkan rasa terkilan kerana masih ada lagi manusia yang mengamalkan perbuatan buruk menghantar sihir meskipun zaman teknologi serba moden masa kini. “At first, ingatkan orang yang komen tu pakai akaun fake, tapi akaun tu real. Dan saya tak nak dedahkan lah individu tersebut. Mujur isteri saya tak baca sampai habis dan dia sempat tunjuk dekat saya.” HAFIZ MAHAMAD. Bapa kepada seorang anak ini juga berasa kecewa dengan tindakan segelintir masyarakat yang memiliki sifat hasad dengki dan tidak senang duduk melihat pasangan lain bahagia.  

“Cuma saya tak berapa faham, dah masuk tahun 2020, masih ada lagi orang nak hantar sihir-sihir ni sampai kat ruangan komen pun boleh. Dan saya tak tahu apa motif mereka.  “Macam dulu, sebelum kahwin pun kami dikritik, lepas kahwin pun kena kritik sebab tak ada anak, now dah ada anak pun kena kritik. Terkilanlah,” tambahnya.  Hafiz juga menyatakan niatnya berkongsi setiap posting bersama isteri di laman sosial bukannya kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar mahu dijadikan inspirasi supaya pasangan suami isteri di luar sana menghargai pasangan masing-masing walaupun sudah berumah tangga. 

Hafiz tak berniat untuk menunjuk-nunjuk bahagia di laman sosial, malah ingin dijadikan inspirasi. “Apa yang saya kongsi di laman sosial tu bukannya niat nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan saya dengan isteri. Tujuan saya muat naik hanya untuk cipta momen yang nanti saya dan isteri boleh lihat. Untuk cipta kenangan. “Selain itu, ada jugalah nak dijadikan inspirasi supaya pasangan suami isteri di luar sana pun masih boleh ‘sweet-sweet’ dengan partner masing-masing walaupun dah berkahwin,” katanya.

Sebelum mendirikan rumah tangga, Hafiz pernah dikritik warganet kerana dianggap mahu menunjuk-nunjuk sikapnya yang suka memberikan kejutan demi kejutan kepada Syafiqah Aina. Dia juga pernah membawa isterinya menaiki limosin, selain menghadiahkannya kereta serta pernah membuat kejutan membawa ibu bapanya dan pasangan menaiki kapal mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor semasa mereka sedang bercinta.Hafiz dan Syafiqah Aina mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata yang berusia tujuh bulan.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *