Terbaru akibat penularan covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Mutasi D614G di Sabah berpunca dari negara negara ini. Ternyata ini yang dibongkarkan KKM.

Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India. “Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4. “(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah. “Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber: HMETRO

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online

WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal

Dahulu, punca kepada penularan wabak COVID-19 masih menjadi perdebatan dalam kalangan para saintis dunia sehingga mendorong kepada beberapa teori konspirasi dari mana asal virus itu. Ini termasuk dakwaan mengatakan ia berpunca dari sebuah makmal keselamatan bio yang terletak di kawasan pinggiran di bandar Wuhan, dikenali Institut Virologi Wuhan (WIV). Biarpun begitu, pemerhati isu kesihatan global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal.

“Semua bukti kajian yang ada ketika ini jelas mengatakan bahawa ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan tiada bukti yang kukuh mengatakan ia dimanipulasi atau dicipta di makmal atau dari mana-mana tempat yang tidak diketahui,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib.Chaib, pada masa sama, menekankan bahawa selari dengan konsensus saintifik ketika ini, virus itu dikaitkan dengan kelompok ekologi kelawar. “Ramai ahli penyelidik telah berjaya mengkaji ciri-ciri genomik virus SARS-CoV-2 itu, tetapi tiada sebarang penemuan mendapati ia merupakan buatan makmal,” katanya. – Awani

Naik mendadak. Mengejutkan kes positif covid 19 naik lagi 3 angka. Akhirnya kkm tampil bongkarkan dari mana datang punca kes positif covid 19 tiba tiba naik mendadak.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 260 kes baru telah dilaporkan (1 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,484 kes. Daripada 260 kes ini, 159 adalah kes tempatan dan 1kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1124 kes. Manakala 20 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 3 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 136 kes. 87 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,014 kes.

Mengejutkan 4 Daerah Di Sabah Diisytiharkan PKPDB. Tk Sangka Sampai Macam Tu Sekali Yang Terjadi Di Sabah Bila Kes Positif Covid 19 Naik Mendadak Disana.

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu. Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan. Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *