PKP sebelum ini telah menyedarkan Fizz Fairuz dalam menguruskan perbelanjaan. Ini nasihatnya kepada golongan selebriti.

artis selebriti

Mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini kita telah membuka mindanya, pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan beliau lebih menghargai sesuatu karya dan hasil pendapatan yang diperoleh dari lakonannya malah tidak ketinggalan menyeru rakan artis supaya tidak membelanjakan wang dengan boros.

“Sejak pelaksanaan PKP, banyak perkara yang kita belajar terutamanya dari segi menghargai sesuatu karya dan bayaran ataupun gaji yang diperoleh hasil dari pekerjaan kita. Boleh disimpulkan saya lebih menghargai apa yang diperolehi selama ini, penularan pandemik COVID-19 memang membuka minda saya,” Menurutnya, golongan artis wajar bersyukur dengan apa yang diperoleh dan mengalakkan golongan ini menggunakan wang hasil dari penglibatan dalam industri hiburan itu dengan cara yang betul. “Bersyukur dengan apa yang ada, dan paling penting, simpanlah duit. jangan ketika dapat duit, terus habiskan. Sekiranya apa-apa berlaku nanti, duit itulah yang akan kita guna semula. Kalau berlaku kesusahan dan tiada duit simpanan, akan adalah artis yang meminta bantuan dari pihak lain seperti yang kita pernah lihat.” Terdahulu, tular di media sosial apabila Fizz memaklumkan isterinya, Almy Nadia akan menjalani operasi batu karang dalam hempedu hari ini selepas mengalami sakit tersebut selama sebulan. Malah, ia juga merupakan jalan akhir selepas mereka mencuba pelbagai perubatan lain bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

Sumber: BeautifulNara

Sakit sampai berguling guling. Fizz Fairuz bongkarkan ini yang terjadi pada Almy Nadia sampai terpaksa buat operasi hari ini. Rupa rupanya dah sebulan Almy Nadia sakit macam ni.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan isterinya, Datin Almy Nadia akan menjalani operasi batu karang dalam hempedu hari ini selepas menderita sakit tersebut selama sebulan. Menurut Fizz ia merupakan jalan akhir selepas mereka mencuba pelbagai perubatan lain bagi menyembuhkan penyakit tersebut. “Sebenarnya Almy dah sakit sejak sebulan lalu. Sebelum ini dia dah buat segala pemeriksaan dan diberi ubat. Ketika itu nampak seperti sudah sembuh. “Namun, tidak lama selepas itu sakitnya datang balik meskipun kita dah cuba pelbagai perubatan lain. “Hinggalah doktor mengesahkan ia tidak boleh ditangguh lagi dan Almy perlu menjalani operasi untuk membuang batu karang tersebut pada tengah hari ini,” katanya kepada Astro Gempak. Menurut Fizz, pada mulanya dokor mengesahkan ia hanya sakit gastrik biasa sebelum berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Ampang Puteri.

“Setiap kali ke hospital doktor hanya ingatkan ia gastrik biasa tapi dari kesakitan yang ditangguh sehingga lemah saya jadi pelik. “Saya pun meminta Almy menjalani pemeriksaan endoskopi dan doktor jumpa sesuatu dalam perutnya dan meminta ia dibuang segera untuk tidak membahayakan. “Saya minta semua doakan operasi ini berjalan lancar dan Almy selamat,” katanya lagi. Sebelum ini, Fizz yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon itu pada tahun 2014 berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.

Terkedu Fizz Fairuz ambil risiko setelah lakukan sesuatu ini kepada isterinya. Ternyata ini yang didedahkan suami Almy Nadia selepas meragui dengan doktor ketika Almy menghidap sesuatu ini.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz akui kurang yakin dengan kata-kata doktor mengenai peny4kit yang dihidapi isterinya, Datin Almy Nadia yang dimasukkan ke hospital bulan lalu. Menurut Fizz, dia percaya dengan keputusan ujian yang dibuat, namun ada sedikit keraguan kerana doktor yang terlibat itu sendiri kurang pasti dengan keadaan sebenar yang berlaku pada sistem dalaman isterinya itu. “Almy dimasukkan ke hospital selama empat hari bulan lalu, dia telah disaspek ada batu karang dalam hempedu dan telah menjalani ujian ultra-sound dan MRI. “Pada masa yang sama, doktor kata batu-batu itu telah jatuh ke dalam ususnya. “Namun begitu, kata-kata doktor itu tidak meyakinkan saya kerana menurutnya, batu karang jatuh ke dalam usus itu adalah satu kemungkinan.

“Apabila doktor kurang yakin, secara tak langsung, ia membuatkan saya juga kurang keyakinan untuk teruskan proses rawatan Almy di hospital,” katanya kepada Gempak. Fizz berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Tanya Sama Pokok di Sungai Besar, Kuala Selangor semalam. Tanya Sama Pokok yang diarahkan oleh Sabri Yunus itu akan menemui penonton bermula 21 September 2020, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107). Tambah Fizz, selepas empat hari Almy berada di hospital, dia telah membuat keputusan untuk mengeluarkan isterinya itu dan menjalani perubatan secara tradisional. “Saya beritahu Almy, saya akan ambil risiko, keluarkan dia hari hospital dan pergi berubat secara tradisional. “Saya tahu tempat perubatan tradisional yang terletak di Melaka itu kerana ada artis yang sudah kena penyakit batu karang berubat dengannya sebelum ini.

“Ketika menjalani perubatan itu, batu-batu karang dapat dikeluarkan menggunakan tangan pengamal perubatan tersebut dan ia dapat dilihat oleh mata kasar kita sendiri. “Dia hanya meletakkan tangan ke bahagian tubuh yang terlibat, kemudian tiba-tiba muncul batu-batu halus pada tangannya,” katanya lagi. Dalam pada itu, Fizz juga gembira kerana keadaan kesihatan Almy semakin baik sejak kebelakangan ini. “Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik, sihat dan bertenaga, siap boleh datang ke lokasi penggambaran saya yang jauh dari Kuala Lumpur untuk hantar makanan,” selorohnya.- GEMPAK

Mengejutkan setelah sekian lama tidak berjumpa Almy Nadia beri kejutan ini untuk suaminya. Warganet memuji sikap Almy Nadia di satu postingnya itu.

Pelakon Datin Almy Nadia memberikan kejutan buat suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz. Almy berkongsi kisahnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini. Lebih manis lagi, Almy hadir ke lokasi penggambaran Fizz bersama anak-anaknya sambil membawa makanan. Menurut Almy, sudah hampir seminggu anak-anaknya tidak bertemu dan mula merindui bapa kesayangan mereka. “Alhamdulillah, kami buat kejutan dekat en suami semalam. Kami pergi dekat set en suami dekat Sg Besar Kuala Selangor. “Dekat seminggu anak-anak tak jumpa papa bawalah lepas rindu, kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk untuk bekalan dia kat sana untuk dia makan (sebab en suami sejenis sanggup tahan lapar, sebab perut dia jenis tak boleh makan benda merapu-rapu).

“Anak-anak gembira dapat jumpa papa termasuk la mama dia (sat ni hampa kata kami tak rindu pulek). “Niat kami bawa anak-anak jumpa papa dia lepas rindu, lepas tu niat belanja makan dekat set en. Suami,” tulisnya Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Almy dan mendoakan kebahagiannya keluarganya. “Alhamdulillah… Bagusnya Almy… Moga diberi keberkatan kebahagiaan keluarga Almy di dunia hingga akhirat,” doa @radinnormalawati “Suka tengok cara @almynadiaofficial bagus jaga perut suami. Anak-anak terjaga! Sibuk macam mana pun teurus ja,” puji @__ratnadiabu__

Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Dalam pada itu, Fizz berkata keadaan Almy atau nama sebenar Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34, berkata, isterinya mengalami sakit perut yang teruk pada Isnin. Bagaimanapun, keadaannya kini lebih baik selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Almy Nadia yang turut melihat video tersebut juga terharu dengan sifat anaknya yang membantu walaupun pada usia yang masih kecil, tetapi memahami keadaan yang dialami. “Itulah Arianna, bila susah, nampak sangat-sangat membantu dan memahami keadaan mama, papa dan family. Syukur Ya Allah. Mama tengok video ni pun mama (menangis). Thank you love sebab jaga anak- anak masa mama sakit. Thank you love,” tulis Almy di ruangan komen. Rata-rata memuji sifat tanggungjawab yang ditunjukkan Arianna sebagai seorang kakak biarpun usianya terlalu mentah. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

SUMBER: GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *