Selepas sahaja beri makanan kepada kucing ini. Lelaki itu terus dapat sesuatu secara tiba tiba. Rupa rupanya ini yang dia dapat selepas berbuat baik kepada haiwan tersebut.

Haiwan OH AGAMA

Pernah tak bila anda berada di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang?. Dengan keadaan yang kotor dan kurus meminta makanan dengan anda. Ada yang memberi makan dan ada juga yang menghadiahkan dengan perbuatan kasar. Realiti yang boleh dilihat pada hari ini. Setuju atau tidak?. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Secebis kisah yang dikongsikan oleh Kedai Kucing Si Comel melalui pengalamannya sendiri diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk berkasih sayang sesama haiwan. Jika anda tidak mendapat ganjarannya sekarang, yakinlah akan nilai pahalanya di akhirat kelak.

Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pellik. 3.45pm: Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati. Jika Rasulullah nampak, baginda mesti sedih sebab baginda sayang pada kucing. Niat sebab Rasulullah. 6.00 pm: Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak. 6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr, apasal free? Cashieer cakap nasi ni tak perlu bayar.

Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free?. Aku tak kenal pon tokey restoran ini. Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya. Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelikk, dan agak seram juga. Apa pendapat korang? Tu laa gambar budak 2 ekor. Lepas dapat nasi free, aku terus tangkapp 1 keping gambar nasi dengan makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.

Sumber : SK

Beri binatang makan amalan terpuji

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita di azab kerana seekor kucing yang ia kurung hingga mati kelaparan. Maka dia masuk neraka kerananya. Engkau tidak memberinya makan dan tidak pula engkau beri minum ketika engkau mengurungnya dan tidak pula engkau membiarkannya agar dia makan binatang-binatang tanah.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dunia ini, kita berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain. Satu daripada makhluk terbesar selain manusia adalah binatang. Kita dan binatang saling memerlukan dan sesetengah jenis binatang menjadi hidangan kita. Tidak semua aspek kehidupan kita sama dengan binatang, tetapi banyak aspek zahiriah kita ada persamaan dengannya. Berdasarkan hadis itu, jelas ada wanita diaz4b di neraka kerana tidak memiliki sikap belas ihsan terhadap seekor kucing. Sisa makanan kita setiap hari adalah hidangan yang lazat bagi mereka. Apa salahnya kita beri mereka berbanding mencampaknya terus dalam tong sampah?

Malah, keadaan seekor kucing yang sarat bunting juga lemah dan lelah sama seperti wanita mengandung yang tidak bermaya untuk berdiri dan berjalan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sebahagian peruntukan untuk membeli makanan buat kucing jalanan (stray cats). Ia binatang yang tidak dipandang kerana ramai hanya ingin memelihara kucing berbulu kembang atau baka import.

Beri harapan dan kehidupan untuk binatang kerana akan membuatkan kita bahagia. Kecintaan kepada binatang akan membentuk sikap dan jiwa penyayang. Anak kecil yang diasuh mencintai binatang akan membesar dengan sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat. Apabila ternampak kucing kurus kering di tepi jalan, hati mereka terdetik untuk memberi makanan. Sifat prihatin itu bukan saja ‘tumpah’ terhadap binatang, bahkan kepada manusia juga. Perhatikan bagaimana masyarakat negara maju memberi layanan terhadap binatang. Mereka sangat prihatin terhadap kebajikan binatang sehingga pesalah yang berbuat buruk kepada binatang akan dikenakan hukuman berat.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan ia merasa sangat haus. Lalu ia menemukan sebuah sumur kemudian dia turun ke dalamnya lalu ia minum dan kemudian keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya. Akibat kehausan ia terpaksa makan tanah lembap.

Orang itu lalu berkata, “Anjing ini kehausan seperti yang aku alami.” Lalu ia turun ke sumur itu kemudian mengisi sepatunya dengan air dan memegangnya dengan mulut lalu memberi minum anjing itu. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Sahabat kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah terhadap haiwan-haiwan ada pahala bagi kami?” Baginda bersabda, “Pada setiap makhluk hidup mendapat pahala.” (Hadis Riwayat Muslim) Jelas, amalan menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada binatang terbiar adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama.- Penulis Perunding Psikologi Bahasa

Sumber: HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *