Sebelum ini pelajar IPT dizinkan pulang ke kampus pada bulan Oktober tetapi kalini ada arahan baru untuk mereka. Rupanya ini punca Kementerian Pengajian Tinggi menangguhkan pendaftaran pelajar IPT .

Infomaklumat ISU SEMASA

Kes aktif  Covid-19  di negara kita kini semakin menunjukkan peningkatan yang ketara dan secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak. Terkini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020. Demi keselamatan pelajar Menerusi kenyataan media KPT, pihaknya mencadangkan semua IPT untuk menangguhkan dahulu, pendaftaran secara fizikal bagi pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara atas talian begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sehingga pengumumam baru dibuat.

Keputusan ini dibuat bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan para pelajar yang menjadi keutamaan KPT. Pihak KPT turut menjelaskan jika pelajar yang sudah berada di kampus dan sedang mengikuti kelas pembelajaran, mereka ini boleh kekal berada di situ tanpa perlu pulang semula ke rumah. Penjadualan tiket pelajar. Selain itu, pihak KPT turut mengambil langkah proaktif untuk berunding semula dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi penjadualan semula tiket penerbangan pelajar untuk pulang ke kampus. Hasil rundingan tersebut, syarikat penerbangan bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020. Sebarang pertanyaan mengenai pergerakan balik ke kampus serta proses PdP, para pelajar boleh terus merujuk kepada IPT masing-masing. Pihak KPT juga, turut mencadangkan supaya segala jenis perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan terlebih dahulu.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah menuju Malaysia maju

DI DALAM era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan.

Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta termasuk sekolah-sekolah di Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan. Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti BlackboardEdmodoGoogle Classroom dan ClassDojo. Melalui platform yang tersedia, kaedah hybrid pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan melalui kaedah sistem pengurusan pembelajaran seperti DoceboUdemySkillshareWizIQAdobe Captivative Prime, dan SAP Litmos. Bagi memastikan kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang standard, jaminan kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap perubahan semasa dan teknologi, permasalahan berkaitan harta intelektual dan hak cipta serta sokongan institusi pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian.

Justeru, setiap pendidik harus memperkenalkan apparatus dan metodologi yang dapat membantu meningkatkan kualiti proses pembelajaran dengan menyediakan informasi yang berguna tentang pelajar dan aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka dalam sistem pembelajaran atas talian.Selain itu juga, pendidik dan juga institusi yang menjalankan kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian perlu memastikan bahawa rangkaian sosial adalah boleh dipercayai dan mampu untuk mengukur prestasi akademik sebenar selain memastikan jaringan keselamatan yang terkawal agar tiada isu kebocoran maklumat yang tidak wajar. Tidak dapat dinafikan melalui kaedah pembelajaran atas talian banyak manfaat yang boleh didapati. Pengajaran atas talian membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Selain itu, pelajar juga dapat melalui proses pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan.

Fasiliti dan infrastruktur untuk diskusi atas talian dan bantuan pengajaran untuk isi kandungan juga dapat disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan. Di samping itu, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu dapat diselaraskan. Demi memastikan pendidik kekal relevan dan dinamik dalam menyampaikan ilmu secara atas talian terdapat beberapa laman web yang menawarkan kurus dan pembelajaran atas talian bagi meningkatkan pemahaman dan kualiti pengajaran seperti EPSA, Coursera, EDX, dan Futurelearn.Melalui platform yang diperkenalkan pengajar juga boleh berinovasi dalam penyediaan platform kaedah pengajaran dan penyampaian maklumat yang lebih sistematik dan efisien.Justeru, beberapa pensyarah rentas fakulti di bawah kumpulan Entiti Kecemerlangan Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka melalui kerjasama industri dan institusi pengajian tinggi luar negara telah membangunkan pelbagai platform digital mesra pelajar dan interaktif bagi subjek Ekonomi dan Keusahawanan di bawah seliaan penulis dan rakan.

Inovasi yang dihasilkan telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa seperti Korea Selatan, Kanada dan Taiwan.Melalui kajian yang dilakukan oleh Vanderbilt University di Amerika Syarikat pada tahun 2015 mendapati bahawa hampir 92% responden yang terdiri dari pelajar pelbagai bidang dan fakulti bersetuju bahawa pembelajaran secara atas talian adalah lebih efektif dan berkesan berbanding pengajaran dan pembelajaran secara konvensional.Manakala hampir 3% dari bilangan keseluruhan responden masih memerlukan kaedah pengajaran dan pembalajaran secara bersemuka, dan baki hampir 5% responden adalah neutral. Ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran atas talian adalah pilihan pelajar masa kini.

Walaubagaimanapun, setiap pendidik harus mengambil kira beberapa faktor yang perlu dilalui oleh realiti kebanyakan pelajar di iaitu bukan semua pelajar mempunyai akses capaian internet yang baik, masih ada di kalangan pelajar yang tinggal di pedalaman, pelajar yang berada di rumah di sepanjang tempoh PKP perlu membantu ibu-bapa menguruskan aktiviti harian, kediaman yang tidak selesa, serta kemudahan telefon pintar dan aksesori berkaitan bukan canggih dan terkini. Justeru, pendidik perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap pendidik perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan inklusif tercapai.-Awani

COVID-19: Kerajaan timbang benarkan pelajar universiti pulang

Sebelum ini, Kerajaan sedia menimbang membenarkan kira-kira 100,000 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara yang sedang kuarantin di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan pulang yang ketat.

“Kita tidak mahu 100,000 pelajar ini pulang serentak. Kita mungkin memastikan pelajar perlu mendapatkan saringan kesihatan sebelum pulang ke kampung. “Itu perkara yang kita lihat dan minta supaya rundingan diadakan di antara Kementeran Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan supaya dapat lihat bagaimana nak bantu pelajar pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. Kerajaan sebelum ini memutuskan pelajar IPT awam, swasta dan kolej komuniti kekal berada di kampus kediaman masing-masing, sepanjang PKP berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu sehingga 28 April ini bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Ismail Sabri, berkata kerajaan membuat pertimbangan itu selepas mengambil kira rintihan pelajar dan ibu bapa selain melihat kepada rekod tiada penuntut dijangkiti COVID-19 sepanjang tempoh kuarantin di kampus selepas 28 hari PKP dilaksanakan. “Kita faham ibu bapa dan pelajar IPT tertekan kerana mereka berada lama di kampus masing-masing. Kita mendapat rayuan daripada ibu bapa dan pelajar yang ingin pulang ke kampung.

“Mesyuarat sebelum ini kita buat keputusan mereka perlu terus tinggal di kampus sehingga mendapat nasihat Kementerian Kesihatan. Hari ini kita dapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan, mereka berada di kampus lebih daripada 28 hari. “Jika dikuarantin dan sudah dua kali tempoh 14 hari tidak ada gejala, kita anggap mereka tidak ada jangkitan COVID-19. Maka kita bincang tadi ada kemungkinan kita membenarkan mereka pulang tapi dengan SOP yang ketat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan KPT akan mengeluarkan SOP untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing. Beliau berkata, antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil untuk melakukan proses saringan kesihatan kira-kira 100,000 pelajar IPT terbabit dan bagaimana mengelak pergerakan secara massa.

“Berdasarkan faktor itu, barulah boleh ditentukan nanti bila tarikh untuk dibenarkan pulang. Kalau dibenarkan pulang nanti MKN, KKM dan KPT akan mengeluarkan SOP penghantaran pulang. “Yang penting, kita tidak mahu berlaku pergerakan besar-besaran. Bayangkan jika mereka balik serentak, bas berbondong-bondong balik dan singgah di hentian rehat (RNR), akan berlaku pertembungan yang besar, kita nak cuba elak perkara itu,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *