Mengejutkan Alyah luahkan hasratnya untuk ada anak sendiri dalam tempoh terdekat ini tapi ada syarat syarat yang diletakkannya. Ternyata ini syarat yang dibuat.

artis Keluarga

Penyanyi Datin Alyah tidak menolak kemungkinan untuk dia dan suami, Datuk Ramli M.S merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam masa terdekat. Jelas Alyah bagaimanapun dia perlu memperlahankan aktiviti seni sekurang-kurangnya setahun sebelum memulakan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

“Sebagai wanita yang bergelar isteri saya nak sangat untuk ada anak sendiri tapi kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan. “Apa yang boleh saya katakan, jadual kerja saya yang terlampau padat membuatkan saya perlu mempertimbangkan waktu sebaik mungkin sebelum melakukan rawatan IVF kerana ia memerlukan tempoh rehat yang panjang misalnya setahun.

“Selagi saya masih memberikan komitmen terhadap nyanyian, agak sukar untuk saya menjalani rawatan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Gempak. Alyah ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Zafesya Simply di Dorsett Putrajaya baru-baru ini mengakui dia kini sudah mulai memperlahankan aktiviti seninya.

“Insya-Allah saya akan melakukan rawatan itu sebab sekarang pun sudah perlahan-lahan aktiviti nyanyian. “Lagipun, sekarang saya sudah kurang ghairah untuk membuat persembahan berbanding dulu,” tambahnya. Alyah dan Ramli telah disatukan dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013

Sumber: Gempak

Alyah Tidak Putus Doa Dapat Anak

BIARPUN sudah lama mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS, Datin Alyah tidak pernah berhenti berdoa untuk dikurniakan zuriat sendiri.  Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 36, berkata dia akan memujuk hatinya dengan menonton video ceramah daripada Ustaz Kazim Elias yang membicarakan mengenai rezeki anak.

“Alhamdulillah, kehidupan rumah tangga saya berjalan dengan baik. Saya faham bila ada orang tanya tentang anak. “Tapi saya tak pernah berputus asa berdoa untuk dikurniakan anak. Setiap kali nak pujuk hati saya akan tengok video ceramah Ustaz Kazim. 

“Kata Ustaz, ada sebab kenapa Allah masih belum bagi rezeki anak kepada kami. Sejak kahwin sampai sekarang saya selalu berfikir positif,” kata Alyah kepada mStar Online.  Menurut Alyah, ada yang ingin memberi anak angkat kepadanya namun dia mempunyai tanggungjawab yang perlu diutamakan. 

“Ramai yang ingin beri anak angkat tetapi saya ada tanggungjawab yang banyak.  “Dua anak angkat juga sudah besar dan kini tinggal di asrama dan belajar di sekolah menengah,” katanya. Dalam perkembangan nyanyian, Alyah kini muncul dengan lagu duet bersama penyanyi Farawahida berjudul Mengapa Harus Aku. 

“Awal kemunculan dulu saya pernah berduet dengan penyanyi lelaki iaitu Riz (AF6) menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang. “Selepas itu, saya pasang impian berduet dengan penyanyi wanita pula dan mencari yang secocok dengan suara dan akhirnya saya memilih Farawahida,” ujarnya.

Sementara itu, pemilihan Farawahida adalah disebabkan penyanyi tersebut memilik suara yang berbeza daripadanya. Malah, penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa ini membuat kajian mengenai Farawahida sebelum menawarkan lagu tersebut. “Saya pilih Farawahida sebab dia memiliki suara yang berbeza daripada saya. Malah suara dia juga sesuai untuk berduet bersama.  “Sebelum itu saya kaji juga dia. Bukan nak kata kita ini bagus tapi nak tahu sesuai ke tidak. Dia ada kelaianan, jadi orang boleh tahu perbezaan suara kami,” kata Alyah.- Mstar

Rasa dah tiada jodoh. Mengejutkan Datin Alyah tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya buat ramai terkedu. Rupa rupanya dalam diam ini yang terjadi pada rumahtangga dia.

MASALAH rumah tangga Datin Alyah dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS sejak pasangan itu berkahwin pada 2013 hampir membuatkan penyanyi itu berputvs asa. Ujar Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, dia sedar wujud pihak tertentu yang tidak senang dengan perkahwinan mereka dan ingin memecah-belahkan rumah tangganya.

Enggan terus membiarkan ia terus berlanjutan, penyanyi lagu Meluruh itu dan suaminya sama-sama mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri untuk menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri. “Kita berubah di kedua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah… macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ini, rumah tangga ada up and down.

“Orang dekat luar pun get ready saja… bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita. Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi. “Untuk apa… semua untuk memecah-belahkan rumah tangga. Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa kita dulu tak ada laman sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu saya tetap menunggu bapa saya.

“Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka. Itulah yang saya rasa terlepas untuk beberapa tahun lalu. Alhamdulillah saya dah dapat balik, saya harap dapat terus kekalkan macam ini,” kata Alyah kepada mStar. Alyah ditemui pada majlis memperkenalkan dia sebagai duta produk Zafesha Simply di Hotel Dorsett, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Alyah mengakui dia ada perancangan untuk bersara daripada dunia seni beberapa tahun lagi dan salah satu sebabnya mahu memberi tumpuan bagi mendapatkan zuriat. Alyah sudah ada perancangan untuk bersara dari dunia seni.

“Secara jujur saya memang tak akan menyanyi sampai tua… kita pun tak tahu tapi ini hanya perancangan. Allah lebih mengetahui. Ada satu waktu yang tak boleh nak dikongsikan, tapi saya akan bersara bukan berehat. “Ini keputusan yang terbaik dan memang saya tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun. Saya pernah luahkan hasrat itu kepada suami dan dia pun faham kenapa saya buat keputusan itu.

“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambahkan ahli keluarga. Saya memang ada perancangan untuk lakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF),” ujarnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

‘Berdosanya saya…’ – Datin Alyah

PENYANYI, Datin Alyah nekad untuk tidak mahu lagi merakamkan sebarang lagu berunsurkan cinta antara kekasih. Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, mengakui berasa sangat berdosa membuai pendengar dengan lagu cinta demi mengejar populariti.

“Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia dan buat kekasih yang akan membuatkan anda terbuai dan lupa pada Maha Pencipta. Mohon maaf atas keputusan ini. “Selama 20 tahun saya menjadi penyanyi, saya menyanyikan lagu berunsurkan cinta, sngsra, sedih, tidak setia dan kecewa. Kebanyakan lagu saya semuanya cinta kepada manusia,” katanya.

Penyanyi Sesal Separuh Nyawa itu juga ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang dibawa selama ini bersempena bulan Ramadan ini. “Nyanyian saya menitiskan air mata anda dan menitis kerana kasih pada manusia. Bukan kerana kasih kepada Allah SWT, bukan kerana rasul, bukan kerana ilmuan agama.

“Bersalahnya saya pada anda dan berdosanya saya pada semua. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti,” katanya. Perkara itu dikongsikan Alyah menerusi Instagram yang mana dia turut memperdengarkan sebuah lagu berunsur ketuhanan nyanyiannya.

“Lagu terbaik yang pernah saya tulis bersama Omar K dan Ikhwan Fatanna, juga hasil usaha kakak saya Datuk Ayu Puteh, lagu saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dalam kehidupan saya. “Perjalanan saya masih jauh semoga Allah SWT sentiasa bersama kita semua dan memberi redanya. Sejauh mana kita mencari jawapan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya satu kepercayaan kepada Allah SWT,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *