Kecoh dengan isu Shuib dan Siti Sarah disiasat dengan SPRM baru baru ini. Kini Shuib luahkan sesuatu selepas mendapat banyak reaksi dari warganet.

artis ISU SEMASA selebriti

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia dan isteri yang juga penyanyi Siti Sarah selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semalam. Shuib berkata, dia dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. “Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam siasatan,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Shuib, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dalam menjalankan perniagaan. “Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang,” katanya. Sementara itu, Sarah yang menemani suaminya semalam menjelaskan, dia dan suami sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya. Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram. Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi, semalam. Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.

Sumber: Harian Metro

Sekian lama bergiat aktif dalam dunia perniagaan. Terkini Siti Sarah dan Shuib dipanggil SPRM gara gara sesuatu ini. Lebih mengejutkan bila mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini.

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut. Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. “Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pasangan selebriti ini untuk pengesahan namun gagal dihubungi. Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Syarikat hampir gulung tikar tahun lepas. Shuib nekad beri sesuatu yang agak istimewa buat Siti Sarah yang bernilai puluhan ribu ringgit sempena ulang tahun isteri tercinta

PETALING JAYA: Shuib Sepahtu menghadiahkan isteri tersayang, Siti Sarah Raissuddin seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit sempena hari jadi ke-36 penyanyi itu. Sarah yang menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini, diberi kejutan pada majlis sambutan hari jadi di sebuah hotel di Subang Jaya, malam tadi.

Mengaku jam tangan mewah itu menjadi antara hadiah paling mahal pernah diberi suami, Sarah yang tidak suka memakai aksesori perlu belajar menyarung jam tangan, mulai sekarang.”Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.

“Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras.”Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” katanya ditemui pada majlis sambutan hari jadinya di sini, malam tadi.

Sarah yang baru-baru ini membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli atas berita video promosi syampu, percaya angka 36 pada usia melambangkan kematangan diri.”Semoga saya terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan.

“Moga saya terus mendapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan,” katanya.Sementara itu, Shuib mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya.”Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.

“Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,” katanya.Shuib yang genap 36 tahun, Sabtu lalu, turut dihadiahkan beg sandang berjenama oleh Sarah.Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.Pada sambutan hari jadi itu, Sarah menyumbangkan suara mendendangkan beberapa lagu termasuk berduet dengan bapanya, Raissuddin Hamzah dan Mark Adam.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *