Ada tragedi pernah berlaku disini. Mengejutkan Achey kongsi pengalaman seramnya semasa dalam penggambaran di satu tempat ini. Ini kisah selanjutnya.

artis Cerita Seram Hiburan OH HIBURAN selebriti

Pelawak dan pelakon, Achey aku terkejut apabila mengetahui cerita sebenar lokasi penggambaran filem Kelaster. Menurut Achey, dia terkejut sebaik sahaja diberitahu pernah terdapat kes menyeramkan itu dijumpai ditempat berkenaan. “Habis sahaja penggambaran, kita dapat tahu sebenarnya memang ada tragedi pernah berlaku di lokasi itu.

“Satu badan yang telah pergi menghadap ilahi telah dijumpai di area situ, boleh bayang tak bagaimana kami yang baru lepas shooting. “Kami pula masa penggambaran biasalah nak muat naik gambar yang kami sedang shooting di mana, kemudian bekas-bekas pelajar dan penduduk di situlah yang beritahu,” katanya. Achey berkongsi perkara itu menerusi temubual bersama Gempak TV baru-baru ini. Lokasi penggambaran Kelaster adalah di Mantin.

Selain Achey, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish, Meerqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani.Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang telah pun ditayangkan sejak 24 September lalu. Jadi bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Kelaster di pawagam rumah anda di Astro First (saluran 480).- Gempak

“Dia Rasa Diri Dia Bagus Padahal Tak Pun Sebenarnya, Feeling” – Meerqeen

Pelakon filem Kelaster, Meerqeen mahu mencabar diri dengan membawakan watak Usop dalam filem berkenaan. Menurut Meerqeen, dia ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menunjukkan kemampuannya dalam bidang lakonan walaupun pertama kali berlakon filem. “Yang membuatkan saya berani untuk membintangi Kelaster adalah sebab saya sukakan cabaran. Walaupun gementar tapi saya cabar diri untuk lakukannya. “Jadi apabila diberi peluang untuk membawakan watak Usop, saya buat sehabis baik. Kalau nak tahu Kelaster merupakan antara filem terawal yang panggil saya untuk berlakon.“Jadi rasanya tak salah kalau gunakan Kelaster sebagai platform untuk saya debut dalam bidang ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mengulas mengenai wataknya, Meeqeen memberitahu ada sebahagian perwatakan karakter itu menyamai dirinya. “Saya memegang watak Usop yang mana dia merupakan seorang pelajar yang macho dan kelakar. Namun dia selalu merasakan dirinya seorang yang bagus padahal tidak pun sebenarnya. Feeling-feelinglah orang kata.

“Sejujurnya saya enjoy memainkan peranan Usop sebab adakalanya karakter itu sebenarnya menyerupai perangai saya,” katanya ketawa. Selain Meerqeen, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish, Achey, Amyza Aznan dan Azhan Rani, Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang telah pun ditayangkan sejak 24 September lalu. Jadi bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Kelaster di pawagam rumah anda di Astro First (saluran 480).

Sumber: Gempak

Setelah sekian lama dikejutkan dengan pemergian Abam. Baru baru ini Achey dan Fad Bocey memuat naik gambar bersamanya sehingga diserbu komen orang ramai disebabkan gambar tersebut. Rupanya ini yang diluahkan.

Pelakon dan kumpulan pelawak terkenal bocey yang di anggotai oleh fad achey dan arwah abam merupakan kumpulan lawak yang sering membuat kita semua tak kering gusi dengan telatah mereka. Umum sedia maklum tentang kepergian abam pada febuari lalu yang di sifatkan sangat mengejutkan dunia artis pada masa itu, pemergian beliau amat di cemburui kerana semasa hayatnya banyak bakti dan kebaikan yang beliau perbuat dalah kehidupannya,dan turut terkesan dengan pemergian itu tentunya fad dan achey yang merupakan anggota kumpulan bocey sanggat rapat dari berawal karier mereka sehingga sekarang .

Fad dan achey memuat naik video dan gambar mereka ketika Abam masih ada dan menulis caption yang sangat menyentuh hati,mereka sangat merindukan abam dan menulis kata-kata semangat buat satu sama lain. Kami pernah alami persahabatan itu…Percaya atau tidak Kami masih alaminya sehingga kini.. Antara komen warganet dan rakan-rakan artis yang turut merasakan kehilangan abam: ” Percaya pertalian persahabatan yang jujur dan setia memang akan wujud..” ” Abam mesti bangga dan dapat sahabat mcm korang”.

Teks By :Staff Video Viral

Sumber : Fad achey

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” – Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey.

PEMERGIAN mengejut Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi persemadian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. 

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku. “Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya. Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Abam di Instagram miliknya pagi Isnin. Abam menghadap ilahi di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu. “Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya.

Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau. Fad Bocey, Pelawak. Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu. “Kenapa awal sangat Bam… mana janji kau!” tulisnya. Abam dimandikan di rumah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar. Abam tinggalkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *