Tiba tiba sahaja rasa sakit semasa melakonkan watak. Zizan dedahkan punca sakit yang dialaminya dan dia beritahu akan bertemu dengan pakar untuk tahu lebih lanjut dan dia harap semua doakan dia untuk cepat sembuh

artis

Pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak mengalami luka pada bahagian kaki ketika melakukan babak aksi untuk filem terbaharunya, Baik Punya Ahlong. Ketika dihubungi Gempak, Zizan menyatakan rawatan telah diberikan namun rasa sakit itu masih ada.“Semalam masa tengah scene berbalah tiba tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca.

Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap saja hilang rasa sakit. “Masa penggambaran rasa sakit tu datang balik. Insya-Allah takda apa-apa. Kalau sakit lagi saya terus jumpa pakar,” katanya.Sementara itu, Zizan juga mengaku terpaksa berjalan dalam keadaan terhincut-hincut dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

“Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengrbanan pelakon filem aksi,” katanya mengakhiri perbualan. Semalam, Zizan ada berkongsi beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set penggambaran.“Jackie Chan atau Jacky Sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi filem yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak,” tulisnya di Instagram (IG).Dalam perkembangan lain, Zizan juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.

Zizan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Takut Bila Kes Covid 19 Makin Meningkat. Mengejutkan Bila Zizan Dedahkan Sesuatu Yang Terjadi Masa Pkp. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Zizan Razak.

Jumlah penularan Covid 19 di Malaysia yang dilihat kembali naik dengan mencecah tiga angka  membuat banyak yang bimbang. Salah satu yang ikut meluahkan kebimbangannya setelah kes Covid 19 di negara merekodkan 150 kes baharu semalam dengan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota, adalah aktor Zizan Razak.“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. “Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan,” kata Zizan kepada Gempak.

Malah aktor itu mengatakan kebimbangannya terhadap musuh yang tidak kita nampak ini sempat membuat dia berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu. “PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan.“Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan.  “Kita jaga kita, kita kawal balik keadaan. Jadikan Malaysia kembali kepada negara yang berzon hijau,” katanya.

Meski bimbang melihat angka kes Covid 19 yang kembali naik, Zizan kini tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelaku seni. Dia kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, yang disutradarai oleh Afdlin Shauki, Baik Punya Ahlong.Membawa watak sebagai Aloy, Zizan memberitahu penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramli dan sahabatnya, Johan ini masih dalam proses. “Setakat ini kami sudah melangsaikan sekitar 60 peratus penggambaran dan dijangka habis pada pertengahan bulan Oktober ini.

“Pengalaman bekerja di filem ini memang mengujakan, apa lagi saya memperoleh banyak ilmu dari aktor Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sendiri,” kata Zizan. Selain Baik Punya Ahlong, Zizan turut mempersiapkan diri untuk memasuki set penggambaran filem berjudul Juang.Instagram: @zizanrazak869

‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak

PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya. Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.

“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?

“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.-ctto

Tiga Artis Wanita Yang Pernah Digosipkan Sudah Bahagia Bersama Orang Lain. Warganet Luah Rasa Simpati Dengan Nasib Zizan Dan Ada Juga Warganet Yang Membahan

Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto pelakon dan pelawak Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.Apa yang menyedihkan, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu.

“If u want to get married, take a picture with zizan,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap pelawak kelahiran Terengganu itu.“Sian zizan. orang buat bahan of his past failed relationships. Nak buat macam mana dah takda jodoh. its not like he didnt try. urghh,” tulisnya.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama Juliana Evans dan Emma Maembong.Bukan itu sahaja, Mira Filzah juga pernah dikaitkan bersama pelawak berusia 36 tahun itu sebelum ini.-mh

Dapat Tahu Nenek Sakit Di Kampung. Zizan Tanpa Ragu Terus Bergegas Pulang Ke Kampung Dan Ini Perkongsian Zizan Untuk Mendoakan Yang Terbaik Buat Neneknya

Zizan mohon semua orang mendoakan keadaan neneknya.PELAKON dan pelawak terkenal Zizan Razak memberitahu neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan mengharapkan doa orang ramai.Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia dan keluarga bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.

“Assalammulaikum buat semua. Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesihatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Zizan berkongsi perkara itu di laman sosialnya.

“Kerana Zizan baru sahaja dapat berita keadaan nenek Zizan tidak berapa stabil. Dan sekarang Zizan terpaksa bergegas pulang ke Terengganu.”Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang. Bismillah. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata Zizan.Pelakon filem Abang Long Fadil itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang.

Bagaimanapun Zizan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya.Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan doa daripada warganet dan rakan selebriti antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Shiha Zikir, Johan dan Nabil Ahmad.”Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan… safe journey to Terengganu bro,” tulis Anuar Zain.

“Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek,” komen Johan.Pelakon Ramona Zamzam turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.”Kesiannya ya Allah dah la kita habis shoot lambar g1la semalam. Lepas itu you terus gerak Terengganu. Semoga nenek you cepat sembuh Zan! Be safe and see you on second episode,” katanya-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *