Sampai dilaporkan kepada pihak polis dan dihentikan biasiswa Universiti. Wani Kayrie dedahkan apa yang terjadi kepadanya selepas trauma dengan sesuatu ini.

artis

KUALA LUMPUR: Insiden menjadi seorang yang menjadi gangguan siber menyebabkan penyanyi, Wani Kayrie, 20, lebih berhati-hati dalam memuat naik entri dalam laman sosial. Wani atau nama sebenar, Syazwani Abdullah berkata, perkongsian klip video tarian dengan wajah disolek hitam menerusi aplikasi TikTok yang dianggap sekadar hiburan pernah menjadi kritikan hebat warganet, sekali gus memberi pengajaran besar buatnya.

“Insiden ini membuatkan saya menapis kandungan yang mahu dimuat naik terlebih dahulu. Jujurnya, ia memberi impak dari segi emosi. Ketika kejadian saya masih terikat dengan penggambaran drama Dayang Senandung. Saya meminta pengurus membatalkan penggambaran kerana mahu menarik diri.

“Mana tidaknya, video ini tersebar luas hingga ke luar negara. Saya sedih apabila mengetahui orang Malaysia juga yang menyebarkan video ini. Bukan mereka tidak tahu Dayang Senandung adalah cerita rakyat,” katanya kepada BH Online. Wani berkata, dia terpaksa mendiamkan diri dan tidak aktif dalam laman sosial buat seketika.

“Saya mendiamkan diri dalam tempoh seminggu. Tidak hanya mengelak membuka laman sosial, insiden ini membuatkan saya takut keluar rumah mahupun ke universiti kerana ada pelajar yang menyindir saya. “Lebih menyedihkan apabila ada pihak meminta universiti membatalkan biasiswa dan membuang saya disebabkan perkara ini. Saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, lama kelamaan isu ini lenyap. Saya bersyukur ramai warganet memahami keadaan saya. Saya juga mengharapkan perkara ini tidak berlanjutan hingga memberi kesan pada tayangan drama hujung tahun ini,” katanya.

Sebelum ini, Wani pernah mencetuskan kontroversi apabila dituduh tidak sensitif dan bersikap perkauman melalui video yang dirakamkan ketika menjalani penggambaran drama, Dayang Senandung terbitan Zeel Production Sdn Bhd pada Jun lalu.

Wani yang kini dalam rangka promosi single terbaharu berjudul Aksara Cinta berkata, karya ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mengetengahkan kekuatan vokalnya. “Sebelum ini, saya lebih kepada lagu bergenre pop, tetapi berbeza dengan single Aksara Cinta. Saya tampil berbeza apabila lebih mengetengahkan keupayaan vokal.

“Disebabkan itu, saya memilih Hael dan Ezra sebab saya tahu mereka boleh mengubah genre yang sinonim dengan saya, daripada genre pop ke sesuatu yang lebih segar. “Alhamdulillah, mereka berjaya dan boleh dikatakan saya jatuh cinta dengan single ini. Tambah lagi, lirik lagu ini puitis, membuatkan saya yakin dengan single Aksara Cinta,” katanya yang kali terakhir menghasilkan single tahun lalu menerusi lagu Magika.

Bagaimanapun, Wani berkata, dia agak gementar menerima maklum balas pendengar memandangkan kali pertama video muzik tidak membabitkan tarian. “Single Aksara Cinta dan video muzik akan dilancarkan secara rasmi pada hari ini,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Mengejutkan Ayda Jebat beri amaran kepada individu ini gara gara lakukan gangguan siber kepadanya. Ternyata ini cerita sebenar yang berlaku.

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir individu tidak bertanggungjawab membuat gangguan s3ksual terhadapnya. Turut berkongsi bukti paparan skrin mesej yang tidak senonoh daripada seorang individu yang tidak dikenali, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, mengakui penat berhadapan dengan gangguan sebegitu.

Apatah lagi, ia bukan gangguan pertama kali yang dihadapinya menerusi hantaran mesej terus atau direct message (DM) menerusi media sosialnya. “Ada ramai lagi yang DM. Again and again. I’m tired (Lagi dan lagi. Saya penat),” ujarnya. Tambah Ayda, walaupun sudah bertindak menyekat beberapa akaun biadap sebelum ini, namun perkara sama masih berulang.

“Dah ramai DM macam ini. Dah block (sekat) banyak. Tetap ada lagi. Tolong semua, jangan sampai saya ambil tindakan,” kongsinya menerusi hantaran di InstaStory miliknya. Pendedahan Ayda itu mendapat perhatian ramai termasuk tunangnya, Nabil Mahir yang mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap gangguan sebegini yang boleh dianggap sebagai buli siber. Sebelum ini, Nabil juga pernah memberi amaran kepada lelaki yang sering menghantar gambar tidak senonoh mereka kepada Ayda.

Gangguan siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian gangguan siber tidak diketahui kerana ramai orang gangguan siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. gangguan siber adalah perbuatan mengncam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Gangguan siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan seseorang menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan.

Dalam kes tertentu, gangguan siber boleh menyebabkan seseorang bertindak diluar jangkaan kepada dirinya. Gangguan siber adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya anda adalah orang yang diganggu. 1. Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru. 2. Simpan e-mel, mesej atau imej gangguan sebagai bahan bukti. 3. Jangan balas mesej teks atau e-mel diganggu. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan gangguan siber ini dapat dihentikan secepat mungkin. -myhealth.gov

Sumber: SinarPlus

Mengejutkan ada warganet menghantar mesej yang tidak senonoh kepada Adibah Noor sehingga dikritik hebat oleh orang ramai. Ini respon Adibah Noor selepas menerima mesej berunsur tidak elok itu.


Jika korang sebagai seorang perempuan, tiba-tiba muncul lelaki entah dari mana-mana, lepas tu minta gambar tak senonoh korang, apa korang rasa? Itulah yang dialami penyanyi terkenal negara kita, Adibah Noor. Kak Adibah ada post gambar di Twitternya tadi, tentang seorang lelaki tak dikenali menghantar satu mesej berbaur tak elok. Tapi dengan penuh ‘cool’, kak Adibah balas balik permintaan lelaki itu dengan satu jawapan ringkas. ” awak bayangkan jelah ni saya, babai” bersama gambar kucing.

This image has an empty alt attribute; its file name is EiwYT0QU4AAbhww_censored-145x300.jpg

Tweet itu menimbulkan pelbagai reaksi oleh ramai followernya. Bagaimanapun, ada warganet tunjuk satu mesej yang mengatakan individu berkenaan memohon maaf dan bertaubat. Difahamkan, mungkin warganet tersebut telah mesej sendiri individu itu untuk tindakan lanjut. Semoga kita dijauhkan daripada mereka yang berbahaya seperti ini. Bukan sahaja Adibah Noor yang menerima mesej sebegitu. Malahan sebelum ini, penyanyi muda Luqman Faiz turut menerima mesej yang tak senonoh dari peminatnya.

SUMBER: SIAKAPKELI

Seorang peminat Luqman Faiz meminta sesuatu yang memalukan dari penyanyi itu. Ini responnya apabila menerima mesej berunsur tidak elok baru baru ini.

Bertindak mendedahkan paparan skrin mesej tidak disenangi yang diterimanya daripada peminat di laman Instagram miliknya, penyanyi Luqman Faiz seolah memaparkan sikap pengguna tersebut seperti tidak putus asa menggodanya. Menerusi perbualan terbabit, pemilik akaun yang menggunakan foto seorang wanita itu terlebih dahulu memulakan perbualan yang tidak menyenangkan dengannya.

Dalam teks tersebut, pengguna berkenaan dilihat tidak segan meminta kemaluan Luqman dan terus mengasaknya berkali-kali. “U nak d*ck u boleh tak?” Namun begitu, tidak hanya berdiam diri, Luqman tampil membalas kiriman tersebut dalam nada berseloroh sambil mengajak pemilik akaun berkenaan untuk bertemunya di bawah Jambatan Pulau Pinang. “Bawah jambatan Pulau Pinang onz gak.”

Perkongsian Luqman itu mencuit hati waragnet yang rata-ratanya terhibur dengan kiriman balas yang ditonjolkan penyanyi muda itu. Malah, ada juga yang tampil menasihatinya agar sentiasa berwaspada kerana sebelum ini juga telah banyak selebriti lelaki terkena dengan godaan seperti ini. Sekadar informasi, Luqman merupakan antara penyanyi Budak Baru Nak Up “BBNU” yang kian menjadi gilaan para gadis ketika ini. Lagu hitnya Kepuraanmu yang kini difahamkan hampir mencecah 30 juta tontonan di laman YouTube itu sering menjadi pilihan pendengar dan acap kali dimainkan di stesen radio tempatan.

SUMBER: BEAUTIFULNARA, GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *