Mencemaskan bila pelajar pelajar ini terpaksa menjalani ujian saringan selepas cikgu ini disahkan positif Covid 19. Terkini ini yang terjadi kepada sekolah itu selepas guru itu disahkan positif covid 19.

Info Infomaklumat Semasa

Kepala Batas: Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini, diarah tutup selama lapan hari selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif Covid 19. Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, penutupan sekolah dibuat bagi membendung penularan pandemik C0vid 19 daripada menjadi lebih serius. “Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus, namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan Covid 19, hari ini,” katanya ketika dihubungi. Tinjauan dilakukan di luar pekarangan sekolah mendapati rata-rata ibu bapa dan penjaga menjadi cemas ketika menunggu anak mereka menjalani ujian saringan C0vid 19.

Ibu bapa berada di sekolah terbabit selepas mereka menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa anak mereka diarahkan melakukan ujiann berkenaan. Ini berikutan seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif C0vid 19. Guru wanita itu dilaporkan tidak sihhat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di hospital di Kedah.

Difahamkan guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli pollitik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini. Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujiann terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian. Situasi C0vid 19 di Pulau Pinang pada ketika ini merekodkan jumlah kumulatif 144 kes dengan 137 kes sembuh, lima kes aktif dan dua pemergian.

Sumber: Online Malaya

Sekolah di Kulim ditutup, guru dan murid positif Covid-19 [METROTV]

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengarahkan penutupan sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang dikaitkan dengan Kluster Tawar. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi di sekolah berkenaan bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini. “Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, menurut infografik yang dikeluarkan KKM semalam terdapat empat kes baharu di Kulim, Kedah yang membabitkan seorang guru dan tiga murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti Covid-19. Kes 9,163 adalah ahli keluarga kepada kes indeks (Kes 9,113).

Kes berkenaan adalah daripada kluster Tawar yang kini sudah memasuki generasi ketiga. Kluster Tawar sebelum ini dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu. Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 47 individu dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 iaitu 40 kes dikesan di Kedah manakala tujuh kes lagi di Pulau Pinang.

Sumber: Hmetro

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Lebih Banyak Mutasi D614G Yang Ditemui Dalam Sampel Ujian Covid 19. Mutasi D614G Dikatakan 10 Kali Lebih Mudah Untuk Berjangkit. Mengejutkan Rupanya Ini Punca.

Kesemua 32 ujian saringan yang dibuat terhadap sampel pesakit positif Covid-19 disahkan mempunyai mutasi D614G oleh Dr. Noor Hisham hari ini. “Institute for Medical Research (IMR) Malaysia telah melakukan ujian genom terhadap sampel virus yang diambil dari proses pengasingan dan pemupukan untuk kluster Benteng (23), Sivangangga (4) person under investigation (PUI), Tawar (3), Sungai (1) dan Bukit Tiram (1).”

“Ujian susulan telah dilakukan untuk mengkaji susunan genetik virus yang telah kita pisahkan dan bandingkannya dengan mutasi sebelumnya yang terdapat di kluster Tawar dan Sivangangga.” “Seperti yang dijangka, semua sampel virus yang kami pisahkan dari kelompok Kedah ini saling berkaitan dan berkemungkinan besar berasal dari sumber yang sama.”

Selain itu, menurut Dr. Noor Hisham, semua 23 sampel dari kluster Benteng didapati serupa tetapi tidak mempunyai kaitan dengan virus yang dijumpai di Kedah, walaupun semuanya mempunyai mutasi D614G. Tambahnya, KKM akan terus melakukan ujian dan membandingkan sampel virus ini dengan yang lain dalam keluarga Covid-19 atau Phylogenetic tree.

Mutasi Covid-19 ini telah dikenalpasti oleh para saintis pada bulan Julai lalu dan kemunculannya dilihat sebagai penghalang kepada usaha yang sedang dilakukan untuk mencipta vaksin Covid-19 yang berkesan. Ya lah, dorang buat vaksin berdasarkan sampel virus masa awal penemuan, sekarang ada mutasi pula. Bertabahlah saintis dan para medical line sekalian.

Sumber : Malaymail

Seorang Staff Butik Di Mall Yg Terkenal Di Ibu Kota Positif Covid 19. Puncanya Sangat Mengejutkan. Sampai Macam Tu Sekali Punca Dia Dijangkiti Positif Covid 19.

Menerusi hantaran hari ini dari Facebook Sunway Pyramid, pihak pengurusan memberitahu bahawa seorang staff dari butik sukan telah positif C0vid 19. Pengurusan Sunway Pyramid Mall telah diberitahu mengenai satu kes C0vid 19 pada 26/9/2020, yang melibatkan satu kakitangan kedai Nike di tingkat pertama pusat membeli-belah yang mempunyai sejarah perjalanan.

Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan telah dihadiri segera setelah dikenal pasti, bersama-sama dengan penyewa yang terlibat mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM juga menghubungi mereka yang telah berhubungan dekat dengan yang kontak rapat, dan telah diperintahkan untuk melakukan pemeriksaan dan kuarantin diri. Kes ini dikendalikan dengan baik dan terkawal kerana tindakan pantas yang dilakukan oleh penyewa bersama dengan pihak berkuasa.

Sunway Pyramid Mall telah segera melakukan dan menyelesaikan pembersihan mendalam, pembasmian kuman menyeluruh serta pembersihan di seluruh premis; dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.

Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terjejas untuk menyelaraskan secara menyeluruh penyiapan kerja pembersihan yang mendalam, serta mendapatkan kemas kini tepat pada masanya untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan cekap.

Pusat membeli-belah dan pegawainya telah dilatih untuk menerapkan standard dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM di C0vid 19. Dari masa ke masa kami terus memantau perkembangannya, kami ingin memaklumkan semua pengunjung, penyewa dan masyarakat kami untuk tetap tenang dan waspada selama ini, dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.

Pengurusan Sunway Pyramid Mall komited sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penyewa dan komuniti kami, terima kasih.

Sumber : FBSunwayPyramid/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *