Kesal dengan perspektif orang ramai sehingga dituduh sesuatu. Kini Faezah Elai luahkan sesuatu kepada orang ramai sebagai seorang ibu tiri.

artis

KUALA LUMPUR: Bergelar ibu tiri bukan satu tanggungjawab yang mudah, silap percaturan boleh dipersalahkan dan dilemparkan pelbagai tuduhan. Pelakon, Faezah Elai yang menjaga tiga anak tiri seperti darah dagingnya sendiri berkata, status sebagai ibu tiri mudah disalah tafsir.

“Jika berlaku sesuatu tak elok, ibu tiri sering dipersalahkan. Masyarakat anggap duduk dengan ibu tiri, tidak sama dengan ibu kandung. Tentunya anak tertekan berdepan dengan ibu tiri. “Namun, jika anak dididik dengan baik dan berjaya, penghargaan serta pujian akan diberikan kepada ibu kandung. Jadi wujud kononnya ibu tunggal masih mampu mendidik anak. Hakikatnya, anak tinggal dengan ibu tiri,” katanya kepada BH Online.

Faezah atau nama sebenar, Noor Faezah Md Elai mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, malah tiga anak tiri menerusi perkahwinan Heykal terdahulu turut tinggal bersama.

Bagi Faezah, dia berharap senario sebegitu tidak boleh lagi diguna pakai. “Mentaliti jenis apa ini? Ini bukan zaman watak dongeng, Cinderella yang dianiayai ibu tiri. Sekarang sudah 2020. Saya tidak terkejut mendengar kisah anak tiri yang berbuat buruk kepada ibu tiri,” katanya.

Bagaimanapun, Faezah berkata, luahan hatinya tiada kaitan dengan kehidupan realitinya. “Saya bersyukur memiliki tiga tiri yang baik dan memahami. Saya menjaga mereka sejak berkahwin dengan suami. “Saya cukup menjaga sensitiviti dan perasaan ibu kandung mereka. Sebab itu, saya tidak berkongsi mengenai anak tiri kerana bimbang akan mengguris perasaan ibu mereka.

“Ibu tiri juga layak dihormati seperti ibu kandung. Ibu tiri mencurah kasih sayang, masa dan tenaga untuk bukan darah daging mereka. “Jadi, kepada semua ibu kandung, jika anak anda disayangi ibu tiri, kalian cukup bertuah. Nasihat pada anak, tak salah menyayangi ibu atau bapa tiri. Bukan menghasut anak untuk membenci keluarga tiri yang menjaga mereka.

Kena ingat, ibu kandung tak memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak,” katanya. Katanya, jaga anak dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan jika bergelar ibu atau bapa tiri. “Buatlah dengan ikhlas. Jika terlalu mengharap akan berakhir dengan kekecewaan,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Bukan mudah untuk jadi ibu tiri. Faezah Elai beri nasihat kepada ibu tiri di luar sana dan pengalaman dia sepanjang menjadi ibu tiri

TUGAS seorang ibu tiri tidak mudah seperti disangka, perkara itu diluahkan pelakon Faezah Elai yang kesal dengan mentaliti segelintir masyarakat yang sering memandang ser0ng status berkenaan.
Faezah yang menjaga tiga anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya pengarah Heykal Hanifah memberitahu golongan mereka berhak mendapat penghormatan seperti mana ibu kandung.

“Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.Faezah meluahkan perasaannya di IG pada Isnin.”Jika sesuatu berlaku pada anak tiri, kamu akan disalahkan. Orang akan cakap duduk dengan mak tiri macam itu la… mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stres dengan mak tiri la tu.”Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella mak tiri buat naya kat anak tiri,” tulisnya.

Jadi ibu tiri bukan satu kerja mudah!

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 37, berkata, apa yang diperkatakan itu bukan terjadi kepada keluarganya.Malah, tambahnya, dia menghormati perasaan ibu kandung kepada anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara tidak baik.

“Saya bukan cakap pasal hidup saya, saya bersyukur dikurniakan tiga orang anak tiri yang memahami. Ya, saya jaga mereka selepas saya berkahwin.”Saya sangat menghormati perasaan ibu mereka dan kerana itu saya tidak pernah berkongsi pendapat tentang anak tiri saya kerana bimbang ibu mereka akan marah dengan mereka,” ujarnya.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak dijaga oleh ibu tiri mereka agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri kanak-kanak itu.Faezah kesal mentaliti masyarakat terhadap status ibu tiri.“Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama diterima oleh seorang ibu, mereka mencurahkan seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang tidak mereka lahirkan.

“Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!”Free your children from loyalty… beritahu mereka perlu mencintai ibu bapa tiri mereka dan bukan cucuk anak suruh bnci tapi hang tak bela anak hang, mak tiri yang bela”Faezah berkahwin dengan Heykal pada 9 Setember 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 7 dan Aurora Heyrinna, 4 tahun.Faezah turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 20, Sarah, 18, dan Luq Adam, 10.-mstar

Ikuti perkongsian jujur Faezah Elai bila kita faham agama, tak perlukan ribuan ringgit untuk berfesyen

Wajah Faezah Elai kian jarang muncul di kaca TV sejak kebelakangan ini. Sedikit pengenalan kepada pelakon cantik berasal dari Gelugor, Pulau Pinang ini, nama sebenarnya ialah Noor Faezah binti Md Elai. Dia dilahirkan pada 16 Ogos 1982.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Faezah sebenarnya mempunyai drah kacukan Punjab dan juga Thailand. Dalam kerjaya seni, dia mula muncul menerusi lakonan arahan Abdul Razak Mohaideen menerusi filem Otai.Sejak dari itu, dia mula berjaya mengembangkan bakat lakonan dalam pelbagai drama dan telefilem. Pada tahun 2011, dia mengejutkan ramai peminat apabila mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah iaitu Heykal Hanifah.

Penampilan aktres ini mula berubah sejak beberapa tahun yang lalu apabila memutuskan untuk berhijab. Setelah itu, dia mula menitikberatkan gaya penampilan agar tidak bertentangan dengan imej sebagai artis bertudung.Semalam, Faezah Elai menarik ramai pihak dalam memberi pandangan dalam penggayaan fesyen. Jelasnya, fesyen itu tidak dinilai berdasarkan material mahupun kemewahan yang terletak pada tanda harga pakaian.

FESYEN ADALAH APABILA KITA RASA SELESA

“My 2019 fashion style. I studied fashion dulu. Fisrt thing I understand about fashion is that, u dont need to wear Prada, Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable. Is how u carry out the design. Fashion means u feel comfortable and confident.”“But sad pemahaman org kita, fashion means kena hi end ala2 omputih. Sampai kadang2 klu org luaq tgk, dia tk tau org yg pakai tu agama apa. I dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah, pakai seluaq or skirts, cause i dont judge people from what they wear.”

TAK GUNA PAKAI JUBAH TAPI TAK FAHAM RUKUN ISLAM

“Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia, bukan baju dia, klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja, tp Rukun Islam pon tk penah buat, yg tu bukan islam, setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, pompuan arab yg bukan islam pon pakai yg sama.”

“Cuma utk yg bertudung tu, bila org tgk, org tau hg tu islam. Tak kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon. Contoh mcm hakak, walaupon hakak mcm Jessica Alba, tp mmg tau dh hakak muslim. Klu Trumph tgk dia tmbak teruih. Walaupon langsung tk sempurna cara hakak tutup aurat.”

TAK PERLU JENAMA MAHAL

“You know what i mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulte my words hokey. Moga kita teruih istiqomah. I just need @properhijab to look like Jessica Alba. I dont need LV, Prada or Fendi. Well well. Thank you so @properhijab. Satgi ni mesti ramai yg trggered ni. Ok bye.” Tulis panjangnya.Kesimpulannya, itu lah yang dimaksudkan keindahan dalam agama setelah diri kita faham secara mendalam tuntutan yang dikenakan kepada umatNya. Semoga perkongsian Faezah ini menjadi contoh yang baik buat kita semua.-msn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *