Gara gara berang dengan sikap isterinya. Lelaki ini terus bawa diri hingga sanggup panjat ke atas menara. Rupanya ini yang berlaku antara mereka sehingga meraih perhatian warganet.

ISU SEMASA Viral

Membawa diri buat seketika selepas pertelingkahan dengan pasangan atau orang rumah bukanlah sesuatu yang baru. Ada ketikanya ia dilakukan untuk meredakan ketegangan yang timbul dan mengambil masa bersendirian bagi menghilangkan perasan marah yang dialami buat sementara waktu.

Tetapi berbeza pula dengan seorang lelaki dari India ini, Tejpal Singh yang bertindak membawa diri dengan memanjat menara telekomunikasi selepas perselisihan faham dengan isterinya. Kejadian itu baru-baru ini tular di Twitter apabila portal berita @ANINewsUP berkongsikan gambar dan kisah dan gambar lelaki tersebut dalam ciapan mereka.

Apa yang berlaku. Menurut laporan, Singh ketika kejadian pertelingkahan dengan orang rumahnya selepas isteri beliau dikatakan cuba memerangkap beliau kepada pihak polis dengan dakwaan palsu. Tambah memeritkan, pihak polis juga menurutnya tidak mendengar cerita di sebelah pihaknya sekaligus membuatkan dia mengambil keputusan untuk memanjat menara telekomunikasi itu.

“Saya sudah muak dengan isteri saya, dia cuba memerangkap saya dalam kes palsu dan polis tidak mendengar luahan saya. “Saya mahu keluar dari hubungan ini,” jelas Singh. Menurut pihak polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas dia memanjat menara itu, Singh sebelum ini bergaduh dengan isteri daripada perkahwinan keduanya itu mengenai beberapa perkara.

Walaupun telah memanjat menara telekomunikasi itu untuk membawa diri, Singh bagaimanapun berjaya dipujuk oleh pihak berkuasa untuk turun ke bawah. Kejadian tersebut yang berlaku di Uttar Pradesh sebelum ini telah tular dan dengan rata-rata warganet berpendapat perkara itu sebagai jenaka rumah tangga.

Sumber: TheVocket

Nasihat Ebit Lew, Hargai Dan Sayangilah Isteri Kerana Isteri Pelengkap Hidup Suami

Suami bertanggungjawab untuk memimpin isteri ke jalan yang diredai Allah. Suami mempunyai kuasa mendidik isteri melalui nasihat dan pengajaran yang baik. Suami hendaklah menegur kesilapan dan memperbetulkan kesalahan isteri dengan kasih sayang dan belas kasihan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Berilah pengajaran yang baik kepada kaum wanita, kerana kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk. Adapun tulang rusuk yang paling bengkok ialah tulang rusuk yang paling atas, yang apabila engkau luruskan ia akan patah dan apabila engkau biarkan ia tetap bengkok. Oleh itu berilah pengajaran kepada kaum wanita dengan cara yang baik.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

Melalui satu entri, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang permasalahan berkaitan rumah tangga. Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, ada orang ketiga, buat mksi4t dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga.

Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.

Seorang pemuda yang ingin bernikah tanya saya “ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak habislah serabut.. Betul ke ustaz? Dapat yang baik untunglah..syurgalah. Begitu ke ustaz?

Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita…Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita… Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..

HARGAI DAN IKHLAS SAYANG ISTERI

Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..

Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka.

InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.

Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin Redha Allah. Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tak masa muda,cantik,best,seronok…bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tak dihargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.

JANGAN KEDEKUT BERI PUJIAN

Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betapa bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..

Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.

Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat rhum. Cerita iman dan akhirat. Baca Al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.

Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah.. Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Alllah..

Sumber kredit: Ebit Lew

Demi Buktikan Cinta Kepada Isteri, Lelaki Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan

Anda mungkin pernah mendengar petikan filem di mana seorang lelaki membuktikan cintanya kepada wanita dengan menyebut, “I love you from the moon and back.” Namun, siapa sangka, kata-kata tersebut bukan sekadar ucapan sahaja. Terbaharu, seorang lelaki bernama Sohaib Ahmed, berasal dari Pakistan telah bertindak membeli sebidang tanah di Bulan untuk dihadiahkan kepada isterinya yang tercinta.

Lelaki berusia 23 tahun tersebut membeli tanah seluas satu ekar di Bulan dengan harga USD$ 45 – bersamaan RM186.00 – melalui Lunar Settlement Initiative (LSI) untuk isterinya, Madhia. Kebanyakan orang pada mulanya tidak percaya dengan berita ini, persoalan yang bermain di media sosial adalah ; adakah benar kita boleh membeli sebidang tanah di Bulan?

Jawapannya adalah ya, melalui satu sijil rasmi yang dikeluarkan oleh LSI, kelihatan nama Sohaib Amed tertera di sijil tersebut. Sijil itu dikeluarkan sendiri oleh The Lunar Registry yang mempunyai pejabat di kota New York. Menurut laman web LSI, tanah di Bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai eksplorasi di Bulan. Tambahnya lagi, setelah berjaya memiliki tanah tersebut, pemilik berhak untuk tinggal di tanah tersebut.

Pasangan ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan semua dokumen yang dikeluarkan Sea of Vapor Society, termasuk ‘Tuntutan & Akta Berdaftar untuk Harta Lunar. Rupanya-rupanya, selain Sohaib, beberapa artis Bollywood juga mempunyai nama yang didaftarkan untuk sebidang tanah di Bulan. Shah Rukh Khan juga dilaporkan pernah dihadiahkan sebidang tanah di bulan oleh salah seorang peminatnya.-TheVocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *