Setelah sekian lama dikejutkan dengan pemergian Abam. Baru baru ini Achey dan Fad Bocey memuat naik gambar bersamanya sehingga diserbu komen orang ramai disebabkan gambar tersebut. Rupanya ini yang diluahkan.

artis

Pelakon dan kumpulan pelawak terkenal bocey yang di anggotai oleh fad achey dan arwah abam merupakan kumpulan lawak yang sering membuat kita semua tak kering gusi dengan telatah mereka. Umum sedia maklum tentang kepergian abam pada febuari lalu yang di sifatkan sangat mengejutkan dunia artis pada masa itu, pemergian beliau amat di cemburui kerana semasa hayatnya banyak bakti dan kebaikan yang beliau perbuat dalah kehidupannya,dan turut terkesan dengan pemergian itu tentunya fad dan achey yang merupakan anggota kumpulan bocey sanggat rapat dari berawal karier mereka sehingga sekarang .

Fad dan achey memuat naik video dan gambar mereka ketika Abam masih ada dan menulis caption yang sangat menyentuh hati,mereka sangat merindukan abam dan menulis kata-kata semangat buat satu sama lain. Kami pernah alami persahabatan itu…Percaya atau tidak Kami masih alaminya sehingga kini.. Antara komen warganet dan rakan-rakan artis yang turut merasakan kehilangan abam: ” Percaya pertalian persahabatan yang jujur dan setia memang akan wujud..” ” Abam mesti bangga dan dapat sahabat mcm korang”.

Teks By :Staff Video Viral

Sumber : Fad achey

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” – Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey.

PEMERGIAN mengejut Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi persemadian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. 

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku. “Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya. Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Abam di Instagram miliknya pagi Isnin. Abam menghadap ilahi di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu. “Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya.

Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau.

Fad Bocey, Pelawak. Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu. “Kenapa awal sangat Bam… mana janji kau!” tulisnya. Abam dimandikan di rumah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar. Abam tinggalkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sumber: Mstar

Genggam Dan Cium Baju Abam, Runtun Hati Lihat Fad Menangis Peluk Achey

Pelawak Fad Bocey tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
 Sebaik sahaja ternampak rakan baiknya dipintu keluar KLIA, Fad terus meluru dan memeluk Achey.
 
Pada mulanya Fad kelihatan tenang namun air matanya gugur sewaktu memegang baju Abam yang dibawa Achey. Paling meruntun hati apabila kedua-dua sahabat itu menangis ketika mencium dan mengenggam baju Abam. Menerusi posting terbaru di akun Instagramnya, Fad menyatakan seolah-olah arwah masih bersamanya. Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti. Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman luluh melihat keadaan suaminya yang terlalu sedih selepas mendapat berita kematian sahabat baiknya, Abam Bocey. Syahira berkongsi keadaan terkini Fad menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.

“Tak boleh tengok gambar ni, perit tengok daddy macam ni, asyik ulang Abam tak ada dah la, dia tak ada dah. “Abam separuh jiwa Fad hilang Bam. Abam lepas ni Bocey betul-betul tak ada. Kenapa tak bagitahu yang kali ni last kita bersama. Kami janji kami jaga Dayah dan Amzah. Rehat lah ya, satu masa kita bertemu. “Sebutir nasi pun tak mahu, dia asyik cek fon dia.

“Kami cipta kenangan manis hari pertama sampai Tokyo dengan anak-anak… Tapi kenangan itu bertukar menjadi kenangan paling pahit. Kami reda, tapi Fad nak sangat peluk cium buat kali terakhir. Doakan sahabat kami Abam moga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulisnya.

Difahamkan kini mereka dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur. “Bam… Kitaorang balik hari ini, Sya bawa Fad jumpa Abam ya… Maaf Fad tak penuhi impian Abam untuk kebumikan Abam. Kitorang jauh sangat. “Kalau Sya tahu Bam, kitorang sanggup tangguh percutian tak berapa sangat ni nak dibandingkankan dengan sakitnya Fad tak dapat peluk Abam buat kali terakhir…” coretnya.

Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti. Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Sumber: Gempak

Makin serius masalah antara Abam dan balu Abam.Ini pendapat Achey bila isu antara kawan baiknya dan balu Abam masih menemui jalan buntu

ANGGOTA kumpulan Bocey iaitu Achey berasa sedih melihat masalah antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata dia tidak memihak pada Ali mahupun Nor Hidayah namun berpendapat isu yang berlaku itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik. Masalah Ali dan Nor Hidayah dibawa ke mahkamah.“Tapi siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap.

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tidak memberikan kesan kepada orang lain, ” kata Achey kepada mStar.Pelawak terkenal itu ditemui ketika sidang media pelancaran filem Frontliners di Big Boss, Publika pada Khamis.Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Dalam pada itu, apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada dirinya serta keluarga.Bagaimanpun, Achey berharap masalah tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.

Ali memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya.“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.“Sebab anak itu (anak Abam) akan membesar. Kita tak nak nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik, ” ujarnya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *