Jumlah pemergian COVID19 di seluruh dunia bukannya sejuta tetapi lebih daripada itu. Alan Lopez keluarkan kenyataan jumlah asal pemergian dan kebenaran berkaitan dengan virus tersebut

berita

Jangan Terkejut, Jumlah Pemergian Covid-19 Di Seluruh Dunia Bukannya Sejuta Tapi Didakwa Hampir Cecah Dua Juta Sebab…

Ketika artikel ini ditulis, jumlah pemergian akibat Covid-19 di seluruh dunia adalah sebanyak 1,006,471. Pemergian yang dah cecah lebih sejuta ini memang menakutkn bila dilihat. Tapi korang tahu tak, dikatakan angka SEBENAR pemergian mungkin hampir dua kali ganda dari angka yang direkodkan?!

Menurut Bloomberg, jumlah pemergian dari pandemik ini mungkin hampir mencecah 1.8 juta dan ia mungkin akan meningkat ke angka tiga juta pada hujung tahun nanti. Lagi beberapa bulan je ni.Kenyataan ini dibuat oleh Alan Lopez, seorang profesor dan pengarah Universiti of Melbourne yang turut mengatakan keupayaan coronavirus untuk merebak dan menjangkiti orang tanpa menunjukkan simptom adalah punca ianya sukar untuk mendapatkan angka yang tepat.

Pemrgian satu juta ini merupakan makna yang besar tapi persoalannya, adakah ia benar? Secara adilnya, walaupun pemergian sebanyak satu juta ini mengejutkan, ia mungkin merupakan pengiraan yang rendah — sangat-sangat rendah.”

Malah di negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang baik pun sukar untuk mengukur pemergian yang tepat. Puluhan ribu pemergian pada bulan Mac hingga Mei yang mungkin berpunca dari Covid-19 di Amerika Syarikat tak direkodkan oleh statistik rasmi kerana sukar untuk menjejaki perkembangan pandemik ini.

Oleh itu, kemungkinan bagi statistik rasmi untuk merekodkan jumlah sebenar pemergian dari Covid-19 adalah sukar dan banyak lagi pemrgian yang tak dilaporkan kerana mungkin tak ada pun tanda-tanda terkena dorang terkena jangkitan.-lobakmerah

Jangan Takut Pergi Mall! Premis Dikunjungi Individu Positif COVID 19 Selamat Selepas Dinyahkuman – KKM

Semenjak muncul banyak kes positif COVID 19 melibatkan beberapa pusat membeli belah yang terkenal di Lembah Klang, rakyat Malaysia nampaknya seperti dalam keadaan travma dan sangat berjaga-jaga.Perkara ini juga telah menyebabkan tersebarnya berita tidak palsu yang mengatakan tidak selamat untuk mengunjungi pusat membeli belah tersebut setelah ia dikesan dengan kes COVID 19.

Menurut Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini dalam postingnya di Facebook menjelaskan bahawa premis yang dikunjungi individu positif Covid-19 selamat digunakan selepas proses nyahkuman dilakukan. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kawasan yang dikunjungi individu yang dijangkiti COVID 19 itu akan dilakukan proses pembersihan dan nyahkuman.

“Selepas proses itu selesai, ia selamat untuk dibuka dan diguna semula seperti sediakala.“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diamalkan seperti biasa,” katanya.Beliau pada masa yang sama menasihati orang ramai agar tidak sebarkan maklumat palsu dan sentiasa menyemak laman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dari semasa ke semasa.Haa ingat tu… jangan sebar berita palsu kepada orang ramai-lobakmerah

Akibat Covid-19, Seramai 75,000 Graduan Terjejas Dapat Kerja Dalam Tempoh 6 Bulan Selepas Tamat Pengajian

Covid-19 sehingga kini telah mencatatkan lebih 33 juta kes di seluruh dunia dengan sejuta pemergian.Statistik itu nyata menakutkn rakyat di negara terjejas, bukan itu sahaja kerajaan juga perlu mencari jalan untuk memulihkan kembali ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik itu.Terbaru, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad…

Kira-kira 25 peratus atau 75,000 graduan tahun ini diunjurkan terjejas untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka tamat pengajian akibat pandemik Covid-19.Malah Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilakukan oleh kementerian itu mendedahkan 41,161 graduan tahun lepas masih belum bekerja.

Jika ditambah dengan unjuran semasa, dilaporkan sebanyak 116,161 graduan yang tidak mendapat pekerjaan dan perlukan perhatian untuk kebolehpasaran mereka, lapor mStar.Datuk Noraini juga berkata kajian tersebut juga menunjukkan 189,543 graduan pada tahun lepas berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka tamat pengajian.-lobakmerah

Kedai RM 2 Ada Kes Positif Covid-19, Tapi Pihak Kedai Jamin Selamat Nak Kunjung Sebab…

Kedai RM 2, Setia, Seremban telah dilaporkan ada kes positif Covid-19. Kenyataan itu didedahkan menerusi laman rasmi Facebook mereka. Walaubagaimanapun, mereka menegaskan bahawa kedai mereka telah dibuka semula dan dijamin selamat untuk dikunjungi.

Kes positif Covid-19 itu melibatkan seorang pelanggan yang hadir ke kedai tersebut, jadi mereka mengumumkan ianya selamat kerana premis itu telah dibersihkan secara menyeluruh oleh KKM dan mereka mengesahkan bahawa tidak ada kakitangan yang diuji positif.

Yakinlah bahawa Setiahub terus mengambil langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan persekitaran membeli-belah yang selamat dan bersih untuk pelanggan dan rakan niaga yang kami hargai.”Malah, kedai tersebut mendapat kelulusan KKM untuk meneruskan operasi seperti biasa.-lobakmerah

Kemungkinan Pelaksanaan PKP 2.0 Menjadi Trending Di Twitter. Berikut Senarai Tempat Di Lembah Klang Yang Terjejas Akibat Kes COVID19

Agak membimbangkan bahawa jumlah kes Covid-19 positif di Malaysia semakin meningkat sehingga kemungkinan pelaksanaan PKP 2.0 menjadi trending di Twitter. Pada minggu ini, beberapa lokasi popular di Lembah Klang dan Petaling Jaya melaporkan kes positif Covid-19 yang menyebabkan penutupan sementara dan terus melakukan penyucian.Berikut adalah beberapa tempat terkenal di Lembah Klang yang disahkan ada laporan kes positif Covid-19:

1Nu Sentral.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nu Sentral di laman Facebook memberitahu bahawa salah seorang pekerja mereka diuji positif untuk Covid-19 pada 26 September 2020. 2.Taman Desa Serviced Apartments. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 September, pihak pengurusan memaklumkan bahawa seorang penduduk Desa Green Serviced Apartments yang tinggal di Blok 2 telah dilaporkan positif menghidap virus tersebut. Pihak pengurusan segera mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan membasmi kuman dikawasan tersebut.

3The Linc. The Linc Development Sdn Bhd mengumumkan pada 24 September bahawa penjaga kepada salah seorang kanak-kanak  di Trinity Kids, cawangan The Linc KL baru saja diuji positif Covid-19. Difahamkan bahawa pihak pengurusan telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan. 4Suria KLCC.Pengurusan Suria KLCC mengesahkan kes positif Covid-19 bertarikh 23 September 2020 yang melibatkan seorang ahli di Babel.

Kakitangan lain yang ada kontak rapat dengan pesakit telah membuat ujian saringan dan diarahkan untuk kuarantin sendiri. Ahli pusat kecergasan atau gym itu juga mengunjungi cawangan Babel di TTDI. Babel dan Suria KLCC difahamkan telah mengambil langkah pencegahan dan pembasmian kuman dilakukan di Babel juga dan kawasan sekitarnya.

5i-Soho Shah Alam.Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan mengesahkan bahawa seorang kakitangan dari Pejabat Pengurusan Centralwalk diuji positif. Pejabat akan ditutup buat sementara waktu dari 28 September hingga 4 Oktober. Bukan hanya itu, ketiga-tiga menara, iaitu, kawasan kemudahan i-Soho, i-Suite dan Centralwalk juga akan ditutup buat sementara waktu.

6Nike, Sunway Pyramid.Sunway Pyramid mengesahkan bahawa kakitangan di kedai Nike positif Covid-19. Outlet Nike diminta untuk membuat penutupan awal sebagai langkah pencegahan.  Kini, Sunway Pyramid menjalani pembersihan pembasmian kuman secara berkala.7Kompleks Sukan Desa Petaling. Untuk tujuan ilustrasi sahaja. Gambar Kompleks Sukan Desa Petaling yang diambil pada tahun 2017.

Seorang lelaki yang bertanding dalam pertandingan badminton yang diadakan di Kompleks Sukan Desa Petaling diuji positif untuk Covid-19 dan kini memberi amaran kepada orang ramai dan mereka yang ada hubungan kontak untuk membuat ujian saringan.Pada 19 September, lelaki itu mengunjungi kompleks di Taman Desa Petaling, menurut laporan dari China Press. Dia mendapat tahu bahawa positif Covid-19 seminggu kemudian (26 September) dan segera memberitahu saudara-mara dan rakan-rakannya buat ujian saringan dan kuarantin diri secepat mungkin.

8SMK Pandamaran Jaya, Klang.Dua pelajar sekolah menengah dari SMK Pandamaran Jaya di Klang telah dilaporkan positif Covid-19. Pengarah pendidikan Selangor, Izmi Ismail telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelajar tersebut telah dikuarantin. Masih belum diketahui mengenai bagaimana kedua-dua pelajar itu dijangkiti oleh Covid-19. Namun, dilaporkan bahawa terdapat sebilangan murid-murid dari Sabah yang bersekolah di sekolah tersebut.

Jadi, sudah tiba masanya untuk berhenti mementingkan diri sendiri kerana ketika ini, tidak ada yang mahu untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku lagi. Sekiranya anda keluar rumah anda, jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga jarak fizikal sepanjang masa. Sekiranya anda perlu menjalani kuarantin di rumah, pastikan anda dikuarantin selama 14 hari penuh! Jangan degil![Sumber WOB]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *