Jalani ujian saringan COVID19 . Rebecca Nur Al Islam dedah punca dia buat ujian saringan dan pengalaman dia sepanjang melalui proses tersebut

artis

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang dari Sabah.Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Rebecca atau lebih mesra disapa Becca berkongsi beberapa foto ketika mengambil ujian saringan tersebut.Menurut Becca, tindakan itu dilakukan sebagai tanda seorang rakyat yang bertanggungjawab selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.

“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah.“Alhamdulillah.Dalam pada itu, Becca juga berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan.“Swab test dihidung dan tekak telah dilakukan. Sakit? Sumpah tak sakit langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan.

“P/s- Mummy sudah, you all bila lagi? Walaupun anda tak pergi ke tempat berisiko tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,” tulisnya.Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.-gmpk

“Dalam Islam, kalau tak nampak tak boleh nak cakap macam macam” – Rebecca Nur Islam hilang rantai, gelang hantaran

Rabecca meluahkan rasa sedih di atas kehilangan rantai leher dan gelang berjenama mewah miliknya.PELAKON Datin Rebecca Nur Al-Islam merayu pengambil rantai leher dan gelang tangan yang disimpan di dalam almari di bilik tidurnya agar segera memulangkan barang kemas itu.Menurut Rebecca, 33, dia menyedari kehilangan aksesori berjenama mewah pemberian suami, Datuk Nor Azam Sulaiman itu pada Ahad sewaktu dia sedang mengemas bilik

“Saya sebenarnya tengah sedih sangat-sangat tapi tak tahu nak cakap macam mana. Saya kehilangan gelang dan rantai. Saya rasa sedih sangat sebab itu adalah hantaran kahwin saya.”Saya memang jarang pakai sebab saya simpan atas almari make up.Rabecca meminta pembantu rumah untuk memulangkan semula barangan kemas miliknya.

“Hari ini, kemas-kemas tempat jewelry, baru perasan saya kehilangan gelang dan rantai Chopard saya,” katanya.Rabecca meluahkan rasa sedih itu menerusi beberapa posting yang dimuat naik ke laman Instagram.Kata Rabecca, dia tidak mahu meneka mana-mana individu berhubung kehilangan berkenaan.Bagaimanapun menurut Rabecca, hanya tiga pembantu rumah sahaja yang dibenarkan masuk untuk mengemas bilik tidurnya itu.

Nak dijadikan cerita, tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk ini adalah mereka yang sentiasa mengemas bilik saya.

“Dalam Islam kalau kita tak nampak kita tak boleh nak meneka tapi saya ralat sangat-sangat dan sedih. Semuanya serba tak kena… rasa nak menangis.”Selain daripada suami dan saya yang boleh masuk ke bilik itu, tiga pembantu rumah saya juga diizinkan untuk masuk ke situ.”Saya tak rasa mereka ambil tapi tak tahulah sebab saya dah puas cari dan nak di jadikan cerita, tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk ini adalah mereka yang sentiasa mengemas bilik saya,” ujarnya.

Tambah Rebecca, lebih menyedihkan apabila dua daripada tiga pembantu rumahnya itu sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Barangan kemas berjenama mewah yang hilang merupakan hantaran perkahwinan pemberian suaminya.Oleh itu, Rebecca merayu agar rantai leher dan gelang miliknya dapat dikembalikan semula sekiranya ada antara pembantu rumah itu yang terambil barangan berkenaan.

“Saya ada mengadu dekat suami yang ia sudah hilang tapi dia suruh saya reda dan doa saja banyak-banyak. Ia mimpi yang sangat ngeri. Minta-minta Allah ganti balik apa yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin aj4l gelang dengan rantai itu untuk dengan saya sampai di sini saja.

“Baru-baru ini dua daripada mereka sudah balik manakala seorang lagi masih di rumah saya dan akan balik pada bulan satu nanti.”Pembantu rumah saya semua ada IG saya dan mereka tahu saya amat menyayangi mereka… dan saya tidak suka meneka. Tapi kalau kata ada diantara mereka bertiga ini ada yang terambil, macam biasalah, kalau kamu ada buat salah saya sentiasa memaafkan. Jadi tolonglah pulangkan sebab itu adalah pemberian bos (suami) dekat saya sepanjang kami berkahwin hampir 10 tahun,” ujarnya lagi.-mstar

Rabecca Buat Rawatan Keluarkan Susu Badan Demi Adam

Rabecca bahagia di samping anak angkatnya, Nor Adam Daniel. Rabecca bahagia di samping anak angkatnya, Nor Adam Daniel.BUKAN semua wanita muda yang belum pernah berkahwin akan terdetik di hati untuk menyusu anak angkat.Berlainan dengan aktres jelita Rabecca Nur Al Islam. Bukan saja dia tidak pernah mengeluh dengan tugas barunya sebagai ibu kepada anak angkatnya, Nor Adam Daniel, 2 tapi Rabecca sanggup ketepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan sntikan mengeluarkan susu badannya.

Meskipun baru berusia 24 tahun, demi kasih sayangnya terhadap Adam, Rabecca sanggup menjalani rawatan ini.”Selepas sahaja saya mendapatkan Adam, saya telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan sntikan mengeluarkan susu,” jelas Rabecca yang mengaku agak teruja untuk merasai pengalaman menyusukan anak.

Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian.Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati.”Saya menyusukan Adam setiap hari dan saya rasa Adam seperti anak saya sendiri,” ujar Rabecca yang sempat menyusukan anak lelakinya selama 3 bulan.

Rabecca bernasib baik kerana sebaik saja mendapat rawatan sntikan pengeluaran susu itu, pelakon ‘Jangan Tegur Lagi’ ini tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah, cuma terasa bngkak di bahagian buah dadanya saja.”Saya tidak mempunyai masalah. Tapi menurut doktor, dada saya akan terasa bngkak kerana proses pengeluaran susu.

“Tapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, keadaan saya kembali seperti biasa,” kata Rabecca.Kata Rabecca, kasih dan sayangnya terhadap kanak-kanak membuatnya nekad untuk bergelar ibu seawal umurnya 22 tahun.”Saya tidak pernah rasa terbeban kerana terpaksa menjaga Adam. Lagipun jika saya mempunyai masa lapang, kami akan habiskan masa bersama.

“Mujurlah, Adam bukan seorang budak yang banyak kerenah,” kata aktres muda ini.Menyedari dirinya belum berkahwin, Rabecca tidak pernah menjadikan tanggungjawab sebagai ibu sebagai alasan untuk dia meletakkan tugasan menjaga anaknya kepada ibu dan pembantu rumah.

“Saya pernah berjanji dengan diri saya untuk tidak menyusahkan sesiapa dan akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya.”Saya bersamanya setiap masa, tapi jika saya sibuk atau waktu penggambaran tidak mengizinkan membawa Adam, saya terpaksa tinggalkannya dengan ibu saya.

“Saya memang ada pembantu rumah tapi disebabkan banyak kes penderaan, saya tidak percaya tinggalkan Adam dengan orang lain,” katanya yang tinggal bersama ibu dan kakaknya.Tanggungjawabnya sebagai ibu turut membuatnya lebih prihatin tentang pengrbanan sebenar seorang ibu.

“Kini saya lebih menghargai pengrbanan ibu bapa saya yang bersusah payah berkrban untuk membesar dan memenuhi keperluan saya.”Saya sedih tengok sesetengah anak yang sanggup membuang ibu bapa mereka sendiri,” jelas Rabecca lagi.Sepanjang bergelar ibu, Rabecca mengakui dia kini lebih matang dan menganggap segala gosip dan thmahan yang diterimanya itu sebagai landasan untuknya lebih berjaya pada masa hadapan.

“Semenjak ada Adam, saya tidak ambil kisah mengenai gosip yang melanda diri saya.”Adam memberi kekuatan pada saya dan saya menganggap kehadiranya membawa tuah dalam hidup saya,” katanya yang mesra dipanggil ‘Mama’ oleh anaknya.Menurut Rabecca, dia mula terdetik di hati untuk mengambil anak angkat setelah membaca berita di akhbar tentang pembuangan bayi yang semakin serius.

“Saya mempunyai anak buah seramai 14 orang. Semasa mereka masih bayi, saya selalu menjaga mereka.”Saya sedih mendengar berita pembuangan bayi. Setiap hari saya berdoa supaya perkara sebegitu tidak berlaku lagi kerana sedih melihat bayi-bayi yang dibuang,” katanya.Kali pertama Rabecca menyuarakan hasrat untuk mengambil anak angkat, ibunya agak terkejut dan menyuruh dia fikir kembali kerana tanggungjawab itu sangat besar memandangkan dia masih muda serta belum berkahwin.

Tapi Rabecca tetap dengan pendiriannya untuk mengambil anak angkat. Dia juga berjanji akan memberikan penekanan pendidikan agama kepada Adam.Di sebalik kesibukan tanggungjawab dan kariernya, ramai yang sudah tahu Rabecca sedang hangat bercinta dengan seorang duda beranak dua.Rabecca mengaku dia kini sedang bahagia menjalani kehidupan bersama insan tersayang.

“Walaupun tidak selalu bersama, namun saya dengannya tiada masalah dan kami bahagia dengan cara sekarang.”Anaknya juga boleh menerima saya dan kami selalu keluar makan bersama,” katanya yang sudah terbiasa dipanggil ‘Mama’ oleh anak kekasihnya itu.Ditanya desas-desus mengenai rumah tangga yang akan dibina pada tahun ini, Rabecca memberitahu dia akan mengumumkan mengenai rancangan perkahwinannya enam bulan sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Setakat ini, keluarga di sebelah sana sudah menerima saya tapi kami belum putuskan apa-apa lagi.”Saya akan jemput semua rakan media dan kenalan artis serta semua orang yang kenali saya,” ujarnya yang merancang mengadakan dua buah resepsi perkahwinan di Johor dan Kuala Lumpur.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *