Jadi sasaran warganet. Leona anak kepada Azhar Sulaiman tekad kongsi satu video luah rasa kecewa dengan segelintir warganet dan berharap orang lain akan sedar pesanan yang dia cuba sampaikan

artis

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berkongsi sepotong video meluahkan kekecewaan menjadi sasaran bvli siber di Internet. Kata Leona, pada satu tahap dia merasakan telah dibvli dengan melmpau oleh segelintir warganet terutama di media sosial.”Saya harap pada suatu hari nanti orang akan sedar apa yang saya cuba sampaikan.

“Saya sentiasa menunjukkan sisi yang gembira tapi menjadi orang yang ceria pun masih membuatkan saya rasa sedih.”Saya rasa tersinggung. Adakalanya pada satu tahap ia (bvli siber) ini jadi melampau-lampau,” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Video itu telah ditonton lebih 590,000 kali dan mendapat lebih 51,000 tanda likes.Pada masa sama, pengikut Leona di akaun terbabit turut berkongsi kata-kata semangat dan menitipkan doa agar terus tabah.Malah, ada yang tersentuh melihat air mata Leona yang sentiasa periang akhirnya tumpah.Leona sebelum ini sangat terkenal dengan kelincahannya menari di aplikasi Tik Tok dengan mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai.Sumber: Gempak

Rakam Video Tik Tok Dalam Kelas. Nama Anak Azhar Sulaiman Terus Trending Di Twitter Dan Lagi Win Bila Leona Balas Komen Yang Mengkritiknya

Tidak semena-mena, nama anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hangat diperkatakan sehingga trending di platform media sosial sejak semalam.Ia susulan selepas ada individu yang bertindak memuat naik sebuah tweet memaklumkan bahawa dia kurang selesa melihat Leona yang sering merakam video Tik Tok di mana-mana sahaja dia berada termasuklah ketika di dalam kelas.

“Anak Azhar Sulaiman doing tiktok all the time, everywhere, even in a class and i be like- girl can u just be a normal one…?” tulis individu berkenaan.Melihat posting tersebut ini respon balas yang diberikan oleh anak gadis berusia 18 tahun itu.“The tiktoks youu see are either during free time or before/after the lesson. Why would i make tiktoks if it made my teacher and classmates uncomfortable, they literally don’t mind and they also join it occasionally

“Btw I have a name haha if you wanna talk about me next time, make sure to mention LEONA or don’t talk about me at all. So brave to talk but too pussy to be confronted.“Im so touched and flattered by all the nice comments. I don’t really talk about it but it’s been really tiring to have my notifications flooded with hatee everyday so this feels like a nice break.

“And stop playing god as if you know your sins so well to remind other people about theirs. What, do you keep a point system? Tiktok – 100 points, m1ddle finger – 200 points ?“And you? Your s1ns? Or are you just keeping track of mine because you feel a sense of duty?,” katanya lagi.Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Leona menerusi akaun Twitter miliknya.Menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Leona supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

Leona Jadi Bulan Orang Ramai. Ramai Warganet Tegur Dan Kritik Anak Kepada Azhar Sulaiman Akan Aksinya Sehinggakan Isu Agama Dibangkitkan

Anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Iris Pahamin sebelum ini telah mendapat perhatian warganet selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Terbaru, nama anak gadis Azhar Sula iman sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial selepas tercetusnya satu isu mengenai Leona sehingga namanya trending di Twitter. Leona turut ditegur warganet selepas memuatnaik satu foto yang dianggap kurang sopan.

Punca perbalahan

Seorang pengguna Twitter telah memuatnaik satu tweet mengenai anak pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona. Dalam perkongsian itu, wanita terbabit mengatakan Leona sering membuat TikTok pada setiap masa walau di mana dia berada termasuklah di dalam kelas. Individu ini turut mempersoalkan tindakan Leona selain mengharapkan dia menjadi ‘normal’ seperti orang lain.

Perkongsian itu walau bagaimanapun telah mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat termasuklah Leona sendiri. Pelbagai respon turut ditinggalkan oleh warganet yang rata-ratanya mengkritik dan menganggap individu itu sebenarnya cemburu dengan kehidupan Leona. Bukan itu sahaja, ada yang turut tampil ‘back-up’ anak pelakon terkenal itu.

Sementara itu, Leona dilihat memuat naik satu foto menunjukkan isyarat tangan menyebabkan dia menerima kritikan daripada warga Twitter yang lain. Rata-rata mengkritik tingkah laku gadis ini yang dianggap kurang beradab dan sangat memalukan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:ohbulan

Leona tampil dengan imej baru. Azhar Sulaiman mampu tepuk dahi tatkala perubahan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

Pelakon Azhar Sulaiman cuba sebaik mungkin untuk memimpin keluarganya agar lebih dekat dengan Islam. TERKEJUT dengan gaya rambut baharu anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona, pelakon Azhar Sulaiman akui dia masih berusaha menjadi pemimpin yang baik untuk keluarganya.Akui sedar dengan rasa kurang senang dalam kalangan warga net, Azhar, 49, berkata anaknya juga masih belajar banyak perkara terutama dalam usia yang sedang meningkat dewasa.”Dia dah 18 tahun masih explore banyak benda dalam hidup ni.

“Hidup dalam keluarga moden ni, saya sebagai bapa perlu menyesuaikan diri dengan perkara begini walaupun ada suara yang tidak menyenangkan. it’s part of growing up. Kasih Iris Leona merupakan cahaya mata perempuan kedua Azhar Sulaiman.“Ada juga orang yang menegur dan menyentuh tentang agama… ada yang cakap saya patut buat sesuatu untuk menghalangnya.”Saya hargai semua komen yang berlandaskan agama. Tak apa, nak membebel pun tak apa, ia sangat dialu-alukan,” katanya kepada mStar.

Azhar mengulas komen warga net mengenai penampilan Kasih Iris Leona yang menukar warna rambut kepada jingga.Tambah Azhar dia tidak akan mempertahankan tindakan yang dibuat oleh anak gadisnya itu.Pelakon Abang 92 ini juga berkata sebagai ketua keluarga dia akan membimbing isteri dan anak-anaknya ke arah yang lebih baik dan mendekatkan diri dengan Islam.Sumber:mstar

Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadisnya Jangan Suka Duduk Mengangkang

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai anak gadis Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sering memuat naik video aktiviti hariannya dan TikTok di Instagram miliknya. Baru-baru ini, Leona dilihat ada memuat naik video bersama kembarnya melakukan senaman.

Seperti sudah dijangka ada yang kurang senang dengan gelagat anak gadis pelakon itu yang mengenakan seluar pendek hitam. Bagaimanapun, ruangan komen video tersebut telah pun ditutup kepada umum. Menyedari nama anaknya menjadi bualan hangat warga net, menerusi Facebook miliknya Azhar berkata dia sudah pun memberi teguran pada anak gadisnya itu. Azhar memberitahu dia turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim.

Katanya lagi, dia juga akan menasihati Leona tentang kandungan yang boleh dikongsikan di Instagram. Malah, dia turut meminta anak lelakinya yang juga kembar kepada Leona iaitu Rees supaya mengingatkan anak gadisnya itu untuk menjaga tingkah laku serta berkelakuan sopan.

Tindakan Azhar yang tampil memberi penjelasan untuk menangani tahap obsesi Tik Tok anaknya itu menerima pujian daripada warga net. Warganet juga mengatakan Azhar seorang bapa yang bertanggungjawab dan bersetuju dengan pendekatan yang digunakan untuk mendidik anaknya. Malah, warganet berkata mereka juga memahami kesukaran untuk membesarkan anak kerana setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Sumber:rotikaya

Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang

Tahniah kepada anak kembar Azhar Sulaiman. ANAK kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.Azhar berkongsi perkara itu di Instagram mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada isterinya Chempaka Emalin Pahamin.”Syukur Alhamdulillah, kembar saya Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM Mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.

Azhar bersama isteri dan anak kembarnya.“Terima kasih ‘zillion’ kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik.”Awak ibu yang terbaik,” tulisnya.Sementara itu, Leona berkongsi keputusan SPM dengan mendapat 7A dan 1B. Manakala Rees masih belum berkongsi berkaitan keputusan yang diterimanya.”7As 1B+, saya rasa baik sahaja.” ujarnya.Selain Leona dan Rees, Azhar Sulaiman turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 21.Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *