Anak terpaksa dimasukkan ke hospital. Nourul Depp kongsi detik cemas dan punca anak dia dimasukkan ke hospital dan harap semua doakan terbaik buat anaknya

artis

Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp berkongsikan detik cemas apabila anak lelakinya, Raphaael Depp telah dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi.Nourul berkata anaknya turut didatangi sawn selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018. Menerusi Instagram, Nourul turut berkongsikan keadaan anaknya yang kini berada di hospital.

“Dah balik ‘merentas desa’ dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu. Selepas sudah dua tahun solid tak kena.“Mak dia jenuh berkuntau dalam kereta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lah,” tulisnya.

Menurut Nourul, anaknya itu telah disahkan menghidap demam denggi dan dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Nourul berkata luruh hatinya melihat apabila anaknya sawn meskipun hanya beberapa minit.“Sekali check darh laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadp punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.

“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu,” katanya.Nourul mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka iaitu Eric Daniel Depp dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan juga Isabella Depp.

Nourul Wahab dimarahi anggota keselamatan KLIA – “Saya tak pernah jumpa orang kurang ajar seperti itu”

Penyanyi Nourul Wahab luah rasa kecewa terhadap pihak berkuasa yang tidak menjaga tutur bahasa.PENYANYI Nourul Wahab meluahkan rasa kecewa selepas melalui pengalaman yang tidak menyenangkan apabila dilayan dengan kasar oleh seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kata Nourul, dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan namun berharap agar anggota berkenaan lebih berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.”Anggota itu tinggikan suara pada saya. Dia cakap dua orang sahaja yang boleh masuk ke dalam.”Saya kata okey, tetapi ibu bapa mertua saya tak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu… tapi dia masih menjawab dengan nada yang tinggi,” ujarnya.

Video yang dikongsi Nourul di Instagram berikutan situasi yang dihadapi ketika di KLIA.Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkongsi pengalamannya itu menerusi beberapa posting di Instagram.Tambah Nourul, dia belum pernah berhadapan dengan situasi seperti itu membabitkan penjawat awam.”Bahasa sesungguhnya jiwa bangsa. Terutamanya yang bertugas demi negara, saya marah betul kalau orang tak tahu sopan.”Tak kira awak ada kuasa atau tidak, jangan kurang ajar dengan orang lain.

Semalam saya jadi terkedu sebab belum sempat buka mulut dah kena marah

“Manusia ni dinilai daripada kesopanan kita, tak kira apa-apa jawatan dan pekerjaan pun.”Selama ini saya tak pernah jumpa anggota keselamatan yang kurang ajar seperti itu,” katanya.Sementara itu Nourul turut memuat naik posting bersama petugas keselamatan di KLIA yang cuba menjelaskan mengenai salah faham berkenaan.

“Tak semua mereka begitu (kasar). Faham mereka juga manusia, bertugas demi negara… demi kita semua. Saya cukup respect semua anggota beruniform.”Semalam saya jadi terkedu sebab belum sempat buka mulut dah kena marah. Tak apa saya faham, undang-undang kena ikut,” katanya.-mstar

Warganet tak ‘update’ informasi terkini, Nourul Wahab dikritik gara-gara keluar beriadah – “Jangan bandingkan kata-kata saya sebulan lepas dan sekarang!”

Nourul Wahab kecewa warganet tidak ambil tahu informasi yang tepat dan lengkap tentang syarat pelaksanaan PKPB.BERANG dikritik kerana keluar beriadah bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penyanyi Nourul Wahab menegur tindakan warganet.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkata apa yang dia dan keluarga lakukan itu mengikut peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB.”Pergi taman tak apa, kerana ia dibenarkan kerajaan selepas pengumuman terbaharu pelaksanaan PKPB ini.

“Ada orang yang jenis mencari salah orang ni komen di Instagram saya selepas saya berkongsi aktiviti riadah bersama keluarga dan berkata yang sebelum ini saya sendiri menasihati orang ramai untuk tak keluar ke mana-mana,” katanya di laman Instagram.

Nourul Wahab menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan ibu bapa mentuanya.Dalam pada itu, Nourul berkata, orang ramai tidak boleh membandingkan apa yang disarankannya sebulan lalu dengan keadaan semasa yang mana banyak peraturan sudah dilonggarkan.Katanya, dia juga sentiasa menjaga keselamatan dan penjarakkan sosial ketika beriadah itu,

“Saya berkata begitu pada sebulan yang lalu. Situasi yang berlaku sebulan lalu tak sama dengan sekarang.”Kerajaan baru mengumumkan pada minggu lepas aktiviti riadah di taman rekreasi dibenarkan. Jadi, ia tak menjadi masalah kerana ia merupakan aktiviti luar asalkan jaga jarak sosial,” tegasnya.

Nourul Wahab mahu orang ramai peka dengan apa sahaja informasi yang diterima supaya tidak terjadi salah faham.Nourul juga berkata, orang ramai perlu mendengar dengan jelas informasi yang ingin disampaikan supaya tidak timbul salah faham.”Saya sampaikan apa yang patut disampaikan atas dasar kasih sayang. Siapa yang nak dengar, dengar la sebab saya sayang pengikut saya yang menyayangi saya.”Lain kali kalau ada apa-apa berita, dengar sampai habis dan dengar dengan jelas apa maksud yang nak disampaikan. Jangan dengar separuh jalan sehingga timbul salah faham,” katanya.

Kalau kita ambil tahu isu semasa kita takkan menyalahkan orang, takkan bitter, jadi negatif atau jadi hat3r

Dalam pada itu, Nourul turut mengingatkan orang awam agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan jelas berkaitan situasi semasa PKPB agar tidak timbul salah faham.”Saya tak faham, masih ada yang tak dapat pesanan ringkas daripada Majlis Keselematan Negara (MKN)? Informasi diberi setiap hari.

“Kalau nak keluar melakukan aktiviti riadah tak perlu memakai topeng muka, tapi kalau nak ke pasar raya perlu memakai topeng muka. Ini sudah diberitahu kerajaan.”Saya tak faham bila ada yang mengkritik saya kerana keluar beriadah bersama keluarga. Jangan bandingkan kata-kata saya sebulan lepas dan sekarang,” ujarnya.Nourul turut menasihati pengikutnya supaya lebih banyak mengambil tahu tentang isu semasa supaya mereka tidak menjadi pengikut yang negatif dan menyalahkan orang lain tanpa usul periksa.-mstar

Nourul Wahab terkejut terima gngguan sksual ketika sedang ‘live IG’ – “Orang tengah sibuk… ada yang call tunjuk anv!”

Nourul berkongsi panggilan video daripada individu tidak dikenalinya.SEDANG sibuk melakukan aktiviti senaman sambil bersiaran langsung di Instagram, penyanyi Nourul Wahab tiba-tiba dignggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya menerusi panggilan telefon.

Apa yang mengejutkan, lelaki berkenaan membuat panggilan video dan menunjukkan aksi tidak senonoh dan memalukn kepada penyanyi itu tanpa sebarang perasaan malu.Nourul atau nama sebenarnya Nourul Huda Abdul Wahab, 41, yang ketika itu masih ‘live’ di Instagram berkongsi video luc4h dan aksi 4individu tersebut kepada pengikutnya.

Kata Nourul, dia kecewa dengan mentaliti segelintir masyarakat yang biadb dan dianggap sebagai tidak berfikiran waras.Nourul terkejut apabila terima gngguan sksual.“Minta maaf kalau ada part video ini mnganggu ketenteraman awam.”Orang tengah sibuk buat live ada yang call tengah me***cap. Kami tunjuk live sebab dia nak perhatian. Ambil nombor dia dan sebarkan… beritahu mak bapa dia kurang ajar!,” ujarnya.

Itulah sakit orang kita, nak ditegur tak boleh terima!

Dalam pada itu, penyanyi lagu Keliru ini juga sedih apabila kebanyakan yang melakukan perkara jijik ini adalah golongan anak-anak muda.Dia turut berasa simpati terhadap ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka sehingga berkelakuan seperti itu.”Semua rakyat Malaysia tengok orang jaht ni, kami live IG eloklah tunjuk anv sendiri.

“Itulah sakit orang kita, kita tegur tak boleh terima. Mereka suka letak kita bawah tapak kaki.”Paling sedih kebanyakan mereka ini anak-anak muda, kasihan mak bapa kalau tahu. Saya ada dua anak lelaki harapnya tak macam tu” ujarnya.Rata-rata warganet turut terkejut dan meminta penyanyi berkenaan untuk membuat laporan polis berikutan sudah dianggap sebagai gngguan sksual.”Buat report polis, jangan dibiarkan. Ini sudah dikira gngguan sksual dan ada bukti!” ujar warganet.-mstae

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *