Ada yang masih mengatakan dia terlibat dengan aktiviti tersebut. Ara Johari dedahkan dia tertekan dan hanya mampu duduk di rumah kerana kesan kontroversi tersebut

artis

Ara bersyukur mempunyai keluarga yang tidak henti memberi semangat kepadannya.PENGALAMAN berdepan kontroversi melibatkan dkwaan yang agak keras iaitu ‘kaki minvm’ pada Ogos lalu cukup memberi pengajaran kepada penyanyi Ara Johari.Biarpun tidak pernah menjangkakan bakal berdepan dengan isu tersebut namun Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

“Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu.Ara tidak pernah menjangkakan akan terpalit dengan kontroversi yang paling teruk.“Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul… macam mana boleh terjadi.

Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.”Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat,” kata Ara kepada mStar.Ara ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap.

Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu didkwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman kers.Bagaimanapun menerusi temu bual bersama mStar pada 25 Ogos lalu, Ara menafikan dkwaan tersebut dan menjelaskan tindakkan dia menarik diri pada saat akhir disebabkan oleh faktor kesihatan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bunga ini mengakui dia berasa tertekan hingga bertindak mengurvngkan diri di rumah.Ara tidak keluar rumah selama seminggu disebabkan tertekan dengan kontroversi tersebut.“Sejujurnya saya memang rasa down (tertekan) sangat sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mngarut. Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memftnah saya yang bukan-bukan.

“Sepanjang waktu itu, saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja… saya jadi takut.”Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurang-kurangnya kita tak buat seperti yang didkwa. Saya diftnah pun dapat pahala juga,” katanya.-mstar

Nampak Kurus Dan Ramai Syak Dia Ambil Sesuatu. Ini Kenyataan Ara Johari Berkenaan Isu Yang Dibangkitkan Oleh Segelintir Individu Yang Tidak Bertanggungjawab

Tampil menafikan kenyataan yang mengaitkan dirinya sebagai artis yang mempunyai masalah sosial apabila dilabel sebagai ‘kaki minuuum’, Ara Johari berani bersumph bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang minuman yang tidak elok.

Ara berkata dia amat kecewa apabila ada pihak mengatakan perkara itu menjadi punca dia terpaksa menarik diri bagi menjayakan sebuah program dan menyusahkan produksi baru-baru ini sedangkan dia terpaksa berbuat demikian disebabkan masalah semput.

“Saya berani bersumph yang saya tak pernah minum, tak pernah sentuh sebarang minuman tersebut atau mengambil barang tidak elok.“Saya agak kecewa bila orang buat kenyataan begini. Hal ini sangat sensitif, tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup. Apa yang penting, saya tahu yang saya tak sentuh dan ambil benda-benda tu semua,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Ara, dia tidak tahu mengapa ada pihak yang sanggup membuat kenyataan tidak berasas sedemikian rupa terhadapnya. Malah, ada yang mengatakan dirinya kurus kerana mengambil barang tidak dibenarkan.“Saya tidak tahu mengapa orang kata saya kaki minuuum. Bahkan ada juga yang kata saya ambil ‘barang’ hanya kerana saya kurus. Walhal saya kurus sebab memang susah nak naik berat badan, bukan ambil benda tak elok

“Apapun, biarlah apa yang orang ingin kata, nanti bila mereka akan diam bila sudah penat nanti,” jelasnya.Dalam pada itu, Ara mengakui berkawan dan bergaul dengan individu yang menjalani kehidupan sosial namun dia tahu untuk menjaga diri dan tidak lakukan perkara yang tidak elok.

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya memang ada kawan yang sosial, yang minum, tapi bagi saya kita yang kena pandai jaga diri. Kalau kawan minum, kenapa kita nak ikut.“Tak apalah, janji orang sekeliling dan keluarga tahu saya macam mana pun dah cukup,” katanya.

Ara Johari Buat Lathi Challenge Bersama Rakannya. Tak Sangka Hasilnya Amat Menghiburkan.

Sejak beberapa minggu ini, cabaran internet yang diberi nama Lathi Challenge mendapat sambutan hangat warganet untuk turut sama melakukannya. Jika diikutkan cabaran internet yang satu ini memang memerlukan daya kreativti dan usaha gigih untuk menghasilkannya.

Di sosial media, pelbagai versi dihasilkan warganet dan juga selebriti. Ada yang menjadi memang boleh meremang bulu roma! Malah ada juga yang membuat versi doktor gigi dan diakhirnya boleh buat rasa ngilu dan ada juga segelintir yang main hentam sahaja dan hasilnya membuatkan ramai terhibur Ni je lathi challenge yang boleh diterima.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini penyanyi bernama Ara Johari pula mencuba buat Lathi Challenge bersama rakan-rakannya. Membuat cabaran ini bersama dua rakannya yang lain, namun hasilnya memang agak…korang tontonlah sendiri dalam video yang dimuat naik oleh Ara Johari ini sendiri.

Apa yang mereka cuba buat ini? Apa yang penting muka Ara Johari langsung tiada sebarang solekan dari awal sampai habis. Video Ara Johari buat Lathi Challenge ini bersama rakan telah meraih hampir 40 ribu tontonan dan 9 ribu lebih likes. Rata-rata warga net meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen mengenai video Ara Johari buat Lathi Challenge seperti berikut: “Lathi Challenge terbaik pernah saya tengok setakat ni”

Ara Johari hadkan ruangan komen, elak perbalahan ‘mak cik bawang’

Ara Johari hadkan ruangan komen di Instagram atas sebab tertentu. TIDAK selesa dengan perbalahan warga net, penyanyi Ara Johari memilih untuk menghadkan ruangan komen di Instagram peribadi miliknya. Ara berkata, dia juga akan memadam dengan segera komen-komen yang menimbulkan rasa kurang senang dan provokasi di laman sosial.

“Bagi saya, orang yang follow saya saja yang boleh komen, saya hadkan itu je. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kecoh lepas itu pergi. “Kalau komen itu terlalu melampau seperti melibatkan ibu bapa, marah-marah saya akan padam,” katanya. Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari memberitahu perkara itu dilakukan berikutan pernah berasa tertekan dengan komen warga net.

Ara Johari hadkan ruangan komen, hanya pengikutnya saja yang boleh masukkan komen. “Komen tak berapa elok buat saya tertekan, sepanjang bergelar artis dah tiga kali saya kena teruk dengan warga net iaitu masa wayang, Anugerah Juara Lagu (AJL) dan fesyen.

“AJL tahun lepas saya rasa sangat stres sebab orang tak boleh terima lagu saya dapat tempat kedua, mereka komen dan mesej saya marah-marah. “Saya rehat daripada Instagram seminggu, selepas itu update balik orang dah tak ingat,” ujarnya. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kecoh lepas itu pergi. Bercakap mengenai kerjaya seninya, Ara mengakui teruja apabila lagu baharunya  kini sudah mencecah satu juta tontonan di Youtube.

“Alhamdulillah untuk lagusemakin mendapat perhatian dan sudah cecah satu juta tontonan di Youtube. “Saya sedang mencari satu lagu lagi untuk cukupkan mini album. Saya tak pasti sama ada masih berkaitan atau tidak, tetapi itu adalah impian saya dari dulu nak ada album,” katanya lagi.

Ara juga ceburi bidang perniagaan. Selain daripada itu, penyanyi berumur 23 tahun ini juga memberitahu dia kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan makanan. “Sekarang saya lebih kepada bisnes daging salai beku, kudap-kudapan dan kuih raya. Kuih baru tahun pertama, tetapi daging salai dah lama. “Saya dah buka untuk tester, mungkin dalam hujung bulan Mac ini saya buka tempahan untuk kuih raya,” ujarnya.

Sumber:mstar

Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari lahir pada 27 Jun 1997 di Negeri Sembilan. Beliau mula meraih populariti menerusi rancangan nyanyian Akademi Fantasia dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut. Beliau mula meneruskan kariernya dalam industri muzik menerusi lagu Warkah Untukku , Bunga dan single terbarunya Paku . Lirik untuk lagu Paku dihasilkan oleh Ara sendiri. Ara seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Warkah Untukku. Namun Ara tidak berjaya merangkul apa-apa anugerah pada kali itu. Ara sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu  33 menerusi lagu Bunga. Berkat usaha gigih Ara dan kumpulannya,lagu Bunga berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara dalam industri muzik.

Sumber:Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *