2 beradik ini teringin nak ke sekolah. Bantuan dan tindakan Ustaz Ebit Lew ini sekali lagi meraih perhatian ramai bila dia terus daftarkan 2 beradik ini ke sebuah pusat madrasah

Viral

Meskipun sibuk menguruskan beberapa perniagaan miliknya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.Terbaru, pendakwah berusia 36 tahun itu berada di sekitar Kuantan, Pahang semalam sebelum bertemu dua beradik yang pernah dibantu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Menurut Ebit, beliau sayu melihat keadaan kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun itu yang bosan duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti kerana sudah lama tidak bersekolah.“Saya tanya, adik nak sekolah? Nak ustaz. Nak belajar nanti nak jaga mak. Ya Allah baiknya. Dia tak sabar nak sekolah,” kongsinya di laman Facebook rasmi.

Tidak mengambil masa lama, beliau terus mendaftarkan dua beradik tersebut di sebuah pusat madrasah di Kuantan untuk menuntut ilmu agama Islam.“InsyaAllah semoga menjadi Hafiz al-Quran. Jadi alim. Jadi pendakwah. Memberi manfaat untuk ummah. Saya akan bayar yuran mereka berdua,” katanya.Sumber : Ebit Lew, OhMyMedia

Sanggup Redah Sungai Semata Nak Bagi Bantuan. Sampaikan Warganet Ingat Ustaz Ebit Lew Pakai Sesuatu Ini Untuk Ke Sesuatu Tempat

Nama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi di laman media sosial.Meneruskan perjuangan untuk membantu golongan dalam kesusahan, Ebit sanggup meredah sungai dengan menaiki bot kecil di Kampung Bantal Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Menurut Ebit, senyuman yang terukir dari bibir individu yang dibantunya memberi makna dalam kehidupannya.”Doakan yer. Terus ke Kampung Asli Kucing dekat dengan Kampung Bantal Pahang. “Bidadari saya kata abang hati-hati yer. Allah pasti jaga abang. Hidup ini perjuangan. Naik bot kecil bawa bantuan dan hadiah-hadiah.

“Anak saya tanya kenapa ayah suka bagi hadiah dan buat semua ini? Bawa duit banyak-banyak. Ayah seronok kan buat kerja ini.”Yer anakku. Inilah kerja ayah dari umur ayah 12 tahun. Senyuman dan kegembiraan orang miskin. “Kegembiraan manusia dapat dekat dengan Allah. Tanpanya hidup ini tidak bermakna,” luahnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang prihatin dengan keselamatan mengingatkan Ebit untuk memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan air sungai yang berada di paras tinggi.”@anaidrontc_: Ustaz jaket keselamatan ustaz. Bahayaa air sungai tengah naik tu nampaknya. Apapun, doa saya semoga Allah lindungi Ustaz dan team selalu.

“@rasro5e: Assalammualaikum Ustaz.. Guna jaket keselamatan. Keselamatan itu keutamaan. “@kak.zila: Ustaz kenapa tak pakai jaket keselamatan? Saya doakan segala urusan ustaz dipermudahkan. Amin.”@scandi.home.ideas: Ustaz. Pakai lah jaket keselamatan. Hati-hati,” antara komen-komen yang ditinggalkan.-gmpk

Satu Demi Satu Ujian Yang Datang. Terkini Elewsmart Pula Dimasuki Individu Yang Tidak Bertanggungjawab Dan Ini Doa UEL Buat 2 Lelaki Pakai Helmet Tersebut

Ebit di hadapan pasaraya Elewsmart cawangan Sungai Buloh. (kanan) Rakaman CCTV yang dimuat naik di Facebook beliau. “YA ALLAH aku mengadu sedih dan susahku hanya pada-Mu” Demikian doa yang dipanjatkan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew susulan pasar raya miliknya, Elewsmart cawangan Sungai Buloh, Selangor, dimasuki individu yang tidak bertanggungjawab pada awal pagi Khamis.

Berkongsi butiran kejadian itu menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), premisnya dimasuki oleh dua individu yang memakai topi keledar kira-kira pada pukul 3.30 pagi.

“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sungai Buloh kena masuk 3.30 pagi. Ada rakaman CCTV. Dua lelaki pakai helmet.”Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya pada-Mu,” tulisnya. Walaupun sayu dengan musibh yang menimpa, Ebit bagaimanapun berlapang dada dan percaya bahawa apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.

Ustaz Ebit beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi Elewsmart Sungai Buloh ketika pembukaannya pada 25 Julai. “Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua ye biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat di sebalik semuanya. “Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali pada-Nya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibh ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik,” tulisnya lagi.

Elewsmart cawangan Sungai Buloh merupakan satu daripada 10 cawangan pasar raya milik pendakwah terkenal tersebut di sekitar Lembah Klang. Pembukaan cawangan tersebut diadakan secara rasmi pada 25 Julai lalu. Selain Sungai Buloh, pasar raya Elewsmart yang menawarkan harga yang rendah pada setiap barangannya turut dibuka di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Balakong, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Sementara itu, posting berkenaan sehingga kini meraih 3,500 shares selain dibanjiri ribuan komen warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat pendakwah berkenaan. “Allah pasti akan ganti yang lebih baik untuk hambanya yang reda dengan ujian macam ustaz. Saya doakan semoga perniagaan ustaz terus maju lagi lepas ni supaya dapat membantu orang yang kurang berkemampuan,” tulis seorang warganet

“Ya Allah gandakan rezeki ustaz Ebit Lew, gantikan dengan rezeki yang baik dan limpahkan rahmat untuk ustaz… semoga yang hilang berganti dengan berlipat ganda,” komen warganet lain pula.”Semoga ustaz tabah. Pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Berserah kepada Allah jalan yang terbaik,” komen seorang lagi warganet

Ini bukan ‘ujian’ kali pertama yang dihadapi Ebit. Sebelum ini, tindakannya berdakwah menerusi bantuan kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu turut dikritik dan tidak disenangi segelintir pihak. Malah, beliau turut dipanggil memberi keterangan kepada Bukit Aman susulan kejadian tersebut.-mediahiburan

Harga Terlebih Murah Daripada Biasa. Ustaz Ebit Liew Dedahkan Harga Bagi Kicap Cap Udang Dan Susu Pekat Serta Maggi Kari Membuatkan Ramai Yang Ingin Datang Ke Kedainya

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kini bukan sahaja menawarkan 100 peluang pekerjaan di pasar raya miliknya diberi nama Elews Mart tetapi beliau juga menjual barang dengan harga murah sempena pembukaan perniagaannya. Bayangkan korang boleh beli Maggi dengan harga asal RM4.50 tetapi Ustaz Ebit jual dengan harga 90sen jer. Bukan itu sahaja, kicap paling mewah dan sedap pada asalnya harga nya agak mahal iaitu sekitar rm5.50, kini anda dapat dengan harga 90sen.Pohon doakan ye Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan. Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan 18Julai dan Ahad 19Julai di Kajang. 8 cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut.

Warganet Sokong Perniagaan Ustaz Ebit Banyak kali kita lihat, Ustaz Ebit banyak membantu orang-orang yang kurang berupaya, orang susah Jadi kerana kebaikkan beliau, ramai rakyat Malaysia yang meny3ru semua orang menyokong segala perniagaan Ebit Lew agar beliau dapat membantu dengan lebih ramai lagi.Senarai Elewsmart di Malaysia. Pembukaan cawangan bermula di sekitar lembah Klang iaitu Bandar Baru Bangi,Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders, Subang Perdana. Dalam pada itu beliau memohon doa orang ramai agar pembukaan perniagaannya berjalan lancar dan niat ingin membantu mereka yang memerlukan kesampaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *