Takut bila kes covid 19 makin meningkat. Mengejutkan bila Zizan dedahkan sesuatu yang terjadi masa pkp. Rupa rupanya sampai macam ni sekali jadi pada Zizan Razak.

artis

Jumlah penularan Covid 19 di Malaysia yang dilihat kembali naik dengan mencecah tiga angka  membuat banyak yang bimbang. Salah satu yang ikut meluahkan kebimbangannya setelah kes Covid 19 di negara merekodkan 150 kes baharu semalam dengan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota, adalah aktor Zizan Razak.

“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. “Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan,” kata Zizan kepada Gempak.

Malah aktor itu mengatakan kebimbangannya terhadap musuh yang tidak kita nampak ini sempat membuat dia berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu. “PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan.

“Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan.  “Kita jaga kita, kita kawal balik keadaan. Jadikan Malaysia kembali kepada negara yang berzon hijau,” katanya.

Meski bimbang melihat angka kes Covid 19 yang kembali naik, Zizan kini tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelaku seni. Dia kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, yang disutradarai oleh Afdlin Shauki, Baik Punya Ahlong.

Membawa watak sebagai Aloy, Zizan memberitahu penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramli dan sahabatnya, Johan ini masih dalam proses. “Setakat ini kami sudah melangsaikan sekitar 60 peratus penggambaran dan dijangka habis pada pertengahan bulan Oktober ini.

“Pengalaman bekerja di filem ini memang mengujakan, apa lagi saya memperoleh banyak ilmu dari aktor Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sendiri,” kata Zizan. Selain Baik Punya Ahlong, Zizan turut mempersiapkan diri untuk memasuki set penggambaran filem berjudul Juang.

Instagram: @zizanrazak869

‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak

PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.

Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya. Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.

“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?

“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *