Terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga yang menetap di Singapura. Hisyam Hamid luah satu perasaan ini dan punca dia tidak boleh pulang ke sana untuk menemui keluarganya

artis

Pelakon Hisyam Hamid terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga yang menetap di Singapura disebabkan penularan wabak Covid-19. Menurut Hisyam, 34, ini merupakan tempoh paling lama terpisah kerana sudah hampir memasuki tiga bulan. “Isteri dan anak-anak saya berada di Singapura. Lagi seminggu akan masuk tiga bulan kami tidak bertemu.

“Sebelum ini saya dan isteri memang tinggal bersama di Kuala Lumpur. Tapi kami ada pulang ke sana dan kemudian saya terpaksa kembali ke sini semula untuk menyelesaikan tuntutan kerja.”Itu yang saya minta isteri berada di sana untuk menjaga anak-anak. Mereka sudah besar jadi faham dengan situasi sekarang. Cuma anak lelaki yang bongsu tu setiap kali call akan tanya bila saya nak balik.

“Saya ada buat permohonan untuk pulang ke sana. Insya-Allah, selepas selesai satu projek yang akan bermula bulan hadapan ini saya akan pulang,” katanya kepada Gempak.Hisyam ditemui ketika majlis pembukaan Bakebe Malaysia di Publika, Solaris Hartamas semalam.Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain tersebut berharap agar pengrbanan yang dilakukan ini berbaloi.

“Saya kena terima yang punca rezeki memang di Malaysia. Jadual saya pun sibuk sampai akhir tahun ini.”Saya selalu berdoa kepada Allah agar pengorbanan yang dilakukan ini berbaloi,” katanya lagi.Hisyam dan isterinya, Rosmawati Hanafi telah mendirikan rumah tangga pada 2 September 2006 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish dan Hayden.-gmpk

8 tahun jadi anggota bomba bantu Hisyam Hamid dalam filem ‘Hero’

Hisyam Hamid memegang watak sebagai Zafril dalam filem mengangkat tentang anggota bomba iaitu Hero.PENGALAMAN selama lapan tahun sebagai anggota bomba di Singapura memberi kelebihan kepada pelakon Hisyam Hamid untuk digunakan bagi menjayakan wataknya dalam filem Hero.Hisyam yang menggalas peranan utama filem itu memberitahu ia banyak membantu dia untuk berasa lebih selesa ketika di set penggambaran terutamanya pada babak yang memerlukan kemahiran teknikal sebagai anggota bomba.

“Terus terang saya katakan antara sebab saya terima tawaran filem ini kerana tugas sebagai ahli bomba itu sentiasa berada dekat di hati saya.Hisyam bergandingan dengan Mark Adam.“Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada saya kerana sudah biasa dengan peralatan dan cara tugas sebagai ahli bomba yang dapat membantu lakonan saya, katanya kepada mStar Online.

Hisyam ditemui ketika berada di lokasi penggambaran filem Hero yang diadakan di Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah di sini, Selasa lalu.Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mark Adam, Bell Ngasri, Syafiq Farhain, Elisha Sandha, Tash Yong dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebuah filem aksi komedi, Hero mengangkat kisah mengenai anggota bomba dan ia dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.Barisan pelakon filem Hero yang bakal menemui penonton tahun hadapan.Dalam pada itu, Hisyam memberitahu dia juga senang bekerjasama dengan anggota bomba sebenar yang turut terlibat dengan filem ini kerana merasakan dia sebahagian daripada mereka.

“Bukan sahaja dengan pelakon lain berasa seronok tetapi anggota sebenar yang turut terlibat… Mungkin sebab saya pernah bekerja dalam bidang ini jadi kami ‘sekepala’.“Ia juga banyak mengimbah memori ketika bertugas di Singapura dahulu, ujarnya.

Hisyam sedang bersiap sedia sebelum memulakan penggambaran.Pernah membintangi drama bersiri Abang Bomba I Love You, Hisyam tidak melihat ia sebagai stereotaip kerana ia mengangkat genre berbeza.“Kalau drama itu ia lebih kepada romantik tetapi Hero ia adalah sebuah filem aksi yang disuntik sedikit elemen komedi.

“Jadi kalau orang nak labelkan saya sebagai pelakon stereotaip itu tidak benar kerana ia adalah dua naskhah berbeza,” jelasnya.Teruja dapat menggalas sebagai pelakon utama, Hisyam meletakkan harapan tinggi agat filem tersebut mendapat sambutan hebat penonton apabila ia ditayangkan kelak.=mstar

“Saya sudah lalui kehidupan br0ken family, tak mahu anak-anak rasai sama” – Hisyam Hamid tak terlepas dugaan dalam rumah tangga

PELAKON Hisyam Hamid mengakui sepanjang 13 tahun mendirikan rumah tangga ada masanya hubungan dia dan isteri diuji. isyam, 33, bagaimanapun berkata dia lebih selesa duduk berbincang dengan isteri, Rosmawati Hanafi berbanding meminta bantuan kedua ibu bapa atau teman-teman.

“Alhamdulillah, sepanjang 13 tahun berkahwin kalau ada masalah, saya dan isteri cuba selesaikan sendiri sebab saya berpegang pada prinsip kalau happy berdua kenapa bila ada masalah tak nak berdepan berdua.”Lain orang mungkin lain caranya, tapi bagi saya kalau ada masalah lebih selesa selesaikan berdua tanpa membabitkan orang lain termasuk keluarga.

“Kalau betul-betul dah tak boleh selesai mungkin masa itu baru saya akan minta pendapat orang lain yang lebih matang dan pernah melalui situasi sama,” katanya kepada mStar.Hisyam bersama keluarga tersayang.Pelakon berasal dari Singapura ini berkahwin dengan Rosmawati pada 2 September 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 12, dan Hayden, 10 tahun.Sementara itu, pelakon filem Dndam Pontianak ini berkata dia sentiasa berkomunikasi dengan isteri jika ada rasa tidak puas hati dan menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Lain orang mungkin lain caranya, tapi bagi saya kalau ada masalah lebih selesa selesaikan berdua tanpa membabitkan orang lain termasuk keluarga.

Ujarnya, sebagai seorang suami dan bapa, dia tidak mahu masalah tersebut berlarutan sehingga membuatkan rumah tangga menjadi g0yah.”Saya pun bukanlah hebat sangat dalam hubungan ini cumanya saya selalu praktiskan komunikasi supaya ada persefahaman antara kami, kalau ada masalah selesaikan cepat-cepat.

Barisan pelakon filem Dndam Pontianak.“Kalau dipendam akan lebih banyak kesan negatif. Saya hanya fikirkan keluarga dan anak-anak sebabnya saya sendiri datang dari br0ken family jadi dapat faham perasaan seorang anak tanpa ayah dan ibu di sisi.”Saya dah lalui dahulu, jadi saya tak nak anak-anak lalui benda yang sama, selagi boleh berbincang kita cuba pertahankan,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier lakonan, Hisyam Hamid kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul Dndam Pontianak.Filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Khamis lalu.Selain Hisyam, ia turut menampilkan pelakon Fazura, Remy Ishak, Namron, Wan Hanafi Su dan Nik Harraz Danish.-mstar

“Kekok bila ada isteri di set penggambaran, tapi dia faham” – Hisyam Hamid tambat hati isteri sebelum berlakon babak romantik

Hisyam Hamid ada cara memujuk hati isteri sebelum menjayakan babak romantik. PELAKON Hisyam Hamid mengakui terpaksa membeli jiwa isterinya terlebih dahulu sebelum menjayakan watak romantik dengan mana-mana aktres atau model wanita.Menurut Hisyam, 33, dia memahami naluri seorang isteri yang mudah cmburu jika melihat suami mereka beraksi mesra dengan wanita lain biarpun hanya sekadar lakonan.

“Sejujurnya tipvlah kalau kata wanita terutamanya isteri tak cmburu tengok suami buat adegan romantik dengan orang lain, bagi saya itu perkara biasa… kalau tak cmburu itu yang masalah.”Kita sebagai suami yang main peranan penting, contohnya sebelum saya lakonkan babak romantik dengan aktres lain, saya akan tmbat hati isteri dulu, pujuk dia… peluk dia terlebih dulu sampai dia pun dah faham apa maksudnya.

“Memandangkan isteri saya sudah biasa dengan industri hiburan, jadi dia tak adalah cmburu yang melmpau sangat cuma kita faham sendirilah orang perempuan ni ada cmburunya, mulut saja cakap tidak tapi dalam hati mesti ada!,” katanya kepada mStar.

Hisyam bersama isteri dan dua anak tersayang.Hisyam ditemui semasa tayangan perdana telefilem Geng yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.Pelakon berasal dari Singapura ini berkahwin dengan Rosmawati Hanafi, 37, pada 2 September 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 12, dan Hayden, 10 tahun.Sementara itu, Hisyam berkata dia pernah berasa malu dan kekok untuk menjayakan babak romantik ketika isterinya berada di set penggambaran.

“Kadang-kadang tu rasa kekok juga bila dia ada di set penggambaran dan saya perlu bawa babak romantik dengan pelakon lain, terus nampak kayu jadinya.”Tapi dia faham, dia akan minta saya lebih rileks dan akan tinggalkan set untuk buat kami berasa selesa.”Buat masa ini kami masing-masing profesional dan tahu kerja yang kita lakukan, isteri juga merupakan pengurus saya dan dia tahu di mana saya pergi dan apa yang saya lakukan,” ujarnya.

Barisan pelakon telefilem Geng yang bakal ditayangkan di Astro First pada 18 Julai ini.Bercakap mengenai telefilem Geng, Hisyam yang membawakan watak Alex iaitu kekasih kepada Sherry Alhadad diminta melakonkan beberapa babak romantik.Bagaimanapun, Hisyam berkata isterinya hanya tertawa apabila mengetahui dia dan Sherry akan menjadi pasangan kekasih dan perlu beraksi mesra.

“Apabila isteri tahu saya perlu romantik dengan Sherry, dia gelak sahaja dan jadikan bahan lawak.”Mereka dah kenal lama dan saya juga pernah bekerjasama dengan Sherry dalam projek-projek amal sebelum ini, jadi dengan kawan-kawan lebih senang nak bawa watak begini,” katanya.Selain Hisyam, Geng turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.Telefilem arahan Umi Salwana Omar ini akan bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 18 Julai ini.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *