Selamba sahaja Fendy Bakry lamar wanita. Fendy Bakry akhirnya dedah cara dia untuk memikat wanita ini dan terus buat persiapan nikah dalam masa 2 bulan

artis

Fendy mula berkenalan dengan isterinya sejak tiga tahun lalu. SETELAH hampir sebulan bergelar suami, pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa syukur dan gembira kerana kehidupannya kini lebih tersusun di samping isteri tercinta.Selain itu Fendy, 32, turut menjelaskan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya namun perlu memikirkan soal keselamatan berikutan wabak Covid-19.

“Alhamdulillah seronok… bangun pagi, ada orang dekat sebelah. Kehidupan saya selepas berkahwin ini lebih tersusun. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya.Fendy berasa bertuah memiliki isteri yang memahami kerjaya seninya.“Saya rasa bertuah sebab ada isteri seperti dia. Saya tidak ada niat nak sorok atau rahsiakan. Segala perancangan dilakukan dalam masa singkat memandangkan kita sedang berdepan dengan Covid-19.

“Majlis yang diadakan pula hanya boleh jemput 250 orang sahaja. Walaupun ada had untuk tetamu tapi bimbang tak boleh nak sekat orang nak datang. Tak akan nak halau.”Jadi kedua-dua keluarga ambil keputusan untuk buat apa yang perlu dan penting sahaja. Sebab itu, kami adakan majlis pernikahan secara tertutup,” kata Fendy kepada mStar.

Fendy ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bulan saja.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Fendy atau Mohd Affandi Nor Bakri menamatkan zaman bujang dan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya dikenali sebagai Ayu dalam sebuah majlis sederhana pada 30 Ogos lalu.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama Mr. Grey ini mendedahkan dia mengenali isterinya buat pertama kali ketika sama-sama menyertai karnival teater di Kedah pada tiga tahun lalu.Sepanjang itu, hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk melamar wanita itu dua bulan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Fendy lakukan persiapan kahwin dalam masa dua bulan.“Pertama kali kami kenal ketika sama-sama sertai karnival teater di Kedah. Tak ada istilah bercinta atau nak keluar makan dan tengok wayang… hanya kawan biasa.”Kami pun jarang berhubung, mungkin sebulan sekali. Terdetik hati saya nak melamar dia sebab nampak ada satu ciri kebaikan yang ada pada dia. Lagipun usia saya dah 32.”Sudah sampai masa untuk berumah tangga. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku’. Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bulan saja. Kiranya, kami ini bercinta selepas kahwin,” ujarnya.-mstar

Dalam diam-diam, Fendy Bakry selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya – “Saya wajibkan yang perlu dahulu”

Tahniah Fendy bergelar suami dengan sekali lafaz.PELAKON Fendy Bakry menamatkan zaman bujang dan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu dalam sebuah majlis sederhana pada malam Ahad.Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 32, yang barkongsi parkara itu di Instagramnya memberitahu acara akad nikah berlangsung di sebuah Dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Fendy berkata, dia akan mengadakan majlis resepsi bagi menjemput rakan-rakan artis dan pihak media dalam masa terdekat.”Alhamdulillah dengan sekali lafaz abang score what! Terima kasih buat adik-beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.”InsyaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak. Masa sekarang saya wajibkan yang mana perlu dahulu.

“Jangan risau saya akan jemput media dan kawan-kawan yang selalu sokong abang,”ujarnya.Fendy melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis sederhana.Pada majlis tersebut Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran, manakala, berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.Dalam pada itu, Fendy berkata, usia sekarang adalah masa terbaik untuk dia mendirikan rumah tangga.“Saya mahukan teman Hidup, lagipun saya sudah tiada pembantu peribadi. Sampai masa isteri menguruskan makan pakai.“Jika terjadi apa-apa isteri boleh uruskan, ” ujarnya.-mstar

Fendy Bakry terkejut dimarahi pelanggan gara-gara tak dapat ‘delivery’ kuetiau goreng – “Dia nak mer0yan saya tak boleh buat apa”

Fendy Bakry anggap kejadian itu hanya satu gurauan.NIAT hanya nak mencari rezeki dengan berniaga, tetapi lain pula jadinya apabila pelakon Fendy Bakry tiba-tiba dimarahi seorang pelanggan di Instagram.Bagaimanapun, Fendy, 31, yang menjalankan perniagaan makanan kuetiau goreng di Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, perkara itu bukanlah satu isu besar baginya.

“Saya rasa benda itu tak menjadi isu pun, saya rasa dia saja nak bergurau tu.”Saya tiada rasa kecil hati pun kerana saya ni memang jenis suka melayan. Dah dia nak mer0yan, saya pun tak boleh buat apa,” katanya kapada mStar.Tangkapan skrin mesej yang dihantar oleh seorang pelanggan di Instagram.

Fendy diminta mengulas mengenai mesej peribadi yang diterima daripada individu yang meluahkan rasa marah secara tiba-tiba dengan melemparkan kata-kata kesat.”Muka kau ni elok kena ludah. Hebat sangat ke kau ni?” ujar mesej tersebut.Mengulas lanjut perkara itu, Fendy berkata, kejadian itu berlaku selepas seorang wanita bertanyakan tentang penghantaran kuetiau goreng yang dijualnya itu ke Nilai, Negeri Sembilan.

“Pertanyaan tadi dari si isteri ada mengatakan yang beliau terliur untuk makan dan beliau cakap ada penghantaran ke tak, kalau tak ada tak mengapa.”Kita ni bila tengok ayat macam tu bermaksud dia berharap agar ada. So, kita pun cakap memang jawapan dia tak ada la. Kalau ada pun jauh, mungkin dia tak nak bayar caj servis penghantaran.

Saya tiada rasa kecil hati pun kerana saya juga jenis suka melayan.

Last last kita pula yang kena, dicop artis itu la ini la, tak layak dapat layanan la,” ujarnya.Tambah Fendy, dia kesal dengan sikap pelanggan yang sengaja mencari fasal biarpun pihaknya sudah menyediakan nombor telefon yang sepatutnya untuk dihubungi.”Padahal kita dah mudahkan pelanggan untuk terus WhatsApp dan siap bagi nombor dah.

“Di sini penggunaan customer is always right tak boleh pakai sebab kita lengkap mudahkan pelanggan,” katanya.Sejurus disekat wanita itu, Fendy berkata, dia menerima mesej peribadi di Instagram daripada seorang lelaki yang memak1 hamvn pelakon itu secara melulu.”Muncul pula Instagram ini barangkali suami dia la kot.

“Aku ni malas nak cari gduh. Kalau nak p1jak sangat datang la Kampung Baru. Tak mahu ke sini mari la jumpa di Taman Medan. Sembang belakang tak guna.”Yang mana duduk Nilai dan kenal dengan individu ini tolong pesan pada dia, kalau nak datang sini beritahu. Kadang-kadang kena bagi dulu sebiji baru dia sedar, sebelum buat tak fikir.-mstar

Akhirnya ada yang faham kenapa Fendy Bakry kurus

Fendy Bakry ditanya kenapa kurus.PELAKON Fendy Bakry lega akhirnya ada warganet yang memahami keadaan tubuh badanya yang dikatakan semakin kurus.Fendy berkata, dia tidak menjelaskan keadaan sebenar bukan kerana malas berbuat demikian, sebaliknya kerana keadaan sekeliling seolah-olah lebih memahami dirinya.

“Terima kasih banyak kerana memahami dan terima kasih jugak tolong menjawab bagi pihak saya. Saya menanti jugak seseorang yang boleh faham dengan situasi ini.”Bukan malas menjawab, tapi keadaan sekeliling menunjukkan seolah-olah mereka faham tapi hakikatnya mereka tidak faham,” tulisnya.Dia juga berharap kenyataan itu menjawab persoalan warganet berkaitan keadaan bentuk badannya yang kurus.

Fendy setuju dengan komen individu berkenaan.Fendy memuat naik komen individu terrsebut yang menjelaskan bahawa dia memerlukan masa untuk berisi berikutan baharu sahaja pulih daripada sakit.”Banyak sangat komen kurus, berilah dia masa nak berisi, dia pun tidak suka kurus dan dia baru sahaja baik dari sakit, ambil masa untuk naik badan.

“Mungkin juga dia lambat berisi sebab memang keturunan slim (kurus),” ujarnya.Tambah individu itu lagi, bakat lakonan pelakon berkenaan lebih penting daripada bentuk badan seseorang.Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *