Ramai DM nak pinjam duit. Zarina Anjoulie luah satu perasaan ini dan dia dedahkan kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan ini

artis

Tampil menmpelak tindakan segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang dikala saat terpaksa menempuh kesulitan hidup, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dedah perkara itu kepada umum di laman Instagramnya.

Ujarnya, beliau amat terkilan apabila wujud dalam kalangan pengikutnya yang mahu meminjam wang ekoran terjebak dengan pinjaman wang haram Ah Long.“Stoplah minta aku duit macam aku ni ban kau. Ada kaki, ada tangan pergi cari kerja, ingat aku ni babu ke kena kerja untuk kasi orang aku tak kenal duit. Dah lah nak minta beribu-ribu. 90 peratus kat DM aku semua nak pinjam duit sebab terjebak dengan Ah Long. Padan muka tu je aku boleh cakap.”

Lebih mengecewakan, Zarina mendedahkan ada antara pengguna media sosial yang gah menayang kemewahan namun hakikatnya tidak seperti apa yang ditonjolkan kerana dihmpit masalah kewangan dan hidup susah.“Bila tengok profile wah hidup gah. Wahai Melayu tolonglah sedar diri kalau dah miskin buat cara miskin.Gambar bukan main nak bawa 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam have-have tapi akaun bank 30 sen.

Menurutnya lagi, ia kelihatan sangat menjengkelkan kerana ramai lagi insan yang wajar diberi pertolongan berbanding golongan seperti ini.“Meluatnya masing-masing nak berangan. Yang menjengkelkan kenapa orang yang minta ni tak ada malu langsung dan apa yang mereka fikir aku akan beri? Baik aku bagi anak-anak yatim makan daripada aku kasi kau.”

Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Zarina merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Malah namanya juga sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya tampil menyelar tindakan selebriti tanah air yang menyeru kerajaan supaya tidak meminggirkan golongan artis yang khabarnya “layak” mendapat bantuan “khas” atas sumbangan mereka dalam industri hiburan tempatan.

Dikatakan Zarina Anjoulie Tak Hormat Satu Golongan Ini. Ternyata Satu Perkongsian Zarina Terus Meraih Perhatian Warganet

Kini meniti kebahagiaan sebagai isteri sekali lagi, pelakon Zarina Anjoulie dilihat ada berkongsi foto kemesraan bersama suaminya, Eilyas Azhar di laman media sosial Instagram. Menerusi salah satu foto terkini yang dikongsikan, Zarina kelihatan gembira dan bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada Julai lalu.

Lantas, perkongsian bintang drama Anak Pontiaanak itu telah menjadi perhatian sesetengah warganet . Rata-rata mereka secara seloroh berpendapat perkongsian Zarina seolah-olah tidak menghormati individu yang masih bujang atau belum mendirikan rumah tangga.“Kesian kami yg single ni… Hahahaha,” tulis warganet menerusi ruangan komen.

Sekadar informasi, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 17 Julai lalu/.Sebelum ini, Zarina pernah berkahwin jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan dikuniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.Bagaimanapun, rumah tangga tersebut berakhir pada Disember 2016.Foto: Instagram Zarina Anjoulie

Pakaian Yang Dibeli Tidak Seperti Yang Diminta. Zarina Anjoulie Luah Rasa Kesal Dengan Sikap Pekerja Di Sebuah Butik Pakaian Terkenal Ini

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie meluahkan rasa berang terhadap sikap sambilewa pekerja di sebuah butik pakaian terkenal. Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi cerita apabila berlaku satu kejadian salah faham bersama pekerja di butik berkenaan.

Menurutnya, pakaian yang dibeli tidak seperti yang dimintanya selain alat penggera pada pakaian tersebut juga tidak ditanggal. “Aku sumpaah hangin gileer dgn budak perkerja cotton on kat AEON shah alam ni kau kasi aku satu je aku mintak 2 colour tu pun bod00h sebab sekali minta first time dah salah bila aku check.

“Aku tak sangka budak anjing to bod00h sampai salah kali kedua so i assumed all is ok. “Balik lepas dah hooray buang resit segala baru aku sedar anjing ni kasi aku satu helai je pastu tag alarm bod00h ni ada lagi!“Dah la jauh nk mari dari rumah aku AEON shah alam ni im so blo0dy Angry aku sumpah rasa nk pergi sana mak1 h4mun dia aku ni dah la banyak kerja kau tambah beban kat aku lagi aku harap kau habis siap kau kejap lagi !,” tulis bintang berusia 32 tahun itu.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut memberi reaksi di ruang komen entri berkenaan. Diharapkan permasalahan yang berlaku pada masa depan dan moga ia dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. Video: Instagram Zarina Anjoulie

Terbaru Penampilan Manis Zarina Anjoulie Bertudung Serta Pasangan Dalam Suatu Majlis Rahsia Yang Diadakan Kekal Misteri

Pelakon Zarina Anjoulie selamat bersanding dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas, hari ini. Zarina kelihatan manis bertudung dan memakai gaun merah jambu sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu moden serta bertanjak. Majlis itu difahamkan diadakan di rumah mertuanya.

Foto dan video sepanjang majlis itu dikongsi Zarina menerusi akaun Instagram miliknya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang ratarata mengucapkan tahniah serta memuji seri wajah Zarina di hari persandingannya. Sebelum ini, Zarina dan Yas difahamkan sudah bernikah pada 17 Julai lalu di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Zarina Anjoulie tamat zaman janda, dipercayai sudah berkahwin dengan jejaka pilihan pada Jumaat

Empat tahun bergelar ibu tunggal, pelakon sensasi Zarina Anjoulie memberi bayangan sudah bergelar isteri dan selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Eilyas Azhar pada Jumaat. Menerusi rakaman pendek yang dimuat naik di Instastory, Zarina dilihat cantik berbusana pengantin serba putih bersama kekasihnya di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini dipercayai bernikah di lokasi berkenaan dan kehadiran bapa Zarina dalam rakaman video tersebut mengukuhkan lagi khabar itu. Bagaimanapun, Zarina tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu. Zarina lakukan persiapan sebelum pernikahan sejak beberapa hari lalu. Sementara itu, menerusi Instagram jurusolek Aizat Abdul Razak, Zarina memberitahu dia dan kekasih berkahwin pada Jumaat. “Jangan lupa esok (Jumaat) Anju kahwin,” kata Zarina. Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila dia tak dapat dihubungi.

Zarina bersama kekasihnya dikenali Yas. Sebelum ini, Zarina pernah dedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus perkahwinan. Namun hasrat mereka itu terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan berpisah pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Buat pernyataan yang tak benar terhadap Amyza: Permohonan Zarina Anjoulie didengar 10 Julai

Pernyataan itu adalah berhubung kenyataan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, 46, yang menyatakan menggunakan kata-kata yang tak elok, pernyataan yang tak benar dan mendatangkan rasa malu pada Zarina Anjoulie, apabila beliau (Zarina Anjoulie) berang perbuatan artis tempatan memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19. Hakim Datuk Azimah Omar menetapkan tarikh itu ketika prosiding kes pernyataan berkenaan yang turut dihadiri peguam Nurul Hafidzah Hassan mewakili Zarina Anjoulie, hari ini.

Azimah turut mengarahkan surat pemberitahuan dihantar kepada defendan, iaitu Amyza, untuk memaklumkan tarikh baharu pendengaran permohonan itu. Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan terbabit. Terdahulu, Nurul Hafidzah memberitahu mahkamah bahawa kes itu telah tersebar dalam media massa dan defendan sepatutnya mengambil maklum berhubung prosiding hari ini.

Peguam itu berkata, Amyza juga belum memasukkan kehadiran untuk menjawab pernyataan itu sejak ia difailkan pada 23 April lalu. Beliau berkata, pernyataan itu diberikan kepada defendan melalui serahan tangan serta pos berdaftar pada 24 dan 28 April lalu. Dalam pernyataan itu, Zarina Anjoulie, 34, selaku plaintif, menyatakan selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM8,000 ke bawah sebulan, sebahagian daripada golongan artis tempatan menyuarakan pendapat dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberi satu ‘bantuan khusus’ untuk mereka atau penggiat seni negara.

Mengikut penyataan itu, Zarina Anjoulie yang juga seorang usahawan menyatakan, beliau telah memuat naik video dalam laman sosial Instagram beliau pada 28 Mac lalu, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak boleh memohon BPN seperti rakyat lain. Beliau menyatakan, pada 29 Mac lalu, sebuah kumpulan dikenali sebagai ‘BANTUAN COVID-SENI 2020’ ditubuh menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram, bagi membincangkan bantuan COVID-19 kepada artis tempatan, dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurang 819 ahli terdiri daripada penggiat seni, termasuk Amyza.

Plaintif menyatakan melalui kumpulan terbabit, Amyza telah mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadapnya, menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh pernyataan itu, selain mengatakan defendan juga telah mengeluarkan pernyataan dalam Instagram miliknya untuk paparan umum yang dimuat naik pada April lalu. Beliau mengatakan, kenyataan tidak benar itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif seorang yang berperangai yang tidak elok, tidak bertanggungjawab serta sering menabur pernyataan tidak benar terhadap artis lain, dan akibat kenyataan itu, beliau mengalami masalah emosi kerana dimalukan dan reputasinya turut terjejas.

Oleh itu, plaintif menuntut pernyataan atas hilang reputasi berjumlah RM3 juta, tanggung kos teladan, faedah dan permohonan maaf daripada defendan. Selain itu, plaintif menuntut defendan memberi daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan tidak benar, membuat seseorang tidak dihormati atau jatuhkan reputasi plaintif pada masa akan datang, kos serta relief lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. -ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *