Perkongsian Saharul Ridzwan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi satu rahsia cara didikan yang dia terapkan kepada anak anak malah boleh menjadi ibu bapa yang terbaik

artis

Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.

“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.

“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan c3laka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.

Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Deena Emir pada tanggal 16 September 2016.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 dan Fateema Azzahra yang baru berusia 9 bulan.Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Siap Suruh Rekod Video Review. Isteri Saharul Ridzwan Dedahkan Punca Dia Menangis Sampai Meraih Perhatian Warganet

Saharul menghadiahkan isterinya sebuah kereta sebagai tanda penghargaan.SEMPENA ulang tahun keempat perkahwinan, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz.Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 32, berkongsi perkara itu di Instagramnya dengan meluahkan perasaan terkejut dan terharu dengan pemberian itu.”Kejutan daripada suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab ulang tahun perkahwinan kami pada 16 September tapi dapat hadiah hari ini.

“Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review. Habis comot muka Deena, maskara meleleh sebab menangis.”Allahuakbar sayang, terima kasih untuk cinta dan usaha, doa saya sentiasa untuk awak” tulisnya.Deena berkongsi perkara itu di IG miliknya pada Selasa.Sementara itu, Saharul pula menerusi Instagram mengucapkan syukur dikurniakan seorang isteri yang dianggap pembawa rezeki untuk keluarganya.Saharul, 32, turut menasihatkan kaum lelaki agar memperbaiki hubungan suami isteri jika mahu rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

“Jika terasa smpit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dahulu. Periksa mana yang terkurang, gembirakan hatinya, Insya-Allah awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.”Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri,” ujarnya.Saharul dan Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.-mstar

Dilabel Suka Menunjuk Sebab Doa Di Laman Sosial. Saharul Ridzwan Bongkar Ada Sesuatu Berlaku Terhadap Doanya Yang Satu Ini

Pelakon Saharul Ridzwan akui dia sering menulis doa yang hendak Allah makbulkan di dalam kapsyen di media sosial seperti Instagram. Saharul berkata dia ada pendapat tersendiri mengapa ‘berdoa’ di media sosial meskipun ada yang menganggap doa itu hanya antara hamba dan Allah. “Selalu jugak saya post doa dan impian-impian saya di Instagram. Nak beli rumah, nak ada anak perempuan, nak selesaikan semua hutang dengan orang. “Dan syukur Alhamdulillah, apa yang saya doa dan impikan datang dan sampai pada waktunya dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah.  “Ada yang cakap, kalau nak doa bukan di media sosial, tapi doa tu antara kita sebagai hamba dengan Allah. 

“Betul. Saya setuju. Tapi lepas banyak kali fikir, ada kebaikkannya jika saya sampaikan doa dan impian di media sosial. Kenapa? “Sebab saya juga percaya bila ada orang yang baca apa yang kita impikan, dan dia jugak mendoakan kita, yang lebih alim dan baik dari kita. “Insya-Allah, menjadi salah satu asbab termakbulnya doa itu. Terima kasih. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri yang sama, Saharul turut berkongsi satu lagi doanya buat perniagaan yang dibina bersama isterinya Qaabila. “Dan hari ni, hari yang baik, penghulu segala hari, Hari Jumaat yang penuh baraqah, ada impian yang saya ingin kongsikan dan perlukan doa juga dari korang semua.

“ Impian saya adalah untuk QAABILA, brand yang kami bangunkan untuk masa depan isteri dan anak-anak. “ Manalah tahu apa-apa jadi pada saya ke, sekurang-kurangnya ada mata pencarian buat anak anak dan isteri. “Saya harap, dengan izin Allah, tahun hadapan tahun 2021, QAABILA akan lebih kukuh, dan makin berkembang. Kita boleh tolong family kecil kita, family terdekat dan insya-Allah boleh tolong orang lain juga yang pastinya sama macam nak memperbaiki hidup untuk lebih baik,” katanya lagi.Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra .

Saharul Ridzwan, isteri sambut puteri

Impian aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan pada jam 4.20 petang tadi. Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, melahirkan anak kedua secara operasi di sebuah pusat perubatan, di sini. Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.

Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin. Tambah mengujakan, mereka sengaja tidak mahu mengambil tahu jantina anak sehingga bayi berkenaan dilahirkan. “Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban. “Doktor menasihatkan isteri di operasi biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal,” katanya kepada BH Online.

Pasangan ini mempunyai anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia tiga tahun. Pelakon drama Kasih ini bersyukur doa mendapatkan anak perempuan termakbul. “Gementar lain macam kali ini. Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik operasi. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa. “Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak tidak sedarkan diri pun ada,” katanya. Saharul berkata, dia dan isteri sudah memilih beberapa nama untuk puteri mereka. Namun, nama yang sesuai belum diputuskan lagi. “Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak,” katanya. Saharul dan Qabila Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Saharul Ridzwan akui terima penjelasan TNB

Pelakon Saharul Ridzwan, 31, mengakui sudah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan Harian Metro sebelum ini. “Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya,” katanya ketika dihubungi.

Pelakon drama bersiri Kasih itu berkata, dia juga sudah menerima penjelasan daripada operator TNB. “Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak berang kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,” katanya. Bagaimanapun, dia menolak untuk bersua muka dengan pihak TNB.

“Kalau jumpa pun saya masih perlu melunaskan bayaran. Lainlah kalau selepas lawatan mesra dan diberikan penjelasan, saya akan terima potongan dan sebagainya,” katanya. Menurutnya, walaupun ada penjelasan atau lawatan mesra dilakukan pihak pembekal elektrik itu, dia selaku masyarakat masih perlu membayar dan melunaskan bayaran kerana tidak ada pilihan lain. Saharul sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *