Peminat tak puas hati dengan komen Shafinaz. Qody ulas lebih lanjut apabila dikritik dengan sebutan bahasanya sehinggakan warganet mewujudkan istilah baru atas sikap Shafinaz

Uncategorized

Warganet mempertikaikan cara kritikan Shafinaz terhadap Qody. KRITIKAN juri jemputan iaitu penyanyi Datuk Shafinaz Selamat terhadap nyanyian Qody Rany menerusi lagu Rvde pada konsert Big Stage 2020 minggu separuh akhir yang berlangsung pada Ahad lalu menarik perhatian warganet.

Rata-rata warganet di Twitter menganggap teguran Shafinaz mengenai sebutan bahasa Inggeris Qody yang tidak jelas seperti memperlekehkan pendidikan penyanyi itu sehingga mereka mewujudkan istilah baharu iaitu ‘education sham1ng‘.Bagaimanapun, Qody atau nama sebenarnya Rossadi Abdul Rani, 26, mengambil kritikan tersebut secara positif dan juga tanggungjawabnya sebagai seorang penyanyi.

Sebutan bahasa Inggeris Qody ketika menyanyikan lagu Rvde menerima teguran daripada Shafinaz.“Apa yang diperkatakan oleh Datuk Shafinaz itu adalah proses pembelajaran. Dia memberi kritikan itu untuk saya tahu apa yang salah… silap dan apa yang perlu saya perbaiki. Saya ambil benda itu sebagai kritikan yang membina.

“Tapi saya tak pasti apa pandangan peminat terhadap kritikan tersebut. Dia tidak cakap yang saya ini tak pandai tapi bagi saya, apa yang ditegur itu memang betul. Sebagai seorang penyanyi, kena terima apa saja ilmu yang diberikan.”Sebagai contoh, kalau pergi kenduri kahwin pengantin mat saleh, orang minta kita nyanyi lagu bahasa Inggeris, takkan nak tolak. Mana tanggungjawab kita sebagai penyanyi? Jadi, kritikan itu untuk saya belajar lagi selepas ini”Bukan saya tidak tahu lagu bahasa Inggeris tapi ada beberapa perkataan yang saya tak reti nak sebut dengan jelas dan memang lagu itu agak susah daripada segi sebutan,” kata Qody kepada mStar.

Sebagai seorang penyanyi, kena terima apa saja ilmu yang diberikan.

Pada konsert minggu ketujuh Ahad lalu, pengumuman penyingkiran Qody dan satu-satunya peserta wanita iaitu Farisha Iris di peringkat separuh akhir mengejutkan banyak pihak.Namun lebih mengejutkan selepas beberapa minit pengumuman dibuat, Astro mengundang ‘drama’ apabila Qody dimasukkan semula sekaligus melayakkannya meneruskan perjvangannya di pentas akhir rancangan tersebut pada Ahad ini.

Dalam pada itu, Shafinaz menjelaskan tugasan yang diberikan bukan untuk bercakap dalam bahasa tersebut tetapi hanya perlu menyanyikan semula lagu yang sudah dinyanyikan oleh penyanyi asal.Shafinaz berharap Qody menerima kritikannya untuk menjadi lebih baik.Menurut Shafinaz, dia tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan pendidikan Qody namun kritikan yang diberikan untuk menjadikan peserta program itu menjadi lebih baik di masa kelak.

“Kita belajar bahasa Inggeris di sekolah… daripada darjah satu dan masa tadika pun belajar. Sebenarnya kalau tak boleh nak bercakap dalam bahasa Inggeris tu pun tak ada masalah. Tapi lagu ini dah ada orang nyanyi pun.”Jadi, dengar dan buat latihan. Bukan kita suruh dia bercakap dalam bahasa itu. Kalau kita bagi kritikan untuk jadikan diri lebih baik, anda kena terima.”Kita bukan nak memalukan dia tetapi nak dia menjadi lebih baik tapi kalau tak nak terima, itu terpulang la,” ujarnya.-mstar

Emosi Qody jadi ‘sasaran’ Big Stage, layak masuk final selepas gimik tersingkir bersama Farisha Iris

Farisha (kanan) gagal mara ke final manakala Qody (kiri) berjaya meneruskan saingan minggu depan.PENGUMUMAN penyingkiran penyanyi Qody Rany dan Farisha Iris daripada program Big Stage 2020 di peringkat separuh akhir mengejutkan banyak pihak.Namun lebih mengejutkan selepas beberapa minit pengumuman dibuat, Astro mengundang ‘drama’ apabila Qody dimasukkan semula sekaligus melayakkannya meneruskan perjuangannya di pentas akhir rancangan tersebut pada minggu hadapan.

Ini bermaksud Farisha sebagai satu-satunya peserta wanita yang menyanyikan lagu Semalam dan Ratusan Purnama tersingkir selepas menerima markah sebanyak 68.50.Menurut juri jemputan iaitu penyanyi Datuk Shafinaz Selamat, meskipun persembahan Farisha berada pada tahap baik namun suara atas (top note) kedengaran seperti sengau dan perlu diperbaiki lagi.

Dari kiri Azzam Sham, Usop, Fadh Majid, Qody dan Dinie Rashid.“Saya harapkan persembahan awak bertahap tidak kurang daripada semi final. Maksudnya, saya nak yang terbaik sahaja. Persembahan awak daripada segi diction, clarity serta tone sudah cantik, tapi perlu fokus pada dinamik persembahan.

“Sebab graf pesermbahan hari ini sama saja… mendatar. Tapi lower range awak bagus cuma top note agak sengau.”Cara nak tahu senang saja… cuba tutup hidung, mesti tahu sengau ke tak, ” kata Shafinaz.Sementara itu penyanyi Azzam Sham menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 81.9 peratus, diikuti oleh Usop (75.6) Fadh Majid (73.1), Qody (71.7) dan Dinie Rashid sekaligus melayakkan mereka ke pentas akhir.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai serta Faizal Tahir manakala seperti biasa penyanyi Elly Mazlein pula merupakan presiden warganet.Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.-mstar

Qody terkejut Tokti komen ‘good job’ lepas persembahan lagu Cindai – “Wow! macam tak percaya tuan punya lagu tengok”

Qody bawa lagu Cindai dalam susunan muzik baharu menerima pujian penyanyi asal Siti Nurhaliza.PERCUBAAN Qody menyanyikan lagu Cindai yang dipopularkan oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza semasa Konsert minggu kedua Big Stage 2020 menerima pujian penonton.

Lebih teruja apabila penyanyi asal lagu berkenaan turut memuat naik ucapan tahniah di Instastory.Terkejut dengan reaksi yang diterima, Qody atau nama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata dia seakan tidak percaya bekas juri Big Stage musim pertama dan kedua itu memuji persembahannya.

“Alhamdulillah, perancangan beri nafas baru untuk lagu Cindai menjadi akhirnya… perasaan seronok sangat! Lebih teruja selepas selesai buat persembahan, ada kawan beritahu Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) post di Instastory kata good job.”Wow, macam tak percaya tuan punya lagu tengok… rasa best sangat! Malah penonton juga turut terhibur dengan persembahan saya itu.

Siti tonton persembahan Qody dari rumah.“Semua ini bukan atas usaha saya seorang, sebaliknya dengan kerjasama pengurusan dan pemuzik yang turut membantu menjadikan lagu ini sedap didengar,” katanya kepada mStar.Dalam persembahan Big Stage minggu kedua, Qody merupakan antara tiga peserta menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 78.60 peratus.

Saya akui mula rasa tekanan untuk persembahan akan datang sebab juri dah letak harapan lebih untuk minggu akan datang.

Malah, juri tetap iaitu Faizal Tahir mengakui terhibur menyaksikan persembahannya malam itu.”Inilah persembahan yang saya fokus dari mula sampai habis… inilah namanya Big Stage, awak mula menari dan menyanyi saya dah enjoy. Saya suka!,” kata Faizal.Sementara itu, Qody mengakui mula merasai tekanan dalam pertandingan ini dan bimbang persembahan selepas ini tidak memenuhi kehendak juri.

Qody akui mula rasa tekanan untuk kekalkan prestasi dalam Big Stage.“Saya akui mula rasa tekanan untuk persembahan akan datang sebab juri dah letak harapan lebih untuk minggu akan datang.”Lebih-lebih lagi Faizal Tahir mahu lebih lagi… apa-apa pun saya akan cuba sebaik mungkin.”InsyaAllah minggu depan saya akan menyanyikan lagu Salam Untuk Kekasih berduet bersama Amir Masdi… harap juri dan penonton akan suka dengan persembahan itu nanti,” ujarnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dua tahun berkawan rapat, Qody kini suami Nurul Atiqah – “Kami kenal dah lama, dia anak jurulatih saya”

Qody selamat bergelar suami Nurul Atiqah pada Khamis.PENYANYI kelahiran program realiti Mentor Milenia, Qody selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya Nurul Atiqah Mohd Fuad, kira-kira pukul 9.30 malam Khamis.Majlis berlangsung secara sederhana di kediaman pengantin perempuan di Masjid Kampung Kumpulan, Langkawi, Kedah.

Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM9,000 selain tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.Sementara itu, Qody berkata, dia memilih wanita yang berkerja sebagai penjawat awam itu selepas berkawan rapat sejak dua tahun lalu.

“Hasrat ini sudah lama saya simpan dan perkahwinan yang dibina ini bagi mencari lebih keberkatan dari Allah. “Selain itu juga adalah bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang menjurus kepada maksiat,” katanya. Nurul Atiqah seorang yang memahami kerjayanya.

Dalam pada itu, menceritakan detik perkenalan mereka, Qody berkata, Nurul Atiqah merupakan anak kepada jurulatih ketika dia aktif bermain bola sepak untuk Belia Kedah bawah 19 tahun.”Sebenarnya saya kenal dia dulu lagi sebelum saya jadi penyanyi, zaman saya aktif sebagai pemain bola sepak Belia Kedah U19.

“Ayah dia dulu salah seorang jurulatih bola yang mencari pemain bakat-bakat muda dari Langkawi dan dalam masa yang sama kenal-kenal bertegur macam itu saja.”Perkenalan yang betul-betul rapat lebih kurang dua tahun. Dia seorang yang memahami kerjaya saya sebagai penyanyi,” katanya lagi.Tambah Qody, buat masa ini isterinya akan menetap di Kedah berikutan komitmen kerja.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *