Terkini kes positif covid 19 kekal 3 angka lagi. Hari ini 115 kes baru di sahkan. Mengejutkan rupa rupanya ini punca.

berita

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 115 kes baru telah dilaporkan hari ini (28 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,034 kes. Daripada 115 kes ini, 112 adalah kes tempatan (98 warganegara, 14 bukan warganegara) dan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 665 kes. Manakala 8 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 5 kes memerlukan bantuan pernafasan. TIADA kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 134 kes. 54 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,889 kes.

Kes Makin Meningkat. Dalam Masa 10 Hari Je 5 Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Dan Selangor Disahkan Ada Kes Positif Covid 19. Rupa Rupanya Ini 5 Senarai Pusat Beli Belah Tersebut.

Baru-baru ini kes Covid 19 telah dikesan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang. Dalam 10 hari lalu, beberapa kes dikesan sekurang-kurangnya di lima pusat membeli-belah, empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.

Sebilangan besar kes tidak menjejaskan keseluruhan pusat beli-belah berkenaan sebaliknya hanya premis tertentu. Bagaimanapun pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya, seperti proses disinfekssi sebagai langkah pencegahann. Berikut adalah senarai kejadian berkaitan pusat beli-belah terbabit dalam 10 hari lalu

The Linc KL

Pada 24 Sept, pihak pengurusan The Linc KL memamklumkan ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah berkenaan telah diuji positif C0vid 19. Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 Sept. “Kami telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengelakkan risiko terdedah kepada pelanggan, kakitangan dan penyewa kami.

“Tindakan segera meliputi pembasmiaan kumann dari semua kawasan umum di The Linc KL oleh syarikat pembassmi kumman profesional,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam satu kemas kini, pada hari itu, pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan mengatakan guru yang mungkin merupakan kontak generasi kedua dengan pesakit C0vid 19 terbabit telah diuji negatiff. Bagaimanapun mereka tetap akan meningkatkan langkah pencegahan.

Suria KLCC

Pada 25 Sept, Babel, gim eksklusif yang terletak di Suria KLCC, memberitahu bahawa salah seorang ahlinya telah dikesan positif Covid 19. Dikatakan ahli gim berkenaan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuk ke zon berisikoo tinggi dan diuji positif Covid 19 pada 23 Sept.

Individu berkenaan pernah datang ke gim Babel cawangan KLCC sebanyak empat kali dan juga dua kali di cawangan Taman Tun Dr Ismail antara 9 dan 17 Sept. Dalam kemas kini pada 27 Sept, gym berkenaan melaporkan semua ahli dan kakitangan yang merupakan kontak dengan pesakit C0vid 19 itu telah menjalani ujian swab dan keputusannya negatiff.

Berikutan kejadian itu, pihak gym mengatakan bahawa mereka telah mewajibkan mengisi borang pengisytiharan perjalanan. Pihak pengurusan Suria KLCC juga mengatakan telah melakukan pembersihaan dan pembasmiaan kuman secara menyeluruh di gimnasium dan kawasan berdekatan.

NU Sentral

Pada 27 Sept, pengurusan Nu Sentral memberitahu salah seorang pekerjanya disahkan positif C0vid 19 sehari sebelumnya. Pusat membeli belah itu berkata semua kakitangan lain yang berhubungan dengan pesakit Covid 19 itu juga telah menjalani ujian Covid 19 pada hari yang sama dan dikesan negatiff.

Bagaimanapun, semua pekerja masih perlu mengasingkan diri selama 14 hari. NU Sentral juga meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes ini adalah kes terpencil. “Kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai tindakan susulan selanjutnya yang mungkin diperlukan.

“Sebagai langkah pencegaahan, Pusat Beli-belah NU Sentral telah melakukan kerja pembersihan menyeluruh di seluruh kawasan pusat membeli-belah sesuai dengan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 26 Sept,” katanya.

KL Gateway Mall

Pada 25 September, pihak pengurusan KL Gateway Mall memaklumkan terdapat kes Covid 19 yang disyaki berlaku di Menara Suezcap 1. Walaupun kejadiann itu tidak berlaku di pusat membeli-belah itu sendiri, bangunan menara pejabat tersebut dihubungkan dengan pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kemas kini semalam, pihak pengurusan mengatakan pekerja di Menara Suezcap 1, yang bersentuhan dengan pesakitt C0vid 19 yang kembali dari Sabah, disahkan negatiff. “Bagaimanapun, pejabat tertentu akan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak. “Pusat membeli-belah ini akan meneruskan semua proses pembersihan dan pembasmiaan kumaan secara rutin kerana keselamattan dan kesejahteraan anda adalah keutamaan kami,” katanya.

Sunway Pyramid

Pada 25 September, pihak pengurusan Sunway Pyramid Mall memberitahu bahawa ia dimaklumkan seorang kakitangan di sebuah kedai Nike di pusat membeli-belah tersebut didapati positif Covid 19. “Pengurusan pusat membeli belah mendapatkan rekod daftar masuk kakitangan Nike melalui MySejahtera dan mengesahkan bahawa kakitangan Nike itu hanya datang bekerja pada 22 dan 23 Sept.

“Kakitangan Nike itu juga tidak mengunjungi kedai-kedai lain di pusat membeli-belah tersebut, kecuali satu kedai serbaneka. “Pihak pengurusan menghubungi pengusaha kedai serbaneka tersebut untuk memberitahu mereka mengenai kess itu dan kerja pembersihan segera dilakukan,” katanya, sambil menambah kakitangan kedai itu juga telah menjalani ujian.

Sumber : MalaysiaKini

Mengejutkan Kes Covid 19 Di Sabah Paling Tinggi Sekarang. Ramai Individu Dari Sabah Akan Dtg Ke Semenanjung Esok. Ini Tindakan Yg Akan Dikenakan Pada Mereka Esok.

Kuala Lumpur: Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula esok sehingga 10 Oktober. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

“Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.

“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif Covid-19. Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan,” katanya

Menurutnya, sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19. “Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian Covid-19.

“Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum,” katanya.

Kredit:Hmetro

Seorang Staff Butik Di Mall Yg Terkenal Di Ibu Kota Positif Covid 19. Puncanya Sangat Mengejutkan. Sampai Macam Tu Sekali Punca Dia Dijangkiti Positif Covid 19.

Menerusi hantaran hari ini dari Facebook Sunway Pyramid, pihak pengurusan memberitahu bahawa seorang staff dari butik sukan telah positif C0vid 19. Pengurusan Sunway Pyramid Mall telah diberitahu mengenai satu kes C0vid 19 pada 26/9/2020, yang melibatkan satu kakitangan kedai Nike di tingkat pertama pusat membeli-belah yang mempunyai sejarah perjalanan.

Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan telah dihadiri segera setelah dikenal pasti, bersama-sama dengan penyewa yang terlibat mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM juga menghubungi mereka yang telah berhubungan dekat dengan yang kontak rapat, dan telah diperintahkan untuk melakukan pemeriksaan dan kuarantin diri. Kes ini dikendalikan dengan baik dan terkawal kerana tindakan pantas yang dilakukan oleh penyewa bersama dengan pihak berkuasa.

Sunway Pyramid Mall telah segera melakukan dan menyelesaikan pembersihan mendalam, pembasmian kuman menyeluruh serta pembersihan di seluruh premis; dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.

Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terjejas untuk menyelaraskan secara menyeluruh penyiapan kerja pembersihan yang mendalam, serta mendapatkan kemas kini tepat pada masanya untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan cekap.

Pusat membeli-belah dan pegawainya telah dilatih untuk menerapkan standard dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM di C0vid 19. Dari masa ke masa kami terus memantau perkembangannya, kami ingin memaklumkan semua pengunjung, penyewa dan masyarakat kami untuk tetap tenang dan waspada selama ini, dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.

Pengurusan Sunway Pyramid Mall komited sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penyewa dan komuniti kami, terima kasih.

Sumber : FBSunwayPyramid/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *