Rumahtangga dalam masalah. Akhirnya Lisdawati tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumah tangganya buat waragnate terkedu.

artis

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lisdawati mengaku dirinya sekarang lebih tenang menghadapi musibah. Lisda atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin, berkata dia sering mengingatkan diri soal pemergian, lantas menjadikan dia lebih positif melalui hari mendatang.

“Tambah lagi, apabila saya selalu membaca berita pemergian secara mengejut. Disebabkan itu, hari-hari saya berpesan kepada anak-anak agar bersedia kerana bila-bila masa Mama akan pergi. “Hari-hari yang berlalu adalah hari-hari untuk saya mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan sama dengan memberi didikan agama yang betul

“Alhamdulillah, anak-anak terima dengan baik. Sama juga dengan anak-anak tiri mereka sedang belajar. Saya sangat bersyukur biarpun anak-anak tiri saya ada kerenah masing-masing, namun, mereka anak yang baik,” katanya kepada BH Online.

Ibu kepada lapan cahaya mata termasuk empat anak tiri ini mengaku banyak belajar daripada setiap dugaan ditempuhi. Lantas, Lisdawati tenang menjawab segala persoalan terutama membabitkan suami dan keluarga.

Isteri kepada Fauzi Nawawi ini mengulas mengenai entri dimuat naik di laman sosial baru-baru ini yang menyentuh soal masalah komunikasi dalam keluarga. Lisdawati berkata, hubungannya bersama suami sangat baik, apatah lagi selepas melahirkan anak keempat yang berusia dua tahun.

“Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya. “Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi.

“Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja,” katanya. Tambah Lisdawati, sejak melahirkan anak keempat, dirinya sangat bahagia. “Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang,” katanya.

Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: BH online

Paling Sakit Dugaan Yang Melibatkan Hati Dan Perasaan Ni. Lisdawati Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Orang Ramai Tertanya Tanya. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Pelakon Lisdawati ada berkongsi cerita perihal dirinya bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 41 tahun ini ada memberi perkongsian mengenai hidup. Malah, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini ada bertanyakan pendapat mengenai perkara tersebut bersama pengikutnya.

“Setiap hari kita akan diuji. Adakah kita mampu utk menghadapinya. Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan. “Ramai org ada masalah komunikasi dlm keluarga…Persoalannya… “Adakah perlu kita diam, makan hati atau bersemuka utk leraikan kekusutan?

“Apakah satu kesalahan itu kita diam, tak perlu tegur utk jaga hati atau kita tegur juga dgn cara terbaik supaya dia perbetulkan kesilapan?#hatilukadankecewa#akutaksempurna#mencarijalanpulang,” tulisnya. Lalu, rata-rata peminat ada memberi pandangan sendiri terhadap status yang dikongsikan pelakon terbabit.

Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Lisdawati

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

‘Tunggu! Aku cari kau!’

“JANGAN ingat saya akan berdiam diri. Tindakan akan menyusul,” kata pelakon, Fauzi Nawawi selepas membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras, pagi hari ini. Fauzi, 47, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata, dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dalang di sebalik penyebaran video aksi tak senonoh yang didakwa mirip dirinya sejak Isnin lalu.

Menurut Fauzi, tindakan perlu diambil kepada pihak terbabit kerana sudah menyiarkan ftnah sehingga menjatuhkan maruah orang lain. “Setiap individu yang menyiarkan ftnah yang menjatuhkan maruah orang lain patut diambil tindakan untuk mengelakkan gejala buruk ini berleluasa.

“Saya akan ke SKMM dan mencari individu yang bertanggungjawab. Saya nak sangat tahu punca berita ini disebarkan oleh siapa. Dia perlu berjumpa saya secara ‘face to face’. Saya teringin nak berkenalan,” katanya kepada Harian Metro.

Fauzi yang juga suami kepada pelakon, Lisdawati berkata, salah satu sebab dia membuat laporan polis adalah tempias dan tekanan sama turut dirasai anggota keluarganya. “Untuk saya terima fitnah dan isu ini, saya masih boleh bertenang lagi. Tapi oleh kerana anak-anak dan isteri menerima tekanan daripada perbuatan tak bertanggungjawab ini, saya rasa mereka sudah pergi terlalu jauh dan melampau sangat kalau dibiarkan.

“Jadi, saya akan ambil tindakan undang-undang supaya mereka ini dihukum sekeras-kerasnya supaya lain kali tak ada lagi golongan seperti ini nak ambil kesempatan sewenang-wenangnya dengan menjatuh dan mengaibkan maruah orang.

“Ini isu berat yang kita perlu tangani dengan undang-undang. Saya rasa semua orang perlu ambil serius mengenai perkara ini,” katanya. Terdahulu, beberapa versi video aksi tak senonoh yang didakwa mirip pelakon filem Munafik itu tersebar di laman sosial. Fauzi dalam kenyataan di Harian Metro semalam menganggap penyebaran video itu adalah untuk menjatuhkan kerjaya dan meruntuhkan rumah tangga dibina. Menerusi kenyataan sama, Fauzi berkata itu bukan kali pertama dia berdepan penyebaran video seumpamanya.

Lisdawati berserah kepada Allah

“JAUHKANLAH aku dan keluargaku dari fitnah dunia,” tulis pelakon, Lisdawati di Instagram. Ketika ini, suami Lisda yang juga pelakon, Fauzi Nawawi berdepan ujian selepas penyebaran video aksi tak senonoh yang dikatakan mirip pelakon itu sejak Isnin lalu.

Menerusi status itu juga, Lisda menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah SWT. “Kepadamu ya Allah aku berserah jiwa dan raga. Kerana ajl menanti tak tahu bila,” tulisnya. Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik beserta gambar bersama Fauzi, Lisda menyeru kepada semua untuk bertaubat.

“Sebagai hambanya kita bertaubat kepada Allah SWT, bukan mencari dosa silam manusia lalu disebarkan. “Andai aku pergi esok hari, aku minta maaf segala kesalahanku, kekhilafanku, kerana sebagai manusia aku pendosa yang tak lepas buat salah.

“Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua,” katanya. Lisda dan Fauzi kini terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya. Terdahulu, Fauzi selesai membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras berhubung penyebaran video tidak senonoh, pagi, hari ini.

Lisdawati buang, bakar gambar lama

PELAKON Lisdawati berdoa setiap hari supaya cerita lama mengenai dirinya iaitu sebelum berhijrah dan bertudung tidak lagi disiarkan. Lisda, 42, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah banyak membuang dan mmbkr gambar-gambar lama.

“Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bkr. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit. “Teringat pada beberapa peminat yang paparkan gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun, jom kita jaga sama-sama kita. Conteng sikit mana yang perlu,” katanya.

Lisda yang juga pelakon drama Camelia berkata, dia selagi boleh mahu memadam semua gambar dan video yang memaparkan dirinya tidak bertudung. “Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan,” katanya.

Lisda memuat naik gambar bersama beberapa artis wanita ketika menjayakan sesi fotografi sebuah majalah hiburan satu ketika dulu. “Semoga Allah SWT terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya,” katanya. Pada keratan itu, Lisda menconteng bahagian kepala di mana ketika itu dia belum bertudung. Lisda mula mengenakan tudung pada 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *