Rasa dah tiada jodoh. Mengejutkan Datin Alyah tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya buat ramai terkedu. Rupa rupanya dalam diam ini yang terjadi pada rumahtangga dia.

artis

MASALAH rumah tangga Datin Alyah dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS sejak pasangan itu berkahwin pada 2013 hampir membuatkan penyanyi itu berputvs asa. Ujar Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, dia sedar wujud pihak tertentu yang tidak senang dengan perkahwinan mereka dan ingin memecah-belahkan rumah tangganya.

Enggan terus membiarkan ia terus berlanjutan, penyanyi lagu Meluruh itu dan suaminya sama-sama mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri untuk menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri. “Kita berubah di kedua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah… macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ini, rumah tangga ada up and down.

“Orang dekat luar pun get ready saja… bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita. Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi. “Untuk apa… semua untuk memecah-belahkan rumah tangga. Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa kita dulu tak ada laman sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu saya tetap menunggu bapa saya.

“Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka. Itulah yang saya rasa terlepas untuk beberapa tahun lalu. Alhamdulillah saya dah dapat balik, saya harap dapat terus kekalkan macam ini,” kata Alyah kepada mStar. Alyah ditemui pada majlis memperkenalkan dia sebagai duta produk Zafesha Simply di Hotel Dorsett, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Alyah mengakui dia ada perancangan untuk bersara daripada dunia seni beberapa tahun lagi dan salah satu sebabnya mahu memberi tumpuan bagi mendapatkan zuriat. Alyah sudah ada perancangan untuk bersara dari dunia seni.

“Secara jujur saya memang tak akan menyanyi sampai tua… kita pun tak tahu tapi ini hanya perancangan. Allah lebih mengetahui. Ada satu waktu yang tak boleh nak dikongsikan, tapi saya akan bersara bukan berehat. “Ini keputusan yang terbaik dan memang saya tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun. Saya pernah luahkan hasrat itu kepada suami dan dia pun faham kenapa saya buat keputusan itu.

“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambahkan ahli keluarga. Saya memang ada perancangan untuk lakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF),” ujarnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

‘Berdosanya saya…’ – Datin Alyah

PENYANYI, Datin Alyah nekad untuk tidak mahu lagi merakamkan sebarang lagu berunsurkan cinta antara kekasih. Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, mengakui berasa sangat berdosa membuai pendengar dengan lagu cinta demi mengejar populariti.

“Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia dan buat kekasih yang akan membuatkan anda terbuai dan lupa pada Maha Pencipta. Mohon maaf atas keputusan ini. “Selama 20 tahun saya menjadi penyanyi, saya menyanyikan lagu berunsurkan cinta, sngsra, sedih, tidak setia dan kecewa. Kebanyakan lagu saya semuanya cinta kepada manusia,” katanya.

Penyanyi Sesal Separuh Nyawa itu juga ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang dibawa selama ini bersempena bulan Ramadan ini. “Nyanyian saya menitiskan air mata anda dan menitis kerana kasih pada manusia. Bukan kerana kasih kepada Allah SWT, bukan kerana rasul, bukan kerana ilmuan agama.

“Bersalahnya saya pada anda dan berdosanya saya pada semua. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti,” katanya. Perkara itu dikongsikan Alyah menerusi Instagram yang mana dia turut memperdengarkan sebuah lagu berunsur ketuhanan nyanyiannya.

“Lagu terbaik yang pernah saya tulis bersama Omar K dan Ikhwan Fatanna, juga hasil usaha kakak saya Datuk Ayu Puteh, lagu saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dalam kehidupan saya. “Perjalanan saya masih jauh semoga Allah SWT sentiasa bersama kita semua dan memberi redanya. Sejauh mana kita mencari jawapan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya satu kepercayaan kepada Allah SWT,” katanya.

Ada aku kisah – Alyah

PENYANYI terkenal, Datin Alyah tidak pernah terasa hati atau menyimpan dendam terhadap pengacara program Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia tidak kisah meskipun sering menjadi bahan usikan dengan suaminya, Datuk Ramli MS.

“Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya. “Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

“Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,” katanya kepada Harian Metro.

Alyah yang muncul dengan single Meluruh berkata, baik Nabil atau Jihan, kedua-duanya tidak pernah menghantar mesej secara peribadi untuk minta maaf. “Nabil dan Jihan tak pernah pun mesej untuk cakap maaf. Sebab saya anggap mereka bergurau.

“Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi itu kerja mereka, jadi saya biar saja. “Saya juga tak ambil hati atau simpan dendam. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja,” katanya.

Perkembangan lain, lagu nyanyian Alyah iaitu Jutaan Purnama terpilih ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34). Lagu ciptaan sepenuhnya Ezra Kong, Hael Husaini dan Omar K itu bertanding pada minggu ketiga, 29 November ini. SFMM34 minggu pertama bermula pada 15 November dan kedua pada 22 November.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *