Tarikh 26 September menjadi hari bersejarah. Datuk Bandar KL rasmi penukaran nama jalan kepada Jalan Palestin dan perkongsian yang dibuat mendapat perhatian ramai

Viral

26 September 2020 merupakan hari bersejarah untuk Kuala Lumpur dan Negara Palestin kerana pada tarikh ini, satu jalan di Kuala Lumpur telah ditukarkan namanya menjadi Jalan Palestin.Upacara penukaran nama jalan itu telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Duta Besar Palestin. Ikuti laporan yang dipetik dari akaun Facebook MyAqsa di bawah.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @AidanAlfatih turut mengemaskini berita tersebut untuk maklumat dan pengetahuan pengguna yang lain. Sehingga artikel ini ditulis, tweet tersebut telah mendapat lebih 1.9k sukaan.

Sebak! Rakyat Palestin Zahirkan Ucapan Merdeka Guna Pasir Pantai di Gaza Beach

Tanggal 31 Ogos sememangnya tarikh yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara tercinta dan bagi memperingati detik kemerdekaan yang kita kecapi sejak 1957 dahulu.Tidak dinafikan, setiap tahun sambutan hari kemerdekaan sentiasa disambut dengan  cara unik walaupun terdapat sedikit kelainan pada tahun ini memandangkan kita masih ‘melwn’ dengan Covid-19.

Bagaimanapun, keadaan wabak pandemik yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini tidak menghalang niat sekumpulan lelaki daripada Palestin untuk menghadiahkan ucapan hari kebangsaan buat rakyat Malaysia dengan cara yang unik.Melalui perkongsian Twitter, sekumpulan lelaki tersebut berkongsikan ucapan ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia’ yang dihasilkan menggunakan pasir pantai yang dipercayai di pantai Gaza.

Apa yang mengejutkan, ‘projek’ di tepi pantai itu turut disertai oleh seorang kelainan upaya (OKU) Wow! Gigih nya diorang ni…Bukan sahaja mengucapkan ‘selamat hari merdeka’ buat Malaysia, namun hasil kerja yang menggunakan pasir pantai itu turut disertakan dengan Jalur Gemilang dan bendera Palestin di atasnya.

Perkara ini membuatkan rata-rata warganet di Malaysia berasa sebak dan turut mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas ucapan dari rakyat Palestin itu dan turut mendoakan agar Palestin turut akan mengecapi kemerdekaan yang mereka cari.Thank you Palestine! We all love you!

Palestin Kini Hilang Dalam Google Maps, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kecoh baru-baru ini apabila negara Palestin dilaporkan telah dipadam daripada Google Maps milik syarikat gergasi Google.Google menjadi sasaran warganet apabila syarikat ini didkwa sengaja memadamkan nama Palestin yang sepatutnya berada di dalam peta Google Maps.Malah, orang ramai turut mempersoalkan tindakan Google yang masih mengekalkan negara haram Isra3l sejak puluhan tahun dahulu di dalam fungsi peta mereka.

Melihatkan situasi ini, petisyen melalui Change.org telah dibuat bagi mengumpulkan sokongan daripada seluruh dunia untuk mendesak Google agar kembalikan semula Palestin di dalam Google Maps.Nama Palestin sebenarnya sudah dipadam sejak 2016?Pada tahun 2016, timbul isu yang sama apabila Google menjadi sasaran ramai kerana mereka dikatakan sengaja memadamkan nama Palestin dan hanya meletakkan nama West Bank dan Gaza Strip di Google Maps.

“Salah ke jadi orang Palestin?” – Bella Hadid ‘Sound’ Instagram Sebab Padam ‘Posting’ Bangga Berdarh Palestin

Untuk menjawab persoalan ini, wakil Google pernah menjawab pada 2014 bahawa pihak mereka akan kekal neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana negara berkenaan isu sempadan negara.Adakah ada tangan gelap yang mahu sejarah Palestin terus dilupakan oleh masyarakat dunia?Sumber: News18

Model antarabangsa terkenal, Bella Hadid menemplak tindakan pihak Instagram kerana telah melupuskan salah satu instastory yang dimuat naik olehnya.Bella, 23, telah memuat naik gambar pasport tamat tempoh milik bapanya, Mohamed Anwar Hadid, 71, di instastory. Gadis berkacukan Palestin-Belanda itu menunjukkan tempat kelahiran bapanya iaitu Palestin.Saya bagi menjadi rakyat Palestin.”Sumber: People

Keesokan hari, dia mendapat tahu instastory tersebut telah dipadam oleh Instagram dengan alasan ianya melnggar undang-undang komuniti Instagram.“”Instagram telah memadam hantaran saya di Instastory menunjukkan pasport warganegara Amerika Syarikat milik ayah yang terpapar tempat kelahirannya dia Palestin.”“Dimana kesalahan saya sehingga dikatakan melnggar undang-undang bvli, paparan melmpau serta gambar lcah?”

Pemilik nama Isabella Khair Hadid kemudian memuat naik semula screenshot mesej daripada Instagram di instastory. Katanya Bella, apa yang dilakukan Instagram itu dianggap satu perbuatan buli dan menyeru agar pengikut serta peminatnya untuk sentiasa berasa bangga dengan tanah kelahiran ibu bapa masing-masing.

“Adakah kita dilarang untuk menjadi rakyat Palestin di Instagram? Anda (Instagram) tidak boleh memadam sejarah keturunan dengan menutup mulut kami.”“Saya bangga mempunyai drah keturunan Palestin, setiap orang patut berkongsi dan paparkan di mana ibu-bapa anda lahir. Ingatkan mereka (Instagram) bahawa kita berbangga dengan asal-usul ibu bapa kita!”-lobakmerah

Malaysia dan Palestin berpisah tiada

Baru-baru ini kedengaran suara yang mempersoalkan penyaluran dana ke bumi Palestin, khususnya melalui badan bukan kerajaan (NGO) tempatan. Hak untuk bertanya tidak salah, tetapi kenyataan yang dibuat secara rambang dan tidak spesifik, menimbulkan kekeliruan dan prasangka tidak molek terhadap NGO, badan dan institusi yang mengrbankan masa, tenaga dan harta untuk menjadi sebahagian perjuangan pembebasan Al-Aqsa.

Antara kertas kerja pertama yang dihasilkan PALM Strategic Initiatives Centre ketika mula beroperasi hujung tahun lalu ialah Peranan Malaysia Dalam Menjuarai Isu Palestin.Malaysia mengiktiraf representasi daripada Palestin Liberation Organization (PLO) sejak 1981 dan diperkasakan pada 1989 apabila diangkat setaraf dengan perwakilan asing di ibu negara Kuala Lumpur.

Kebersamaan Malaysia dengan Palestin menjangkaui sempadan negara apabila peluang juga dibuka seluasnya kepada pelajar Palestin meneruskan pengajian di tanah air dengan Biro Statistik Palestin mencatatkan angka 4,000 orang dari negara berkenaan berada di bumi Malaysia pada 2019. Kerjasama Malaysia–Palestin merangkumi semua sektor.

Di sektor agama, selain secara semula jadi menjadi contoh perjuangan dan kebangkitan menentang penjajahan Zi0nis sejak lapan tahun lalu, imam Palestin sering dibawa menghiasi masjid di Malaysia pada bulan Ramadan dengan suara lunak mereka. Pihak Darul Al-Quran dan Sunnah Palestin juga pernah dipelawa berkongsi teknik hafazan al-Quran lengkap berikutan anak-anak di sana hanya mengambil masa dua bulan untuk menguasainya.

Di sektor kebudayaan pula, institusi Palestin diberi ruang berkongsi budaya mereka di universiti, sekolah dan program khas, sementara di Palestin, budaya Malaysia dikongsikan melalui Pusat Budaya Malaysia di Gaza yang mengadakan kunjungan ke sekolah, pertandingan dan pengenalan budaya seperti memperkenalkan makanan dan pakaian Malaysia, seni bina, mercu tanda dan toleransi antara kaum.

Rakyat Malaysia juga sangat pemurah apabila membabitkan isu Palestin. Ratusan juta ringgit disalurkan kepada penduduk, dengan Gaza mendapat bantuan terbesar, merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur, sukan dan pemulihan psikologi kanak-kanak yang terdedah kepada serangan dan peperangan berterusan. Wisma Malaysia di Gaza menghimpunkan puluhan NGO yang bekerjasama serta bersepadu untuk membantu penduduk dan NGO lain yang lebih lama bertapak sudah membina Sekolah Tahfiz Malaysia, hospital dan masjid serta 1,001 projek lain yang menjadikan nama Malaysia semerbak disebut penduduk.

Sokongan paling kuat Malaysia kepada Palestin dizahirkan melalui politik – sokongannya yang tidak berbelah-bagi di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB, Organization of Islamic Cooperation (OIC) dan mutakhir KL Summit. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah wajah yang sangat sinonim dengan pembelaan tanah Palestin yang dijajah dan kritikan ke atas kezliman penjjah sehingga digelar antis3mitik.

Malah, NGO Islam termasuk parti politik pula sering menjuarai perhimpunan dan perarakan aman membntah perlnggaran demi pelnggaran hak asasi penduduk asal bumi Al-Aqsa. Minggu lalu, hasil tekanan dan usul resolusi Malaysia ketika menjadi anggota sementara Majlis Keselamatan PBB membawa kejayaan besar kepada usaha Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang memaksa PBB mengeluarkan senarai 112 syarikat yang mempunyai kaitan dengan penempatan haram
di tanah Palestin 1948.

Sokongan dalam segala bentuk ini akan berterusan dan dana akan terus mengalir melalui sikap dermawan rakyat negara kita yang dikasihi lalu sampai kepada mereka yang memerlukan sama ada melalui kerajaan Palestine Authority di Ramallah, kerajaan perpaduan Hamas di Gaza, NGO tempatan, malah kepada penduduk Palestin secara terus.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mendokong isu Palestin sebagai satu badan dan membantu seluruh penduduk Palestin juga sebagai satu badan, tanpa terjebak dengan perpecahan politik dan faksi yang pelbagai.>>Penulis adalah rakyat Malaysia tunggal di Gaza dan pengasas NGO Cinta Gaza Malaysia serta Wisma Malaysia Palestin-metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *