Sedang sarat mengandung. Fazura tekad buat satu aktiviti ini dan sanggup kongsi satu produk yang dia gunakan khas buat wanita di luar sana

artis

Selepas tiga tahun pelakon dan penyanyi jelita Fazura dan rakan perniagaannya Puteri Intan Zarith melancarkan produk kesihatan dan kecantikan melalui jenama TruDolly, kini mereka bersedia melancarkan produk terbaru yang dinamakan TruDolly Gummies.Produk ini dilancarkan dalam dua perisa iaitu Lemon Flush dan Strawberry Glow. Malah, TruDolly juga akan bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dari segi pemasaran untuk produk baru ini.

“Saya ambil TruDolly Gummies setiap hari. Rasanya yang sedap jadi mudah nak makan waktu pagi. Lepas tu saya akan minum air dua tiga liter sepanjang hari.”Banyak faedahnya seperti kurangkan masalah jerawat dan membantu buang toksin dalam badan. Lagi satu, ianya memberikan tenaga dan stamina,” kata Fazura.

Fazura yang nampak sungguh berseri dengan persalinan rona kuning rekaan Rizman Ruzaini turut memberitahu dia akan mula berehat mulai Ahad ini untuk menumpukan sepenuh pada dirinya yang sedang menanti saat kelahiran cahaya matanya.”Sebelum ini TruDolly dipasarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, tetapi dengan kerjasama bersama Universal Music Malaysia, mereka akan membawa jenama TruDolly ke pasaran global,” kata Fazura mengakhiri bicara.Fazura yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka yang dijangkakan pada bulan depan.-gmpk

Cukup Aktif Tatkala Diri Sedang Hamil. Fazura Bongkarkan Sesuatu Tentang Kandungan Tidak Bergerak Yang Membawa Satu Maksud Ini

KUALA LUMPUR: Melihat perkembangan Nur Fazura selepas mengumumkan kehamilan, beberapa bulan lalu, dapat disimpulkan wanita ini cukup aktif.Setiap hari, ada sahaja aktiviti yang dilakukan biarpun ada yang beranggapan, wanita mengandung sepatutnya perlu banyak berehat.

Maklum sajalah, dengan keadaan diri yang semakin sarat dan menanti masa untuk bersalin, pasti ramai yang risau dengan kesihatan aktres itu, andai berterusan begitu. Namun, bagi si empunya diri, kesibukan dengan kerja bagaikan suatu terapi.

“Sejak awal kehamilan lagi, saya suka bekerja. Walaupun berbadan dua, saya seronok jika sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan. Malah, pernah terdetik, ingin sahaja saya tangguhkan bersalin sebab mahu siapkan kerja.“Kalau asyik duduk di rumah, ia akan menjadi tekanan buat saya. Itulah yang cuba saya hindari.“Namun, sibuk macam mana sekali pun, kena ada batasan dan saya tetap beringat. Jika saya rasa penat, saya akan pulang ke rumah dan berehat,” katanya kepada BH Online.

Ditanya dari mana dia memperoleh tenaga untuk aktif dalam keadaan sarat, pelakon berusia 37 tahun ini mendedahkan semuanya terletak dalam minda.“Kalau terlalu fikirkan sangat yang kita hamil, maknanya kita kalah. Tak mahulah manjakan diri sangat.

Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat

“Tetapi saya ikut keadaan bayi dalam kandungan. Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat. Jika dia okay, maknanya dia suka ibunya aktif,” katanya sambil tertawa.Dijangka bakal melahirkan zuriat, Oktober ini, pelakon filem Dendm Pont1anak ini berkata, seboleh mungkin, dia cuba menyelesaikan semua kerja yang dirancang lebih awal sebelum bercuti panjang.

“Tahun ini, jadual saya sudah disusun lebih awal. Antara projek yang sudah dirancang adalah melancarkan produk kecantikan, rakaman lagu baharu dan video muzik. Saya juga ada merakamkan sebuah single ciptaan Ezra Kong.“Sempena kemunculan lagu itu, syarikat rakaman menyarankan saya menghasilkan video muzik sebelum bersalin. Lagu itu bakal dilancarkan bulan depan. Kalau hendak tunggu selepas bersalin, mungkin akan mengambil masa yang agak lama,” ujar isteri kepada aktor Fatah Amin ini.

Bercerita pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Fazura berkongsi kisah suami terkena tempiaas isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan.“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka.

“Sebaliknya, orang yang mengidam adalah Fattah. Tetapi Fattah sebenarnya tidak sedar dia mengidam.“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap .“Apabila saya beritahu dia sebenarnya mengidam, Fattah tidak mengaku dan berasa pelik. Hakikatnya, memang dia mengidam tetapi tidak sedar,” kata pemegang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini pada majlis Tea Party With Fazura dan pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Mengulas pembabitannya dalam perniagaan produk penjagaan wajah, penyanyi Sayangi Dirimu dan Bisa Apa ini memberitahu, hasrat itu timbul selepas diminta peminat.“Sebelum ini, saya pernah menjadi duta untuk sebuah produk kecantikan selama tujuh tahun. Apabila saya bertemu peminat, mereka sering bertanya, bila saya ingin menghasilkan produk sendiri.

“Keinginan itu sudah lama, cuma baru tahun ini terlaksana. Tapi, tidak sangka berlaku wabk COV1D-19 yang menyebabkan semua kerja tertangguh. Selepas ada kelonggaran, kami sambung semula proses pembikinan produk ini.“Kian lama menanti, baru sekarang saya dapat melancarkannya,” katanya dalam nada teruja.

Mengenai cakap-cakap nakal yang timbul seperti mempersoalkan keberkesanan produk terbabit selain dkwaan barangan dihasilkan adalah produk ‘timbang kilo’, Fazura memberitahu, dia tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata negatif.Fazura yakin dengan produk terbabit kerana dihasilkan dengan teliti dan mengikut piawaian ditetapkan.

“Saya sendiri terbabit dari awal produk dihasilkan. Bermula dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) hinggalah kepada pembungkusan.“Kalau ada yang hendak beri persepsi negatif, terpulang kepada mereka, saya tidak mahu ambil peduli.

“Tidak perlu ada rasa takut kerana saya yakin produk ini selamat kerana tidak mengandungi bahan tidak dibenarkan. Produk ini juga sesuai untuk semua golongan termasuk wanita hamil,” katanya.Set eksklusif Fazura Skincare dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini. Barangan ini boleh didapati di stokis terpilih.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook .Sumber : BH

Fazura Menangis . Fazura Dedahkan Punca Dia Menangis Gara Gara Fattah Amin Berikan Dia Sesuatu Ini Dan Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Kejadian Itu Berlaku

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Ketika ini, usia kandungan pelakon jelita Nur Fazura sudah menginjak 8 bulan. Jika dilihat pada kehamilan tersebut, kebanyakan wanita hanya akan duduk di rumah dan berkemungkinan tidak mampu melakukan pelbagai aktiviti.

Sensitif Di Awal Kehamilan

Namun, tidak bagi Fazura kerana dia begitu aktif dan dia turut bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan ini. Berkongsi pengalamannya, menurut Fazura biarpun dia tidak mengalami alahan namun dia akui terlebih sensitif mengenai beberapa perkara termasuklah mengenai makanan.

Dedah Fazura, dia sememangnya seorang penggemar aneka sajian kampung namun sepanjang kehamilan ini dia seperti tidak berselera untuk menjamahnya apatah lagi ketika melihat terlalu banyak lauk disajikan.“Saya memang penggemar lauk kampung. Tetapi sejak mengandung memang tekak saya kurang berselera sikit nak makan. Macam nasi goreng boleh tapi macam lauk-lauk yang banyak itu saya tak berselera dan tak rasa nak makan”

Menangis Kerana Mayonis

Bukan itu sahaja, dia turut kasihan dan kagum dengan kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang melayan apa sahaja kerenah termasuklah mengenai sebuah kejadian yang membuatkan dia rasa bersalah terhadapnya.

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Tidak merungut mahupun sebaliknya, Fattah sanggup keluar semula dan mendapatkan sandwich yang baru tanpa sebarang ramuan itu.Dia sangat sabar, saya tak tahu dia manusia ke apa. Saya masa awal kehamilan memang agak cerewet bab makan. Ada suatu ketika itu, dia bawa balik sandwich. Saya memang tidak suka mayonis ataupun sos jadi saya pun menangis sambil tanya ‘kenapa ada letak sos dan mayonis’.

Jadi dia pun tenangkan saya, keluar balik beli yang baru. Tapi selepas itu saya minta ampun balik sebab rasa bersalah dan kasihan”- kata Fazura ketika ditemui Murai.my di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh pada petang Selasa.Dalam majlis itu, Fazura telah melancarkan produk penjagaan kulit jenama sendiri, Fazura Skincare.-murai

Fattah Amin Kena Hasut Main Tiktok. Sekali Fazura Tahu Memang Win Habis Reaksi Isteri Kesayangannya Itu

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin meraih perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video tarian TikTok. Menerusi laman sosial Instagram, Fattah berkongsi video tarian bersama seorang pelakon baru Izzat Mushtaq untuk tatapan umum. “Dengan newbie kena h4sut buat TikTok,” tulis Fattah sebagai kapsyen. Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah isterinya pelakon Fazura yang turut tinggal kan komen berbentuk usikan menegur perut Fattah yang kelihatan buncit seperti wanita hamil. “OMG cute sangat! Boleh nampak happy tummy you macam I, wee! More TikTok please,” usik Fazura. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut teruja melihat perut Fattah yang ke depan. “Daddy, perut cover sikit daddy,” komen seorang wargamaya. “Berapa bulan dah perut tu abang Fattah, nasib handsome tak boleh bawak bincang,” kata seorang wargamaya. “Daddy dah gemok la,” usik seorang wargamaya. “Abang Fattah perut tu kena cover,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, video tarian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.-GEMPAK / teh o ais media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *