Punca hadkan ambil tawaran drama. Siti Saleha dedahkan dia tetapkan sesuatu ini dan syarat yang dia pegang selepas berumah tangga

Uncategorized

Siti Saleha hadkan ambil tawaran drama cinta dan banyak episod. TIDAK mahu pulang ke rumah pada lewat malam antara salah satu punca pelakon terkenal Siti Saleha menolak tawaran untuk berlakon dalam drama banyak episod.Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 30, mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon yang kadang-kala terpaksa bekerja lebih dari 12 jam.

Kata Siti Saleha, keputusan itu bukan disebabkan permintaan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar namun dia sendiri yang meletakkan syarat tersebut.”Penat… jadi pelakon ini bukan mudah dan ia sememangnya sukar. Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sehingga menyebabkan kita rasa penat. Tengok dalam TV macam senang tapi kena kerja keras.

Suami tidak meletakkan syarat untuk Siti Saleha berlakon.“Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat dan saya memang tak suka balik lewat. Bukan sebab suami yang minta macam itu tapi saya sendiri yang tahu benda ini.”Saya tahu yang saya tak nak balik lewat dan saya pun akan hadkan untuk ambil drama berkisahkan cinta,” kata Siti Saleha kepada mStar.Siti Saleha ditemui ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2‘ yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat.

Pada majlis tersebut, turut diumumkan bahawa drama karya novelis Siti Rosmizah Semail itu bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan.Dalam pada itu, Siti Saleha memberitahu dia terkejut dengan pengumuman novelis Siti Rosmizah yang mengatakan drama fenomena itu bakal disambungkan ke siri ketiga.

Biarpun untuk siri kedua lakonannya memberi kesan kepada penonton namun Siti Saleha belum membuat keputusan apa-apa berhubung dengan tawaran untuk sambungan tersebut.Barisan pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 bersama novelis, Siti Rosmizah.“Saya memang terkejut dengan pengumuman itu sebab tak tahu apa-apa. Memang sebelum ini ada dengar-dengar saja tapi saya pun tak boleh komen apa-apa sebab tak tahu lagi macam mana tawaran itu.

“Untuk siri kedua itu, saya agak terkejut dan takut pun ada sebab ada penonton mesej kata menyampah dan benci kepada watak Mia. Tapi saya ambil secara positif, bermakna lakonan saya berkesan.”Siri pertama dan kedua macam lebih kurang. Jadi, untuk ketiga, , , tak tahu macam mana tapi saya suka dengan penulisan Siti Rosmizah sebab ada jalan cerita tersendiri,” ujarnya.-mstar

3 Tahun Mendirikan Rumah Tangga. Siti Saleha Bongkarkan Sudah 2 Tahun Tidak Pulang Menemui Ibunya Dan Mengejutkan Sekali Siti Saleha Sanggup Bertindak Macam Ni Untuk Luahkan Rasa Rindu

KUALA LUMPUR: Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2, Siti Saleha tidak sabar menanti pintu sempadan dibuka untuk ‘terbang’ ke England bertemu ibu dan kakaknya.Saleha berkata, hampir dua tahun dia tidak bertemu ibu, apatah lagi keadaan makin buruk dengan penularan pandemik COVID-19, membuatkan dirinya bimbang.

“Sebelum ini, sudah menjadi rutin untuk saya pulang ke United Kingdom (UK) setiap tahun. Namun, tahun lalu, saya mengubah rancangan dengan bercuti bersama adik-beradik perempuan di Croatia,” katanya kepada BH Online.Saleha berkata, ibunya ‘bising’ apabila mendapat tahu mereka bercuti tetapi tidak berjumpanya.

“Hampir dua tahun tidak bersua, tentulah rindu. Ini tempoh paling lama kami tidak berjumpa.”Bagaimanapun, kami selalu berhubung melalui telefon untuk bertanya khabar,” katanya.Sementara itu, dalam perkembangan lain, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu tidak menyangka drama 7 Hari Mencintaiku 2 mencatat 12 juta penonton dan bakal disambung untuk musim ketiga.

Akui Saleha, 30, sejak mendirikan rumah tangga dengan pegawai kerajaan, Ahmad Lutfi Azhar, 34, dia sebolehnya cuba mengelak daripada terikat dengan drama rantaian panjang.Namun, Saleha tidak ada masalah menerima menimbang tawaran produksi itu.”Saya ada mendengar khabar angin ada sambungan, tetapi tidak sangka betul-betul terjadi.

Sebagai pelakon, apa yang menjadi kebimbangan adalah apakah drama itu mampu mengukir kejayaan seperti musim yang terdahulu?”Tapi saya percaya dengan karya Siti Rosmizah yang ada plot sendiri dan masuk akal. Lagipun, penonton sukakan cerita yang ada masalah.”Namun, setakat ini, pelakon tidak tahu jalan cerita musim ketiga,” katanya.-bh

Catat 12 Juta Tontonan Sepanjang Episod. Siti Rosmizah Dedahkan Sesuatu Berkaitan 7 Hari Mencintaiku Sehinggakan Meraih Perhatian Penggemar Drama Tersebut

Mencatatkan 12 juta tontonan sepanjang episod tayangan 7 Hari Mencintaiku, drama ini menjadi satu fenomena yang cukup luar biasa sekali. Hasil karya Siti Rosmizah dan diarahkan oleh Jamal Khan ini sudah pun melabuhkan tirainya beberapa minggu lalu.Antara pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Kazar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi. Semuanya cukup berbakat dan berjaya menghidupkan watak masing-masing.

Biarpun begitu, bagi peminat drama ini nampaknya masih ramai yang masih belum ‘move on’ dengan 7 Hari Mencintaiku. Ada diantara mereka yang membanjiri komen-komen rindukan drama ini di laman Instagram pelakon 7 Hari Mencintaiku.

Buat peminat drama ini selama dua musim berturut-turut, khabarnya ada berita gembira buat anda. Desas-desus mengatakan akan ada 7 Hari Mencintaiku musim ketiga! Menerusi laporan Berita Harian beberapa hari lalu, penulis skrip Siti Rosmizah memaklumkan akan ada 7 Hari Mencintaiku musim ketiga. Menurutnya mengenai musim ketiga drama ini, Siti Rosmizah sudah berbincang dengan TV3.

TV3 meminta saya menyambung musim ketiga. Jalan cerita sudah saya siapkan tanpa tekanan. Cuma saya perlukan masa untuk menulis skrip. Mengikut perbincangan awal, projek ini akan mula digerakkan pada 2022,” ujar Siti Rosmizah.Apa-apa pun kami sendiri tidak sabar untuk menantikan 7 Hari Mencintaiku musim ketiga ini. Harapnya jalan cerita ada perbezaan dari yang pertama dan kedua.Siti Rosmizah sudah menyiapkan jalan cerita musim ketiga 7 Hari Mencintaiku yang dijangka memulakan produksinya pada 2022. -hcl

Penangan 12 juta penonton

KUALA LUMPUR: Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 yang melabuhkan tirai, baru-baru ini, mencatat kejayaan membanggakan apabila menarik 12 juta penonton sepanjang tayangan 33 episod, mengikut sumber Nielsen 2020 dikeluarkan TV3.Malah, episod akhir drama yang mengisi slot Akasia itu, meraih lima juta tontonan ketika disiarkan pada 17 Ogos lalu, menyamai rekod siri pertama drama berkenaan sebanyak 28 episod pada 2016.

Merakam kejayaan peribadi buat penerbit, Siti Rosmizah Semail, pencapaian drama yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha selaku pelakon utama itu membuktikan penonton dahagakan drama kekeluargaan yang mampu membawa kesedaran.

“Di sebalik kritikan terutama membabitkan watak Mak Leha (lakonan Liza Abdullah), saya mendapat komen yang menyatakan drama ini menyalurkan mesej yang sangat berguna kepada penonton. “Walaupun mereka tidak suka dengan karakter ibu mentua seperti Mak Leha, namun, mereka akur watak begitu wujud dalam masyarakat.

“Berdasarkan komen diberi, saya percaya penonton mahukan perubahan dalam drama kita. Saya sarankan kepada stesen televisyen (TV) supaya mengambil lebih banyak drama genre begini kerana cerita seperti inilah yang penonton mahu.

“Selama ini, kita asyik berkiblatkan drama Korea yang bersifat cinta fantasi. Kita kena buka minda dan terima hakikat bahawa kisah masyarakat lebih dekat dengan hati penonton,” katanya kepada BH Online.Walaupun angka 12 juta penonton boleh dianggap cukup membanggakan untuk sebuah produksi tempatan, namun, Siti

Rosmizah yakin drama terbabit boleh mencatat jumlah lebih tinggi jika tayangan di YouTube diambil kira.”Sejujurnya, saya sudah boleh jangka drama ini bakal mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mencatat rating tinggi.”Jumlah 12 juta penonton hanyalah untuk tontonan di TV. Ia tidak termasuk tontonan di YouTube kerana drama terbabit ditayangkan di aplikasi mudah alih iQIYI.

“Jika jumlah tontonan di YouTube diambilkira, kami yakin drama terbabit mampu mencatat rating lebih 20 juta berdasarkan rating sekitar 800,000 setiap episod yang pernah diraih.”Malah, kita pernah meraih sehingga 1.7 juta tontonan. Hendak buat macam mana, bukan rezeki kami,” katanya.

Mengenai kemungkinan drama terbabit disambung, Siti Rosmizah berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan TV3.”TV3 meminta saya menyambung musim ketiga. Jalan cerita sudah saya siapkan tanpa tekanan. Cuma saya perlukan masa untuk menulis skrip.

“Mengikut perbincangan awal, projek ini akan mula digerakkan pada 2022,” katanya.Tambah Siti Rosmizah, berdasarkan perbincangan, drama 7 Hari Mencintaiku mungkin akan diangkat ke layar perak.”Bagaimanapun, itu semua bergantung kepada situasi semasa dan perkembangan wabak COVID-19. Jika tidak, kita kekal dengan drama sahaja.

“Setakat ini, watak utama dalam drama ini dikekalkan. Cuma, kita akan buat perubahan sedikit iaitu memperkenalkan karakter baharu.”Jika sebelum ini, saya lancarkan novel terlebih dahulu disusuli drama, kali ini, mungkin kita ubah. Kita tayang drama dahulu sebelum lancarkan novel.

“Ini untuk mengelak berlakunya ‘spoiler’. Ini boleh buat penonton geram sebab mereka tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam drama terbabit,” katanya yang bertindak sebagai penulis skrip dan penulis novel drama popular itu.Sementara itu, sebagai antara pemegang watak utama, Siti Saleha mengaku agak skeptikal apabila diberitahu drama lakonannya bakal disambung untuk musim kedua.

“Apabila dibikin musim kedua, kebanyakan yang memegang watak utama sebelum ini tertanya-tanya, perlukah ada sambungan. Penamat untuk musim pertama dilihat sudah cukup cantik dan berjaya mencetuskan fenomena.

“Namun, saya percaya dengan karya Kak Siti. Semua pelakon bersetuju untuk kembali ke set drama ini. Cuma apabila terdengar ura-ura mengatakan drama ini bakal disambung, saya hendak tahu juga bagaimana plot dan bentuk karakter Mia Adriana.

“Sebelum ini, saya ada berbincang dengan penerbit mengenai pembentukan karakter Mia,” katanya.Siti Saleha berharap, jika musim ketiga drama Tujuh Hari Mencintaiku diterbitkan, wataknya tidak statik.”Saya harap karakter saya tidak statik dan impknya sama dengan musim lalu. Biar apapun, saya yakin, Kak Siti cukup bijak untuk mengolah kerana beliau yang mencipta watak-watak ini,” kata aktres berusia 30 tahun ini.

Mengulas kejayaan drama ini berbekalkan nilai kekeluargaan dan bukan cinta fantasi ala Kpop, Siti Saleha berkata, penerbit perlu seimbang dalam menghasilkan drama.”Tidak salah kalau hendak tengok drama fantasi cinta walaupun ada pelakonnya hanya bersandarkan kepada paras rupa semata-mata… Itu cerita masing-masing.

“Namun, kita juga harus ada rasa tanggungjawab untuk menghasilkan drama berunsur pengajaran,” katanya.Siti Saleha berkongsi kisah seorang teman yang baru menghadiri kursus perkahwinan.”Teman ini beritahu, ustaz yang mengajarnya banyak memberikan contoh kehidupan alam berumah tangga berdasarkan drama yang ditayangkan.”Justeru, saya harap, setiap drama ada pengajaran, bukannya hiburan kosong semata-mata,” katanya.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *