Pernah diangkat sebagai pelajar cemerlang. Mira Filzah sanggup luangkan masa dengan berkongsi tips buat calon SPM di luar sana dan harap membantu

artis

Meskipun baru sahaja bergelar isteri dan sibuk dengan pengacaraan, namun Mira Filzah sempat meluangkan masa menyuntik semangat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam seminar dalam talian, semalam. Pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010, Mira dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kemunculan Mira selama 20 minit menerusi seminat dalam talian itu cukup bermakna buat calon SPM. Membahasakan diri Kak Mira, Mira akui pandemik COVID-19 turut mengendurkan semangat untuk belajar serta memberikan tip untuk mengurangkan tekanan. “Kalau tertekan, jangan paksa diri. Berehatlah seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji kena tenang dan jalau serabut tiada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.

“Cuba buat perkara yang boleh menghilangkan tekanan pada saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada membaca komen pelajar, kalau stres, tengok drama K-Pop. “Bagaimanapun, saya nasihatkan jangan, nanti tengok sampai berjangkit banyak episod pula. “Cuba lelapkan mata seketika, tetapi elak tidur selepas waktu Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Kalau penat sangat pejam mata sebelum masuk waktu Zohor,” katanya.

Dalam pada itu, Mira turut memberi pesanan kepada calon SPM supaya dapat mengelak daripada ket4gih dengan dunia digital termasuk menggunakan telefon bimbit serta tidak meninggalkan solat buat mereka yang beragama Islam. “Belajar menjarakkan diri dengan dunia digital. Memang sudah terbiasa memegang telefon bimbit, melayari program hiburan dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam.

“Ambil masa menikmati udara luar, contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama, jaga penjarakan fizikal. Paling mudah, buat apa sahaja aktiviti yang digemari,” katanya. “Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain, berdoalah dengan Tuhan.

Pernah Jadi Pelajar Cemerlang SPM. Mira Filzah Dedahkan Dia Dilantik Oleh Pihak PPTI Dan Cikgu Fana Buka Mulut Sebab Musabab Mira Dipilih

TIDAK hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang bijak atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.Pada usianya 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala- galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil.Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM. “Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.“Nilai sebuah kehidupan manusia itu tak bererti jika tidak memberi manfaat kepada orang lain. Khusus juga dalam hal akademik, manfaat yang diperoleh patut disebarkan,” ujar Cikgu Fana.Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar. -sinarplus

Lepas Selesai Je Majlis Perkahwinan Sebelah Perempuan Ibu Mira Filzah Tampil Luahkan Sesuatu Untuk Ank Tersayang Buat Warganet Sebak. Rupa Rupanya Ini Yang Mak Dia Luahkan.

Lepas selesai je majlis perkahwinan sebelah perempuan Ibu Mira Filzah tampil luahkan sesuatu untuk ank tersayang buat warganet sebak. Rupa rupanya ini yang mak dia luahkan.

Dijemput untuk membuat persembahan di hari bahagia Mira Filzah dan Wan Emir Astar, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain di majlis resepsi pasangan itu.

Naim berkata dia merasa sebak ketika melihat momen dimana Wan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis resepsi belah lelaki yang diadakan semalam di A Park, Puchong. “Tiba-tiba teremosi pula perform SERIBU TAHUN hari ini, tambahan pula masa lirik “jangan putus harapan sedia setia”. Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Naim turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut serta berharap jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga. Naim juga turut menzahirkan terima kasih kepada Mira dan Emir kerana meletakkan kepercayaan kepadanya dan sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.

Berikut pula ucapan dan ayat dari mak Mira Filzah kepada semu anak-anak. Memang cantik dan mendalam “Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.

Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami. Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf …

mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga …mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN”

Mira Filzah & Suami Rancang Berbulan Madu Di Langkawi

Malah, ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya. Mira berkata dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi pertama di pihak perempuan berlangsung pada Jumaat malam di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *