Dah rasa berat hati. Zamani akhirnya buka cerita mengenai pemergian kakaknya dan perasaan yang mula timbul sebelum kakaknya menghembuskan nafas terakhir

artis

Kuala Lumpur “Saya cakap pada dia ( kakak) saya tak nak pergi show apabila melihat keadaannya agak teruk. “Tapi, dia kata jangan kerana dah janji dengan orang. Nanti kena saman dan lagi pun ia babitkan karier saya,” kata penyanyi Zamani Slam mengulas perbualan akhir dengan kakaknya, Zuraidah Ibrahim pada malam kelmarin.

Zuraidah, 53, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam drah dan komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, jam 1 tengahari, semalam.Zamani yang sepatutnya menjayakan persembahan Konsert Mini Bersama Zamani & Ameng di sebuah hotel di Pulang Pinang, semalam berkata, dia sebenarnya berat hati untuk ke sana.  

“Perasaan itu amat berat. Saya dan isteri (Nur Juliana Abdul Rani) bertolak pun jam 9 pagi. Ketika sampai di Bukit Gantang, saya terima satu panggilan telefon yang dijawab oleh isteri.”Dia diam selepas itu seperti sembunyikan sesuatu. Melihatkan keadaannya yang lain macam, saya bertanya perkara sebenar dan barulah dia jawab.

“Saya teruskan perjalanan ke lokasi persembahan untuk jelaskan kepada penganjur dan buat video. Mereka pun faham situasi saya,” katanya kepada Harian Metro.Menurutnya, untuk memandu kereta pulang semula ke Kuala Lumpur agak mustahil dan penganjur membantu membelikan tiket penerbangan pulang pada jam 5.45 petang.”Kami bawa kakak ke hospital pada Khamis lalu untuk buat proses ‘dressing’ bahagian kakinya. Keadaannya ketika itu lemah dan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sejak itu, saya pastikan setiap malam pergi menjenguk dia. Saya difahamkan kakak saya menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang buat rawatan dialisis.”Siapa yang tak sedih kehilangan kakak. Sekarang tinggal saya dengan abang Zulfazli dan kami pun masing-masing tak sihat,” katanya.Zamani bagaimanapun berkata, hidup perlu diteruskan dan dia bersyukur sempat pulang untuk menyelesaikan urusan persemadian kakaknya.Jnzah Zuraidah yang juga ibu penyanyi Zynakal, selamat disemadikan di Tanah Perkbrn Taman Keramat, Kuala Lumpur pada jam 9 malam.-metro

Kakak Kepada Zamani Slam Dan Ibu Kepada Zynakal Hembuskan Nafas Terakhirnya Sebentar Tadi. Rakan Baik Zamani Maklumkan Punca Sebenar Pemergian Kakak Kepada Penyanyi Tersebut

Kuala Lumpur: Kakak kepada penyanyi, Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal, Zuraidah Ibrahim, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di sebuah hospital swasta di Kampung Baru akibat komplikasi buah pinggang.Perkara ini dimaklumkan oleh rakan baik Zamani dikenali sebagai Babah Lan.Menurutnya, Zuraidah dimasukkan ke hospital terbabit sejak dua hari lalu untuk rawatan. Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembahan bersama Ameng, hari ini. Sebaik menerima berita ini, penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kami belum pasti masa tepat ketibaannya dan akan menunggunya untuk urusan lanjut. Buat masa ini jnzh masih berada di hospital dan selepas ini akan di bawa ke masjid Taman Keramat,” katanya.   Menurutnya, abang Zamani iaitu Zulfazli juga dalam perjalanan ke hospital. Kakak Zamani, Zuraidah bertindak menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.-metro

Tidak Percaya Pengurusan, Keluarga Mahu Urus Akaun Zamani (Slam)

Zamani bersama kakaknya, Zuraidah pada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih pada Isnin. Keluarga penyanyi Zamani (Slam) akan menguruskan kewangan artis itu selepas kurang percaya terhadap syarikat pengurusan Johan Aziz Production yang menguruskan Zamani selama 22 tahun.Kakak penyanyi itu, Zuraidah Ibrahim berkata, syarat tersebut diberikan selepas Zamani berkers mahu syarikat berkenaan terus menguruskan kerjayanya.”Kalau diikutkan saya tidak setuju kerjaya dia diuruskan oleh pengurusan lamanya kerana sebelum ini banyak masalah timbul, namun saya hormati keputusan Zamani untuk menggunakan khidmat mereka lagi.

Oleh itu kami ada sediakan perjanjian bertulis dan meletakkan beberapa syarat kepada pengurusannya terutama berkaitan akaun Zamani yang perlu diuruskan sepenuhnya oleh keluarga,” ujarnya kepada mStar Online.Zuraidah ditemuipada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih, di sini, pada Isnin.Dia diminta mengulas tentang perancangan kerjaya Zamani selepas keluar dari pusat pemulihan Rumah Pengasih.

Wajah terbaharu Zamani yang kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.Tambah Zuraidah, dia memberi kepercayaan tersebut selepas Zamani, 43,  berusaha meyakinkan keluarga untuk berada bawah pengurusan lamanya.”Saya ingin pengurusan baru untuk kehidupan baru dia, tapi selepas dia meyakinkan saya untuk bersama dengan pengurusan lama, saya tidak boleh menghalang kehendak dia.”Tapi kami mahu satu perjanjian yang jelas dan meminta pihak pengurusan menyerahkan hal berkaitan kewangan kepada keluarga terdekat sahaja. Hal-hal lain iaitu tentang persembahan nyanyian mereka yang akan uruskan,” ujarnya.Dalam pada itu, abang penyanyi itu Zulfazli berkata, keluarga mereka sentiasa menyokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Zamani.

Katanya, mereka akan sentiasa memantau perkembangan mengenai pemulihan Zamani selepas dia mengambil keputusan untuk keluar dari Rumah Pengasih.Kami sekeluarga tidak pernah menghalang untuk dia keluar dari Rumah Pengasih dan gunakan khidmat pengurusan lama. Kami sentiasa sokong dan mahu melihat perkembangan pemulihan dia depan mata kami sendiri.”Kami mahu terlibat dengan kerjaya dia kerana kami lebih rapat dengan dia. Kalau dulu orang tanya saya apa perkembangan Zamani, saya sendiri tidak tahu nak jawab sebab saya sendiri tidak tahu,” ujarnya.Sementara itu, pengurusnya Johan berjanji untuk menjaga kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak mereka bagi memastikan kerjaya Zamani berada di tempat yang betul.”Saya akan sentiasa mengambil pendapat keluarga terlebih dahulu jika apa-apa yang berlaku kepada Zamani,” ujarnya.-mstar

Zamani Akui Tak Dipaksa Nyanyi Cuma Layan Polis Peminat Tegar Slam

PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang  pada hari pertama ditahan di lokp pada Rabu.Penyanyi berusia 44 tahun yang dithan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

“Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekrasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.”Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu

Pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim itu ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahnan remn awal pagi Sabtu.Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya dithan polis kerana dipercayai memiliki ddh dalam srbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu lalu.Srbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jnyh Nrktik Daerah Ampang itu telah menemui satu bungkusan plastik disyaki h3roin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.Ujian air kncing mendapati penyanyi berkenaan positif ddh jenis mrfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dd

Bagaimanapun, Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatvhkan maruah dia dan keluarganya.”Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya berg4ri. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.”Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya,” jelasnya.Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.”Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.”Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” ujarnya.Dalam pada itu, ditanya tentang pembebasannya, Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis ddh.

“Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.”Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan ddh selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada ddh ini.”Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga,” ujarnya.Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gjala ddh 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan ddh Agensi Anti Ddh Kebangsaan (AADK).Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

“Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.”Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan,” katanya.Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digntung tugas.Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melnggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *