Berkaitan keluarga dikritik oleh warganet. Zain Saidin ulas lebih lanjut isu yang tak pernah habis ini dan dedahkan perkembangan dirinya setelah lama menyepi dari industri hiburan

artis

Kuala Lumpur: Pelakon Zain Saidin menjelaskan dia memang memberi ruang sepenuhnya kepada isteri, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta untuk menjawab apa saja kritikan warganet berkaitan perihal membabitkan keluarga mereka . Zain, 36, ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini berkata dia selesa apabila Che Ta yang lebih ke depan untuk menjawab segala-galanya berkaitan kritikan yang dilmparkan segelintir warganet itu.

“Saya tahu apa saja kritikan warganet terhadap keluarga kami termasuk kepada anak saya, Aaisyah Dhia Rana, 6, di media sosial.”Cuma, saya tidak suka melayan semua perkara remeh ini kerana tak kenal pun mereka. Malah, kebanyakan yang komen,  mengkritik itu menggunakan akaun palsu.

“Apapun, Che Ta sebagai ibu saya tahu dia takkan berdiam diri. Dia pasti mahu menjawabnya dan saya memberikan ruang berkenaan. Apapun, semua jawapan diberi Che Ta itu saya dah setuju,” katanya.Menurut Zain, dia pun ada kalanya tidak faham dengan tindakan segelintir warganet yang sanggup mengkritik Aaisyah yang masih kecil dan tak tau apa-apa itu.

“Umpamanya, macam video Tik Tok yang Aaisyah menari itu. Pada saya, dia hanya menari saja dan biasalah budak perempuan suka menari dan pakaiannya pun okay, tapi tetap kena kritik. “Apapun, saya mengambil pendekatan berdiam diri bukan bermakna tak tahu apa-apa langsung. Termasuk, tidak ambil peduli mengenainya.

“Saya tahu semua itu, tapi hanya tak suka nak layan saja. Bagi saya lebih baik beri fokus pada perniagaan nasi kambing bakar yang diusahakan kerana mendapat sambutan,” katanya.Zain berkata kini dia berusaha memikirkan inisiatif bagaimana hendak memantapkan lagi perniagaan itu terutama aspek kualiti makanan, kepuasan pelanggan dan perkhidmatan disediakan.

Terdahulu, Zain cukup dikenali dengan watak Henry  Middleton dalam drama Oh My English! pada 2012 selama enam musim selain drama Kiah Pekasam yang mempertemukannya dengan Che Ta pada 2009.Zain dan Che Ta bernikah pada 13 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Aaisyah pada 2014.Selain itu, Zain juga memiliki dua anak tiri lelaki, daripada perkahwinan terdahulu Che Ta.-metro

Pasangan Suami Isteri Ini Pernah Dikhabarkan Masuk Hospital. Terkini Zain Saidin Dedahkan Punca Dia Masuk Hospital Dan Tak Sangka Ia Melebihi Paras Tujuh

PELAKON Zain Saidin mengaku dia pernah mengalami masalah kolestrol tinggi kerana tidak menjaga makan berikutan masakan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta terlalu sedap.Zain, 36, yang ditemui berkata masalah berkenaan dialaminya selepas menghabiskan banyak masa di rumah ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Ketika PKP itu, saya memang duduk di rumah saja kerana seronok ada  banyak masa bersama keluarga. Ditambah, Che Ta pun sama, dia tak boleh melakukan penggambaran drama.”Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah,  semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami kolestrol tinggi.

“Ketika dimasukkan ke hospital akibat ‘thinning disc’, yang menyebabkan sakit belakang pada Jun lalu, baru tahu saya mengalami kolestrol tinggi melebihi paras tujuh,” katanya.Menurut Zain, dia yang memiliki sejarah keluarga ada kolestrol tinggi sejak itu mula menjaga pemakanan hariannya dan enggan terlepas pandang lagi.Zain yang kini jarang berlakon,  memberi tumpuan pada perniagaan  kambing bakr dikenali Mmmbaek yang diusahakan bersama rakannya di kantin, Setor Gombak sejak awal tahun lalu.Mengakui minatnya pada lakonan tidak pudar, Zain berkata hingga kini penonton sangat mengingatinya dengan watak Henry  Middleton dalam drama Oh My English!

“Pengaruh dan aura watak itu (Henry  Middleton) terlalu besar pada saya. Sampai sekarang, ia terus diingati penonton selain lakonan saya dalam drama Kiah Pekasam pada 2010 lalu.”Melalui drama Kiah Pekasam itulah saya mula berkenalan dengan Che Ta dan jatuh cinta. Alhamdulillah juga, kami berjodoh hingga mendirikan rumah tangga,” katanya.Zain dan Che Ta berkahwin pada 13 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 6.Selain itu, Zain juga memiliki dua anak tiri lelaki, daripada perkahwinan terdahulu Che Ta.-mymetro

Mengejutkan. Che Ta Terpaksa Dapatkan Rawatan Ekoran Kejadian Di Tempat Penggambaran. Ini Rupanya Yang Terjadi Sampai Kakinya Terseliuh

KUALA LUMPUR: Mal4ng tidak berbau. Begitulah nasib menimpa pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan apabila kaki kirinya terselivh ketika dalam penggambaran drama Dayang Sen4ndung di sebuah hotel di Puchong, petang semalam. Dalam kejadian itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, terj4tuh selepas seorang pelakon tambahan terp1jak kainnya. “Betullah mal4ng tidak berbau… Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghal4ngnya. “Sampai berbalut lutut… Ini pengalaman pertama saya terjatvh di lokasi penggambaran,” katanya kepada BH Online. Sebaik terjatvh, penerbit drama berkenaan, Zeel Production pantas membawa Rozita mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. Berikutan keadaan kakinya itu, Rozita risau dengan penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya.

“Selain Dayang Sen4ndung, saya terbabit dengan drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas. “Hvru-haralah jadual saya selepas ini. Doktor beri cuti seminggu untuk saya berehat,” katanya. Namun, Rozita sedia berlakon jika pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan dia duduk. “Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set,” katanya.-bh

Zain Saidin masuk hospital

KUALA LUMPUR: Zain Saidin, 36, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, kelmarin, akibat jangkitan pundi k3ncing. Bagaimanapun, Zain yang juga suami kepada Rozita Che Wan atau Che Ta, memaklumkan dirinya, stabil. “Saya mula sak1t pada pinggang hingga ke belakang badan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Ketika itu, saya fikir, mungkin boleh berjumpa doktor selepas tamat PKP. “Namun, sangkaan saya mel3set. Pagi Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad,” katanya kepada BH Online. Zain berkata, dia tidak mahu lagi berlengah-lengah jika membabitkan soal kesihatan. “Takut dibiar lama nanti timbul komplik4si lain pula. Saya stabil setakat ini… Alhamdulillah,” katanya.

Tambah pelakon sitkom Oh My English! itu, kali terakhir dia dimasukkan ke hospital, kira-kira lima tahun lalu kerana operasi lutut. “Selain itu, doktor beritahu bacaan kolestrol saya t1nggi. Jika diikutkan sejarah keluarga, kami sering berdepan masalah ini. Jadi, perkara itu bukanlah pelik,” katanya. Bapa kepada Aaisyah Dhia Rana ini sedar sak1t tidak pernah mengenal usia. “Dahulu, firasat saya, sak1t akan datang ketika berusia. Saya anggar pada usia 40 tahun, kalau sakit kita sakit, ia normal. “Tetapi, apabila sudah jatuh s4kit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga. Walaupun saya aktif bersenam, kalau hendak s4kit, ia akan datang. “Jika kita sakit, duit banyak pun tidak memberi makna. Sebab itulah ada pepatah berbunyi mencegah itu lebih baik daripada mengubati,” katanya-bh

‘Cukuplah Che Ta sorang…’

KUALA LUMPUR: Tergelak Zain Saidin apabila foto dirinya berbaju Melayu serba lengkap pada hari pernikahan kakaknya, Sasha dengan duda anak dua di ibu negara, Isnin lalu, disal4h anggap konon mahu ‘pasang dua’. Suami Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta itu hadir pada majlis akad nikah Sasha, 43, dan Sirhan Wahab, 42, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai jurunikah kepada pasangan itu. Tindakan Che Ta berkongsi Instagram (IG) Story yang antara lain memaparkan foto Zain berbaju Melayu dengan keterangan ‘majlis pernikahan Zain Saidin’ pantas mengundang spekvlasi ramai. “Saya dan isteri hanya tergelak membaca komen kononnya saya mahu berkahwin lagi. Tak tahu nak komen apa… Takkanlah saya nak nikah lagi.

“Cukup satu isteri dan saya bahagia bersama Che Ta dengan kehidupan kami… Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online. Ditanya pengalamannya menjadi jurunikah bagi Sasha dan suaminya, Zain mengaku sebak ketika melakukan tugas itu. “Saya cuma melaksanakan tanggungjawab. Saya anggap diri ini mewakili 4rwah ayah. Saya dapat rasa, kalau ayah ada, dia akan melakukannya. “Saya sebak kerana tidak dapat melihat arw4h ayah melakukan tanggungjawab itu. Saya bangga dapat melakukannya demi kakak tersayang,” katanya yang ketika ini sibuk menguruskan perniagaan Restoran Mmmbaek di Gombak. Isnin lalu, selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha selamat diijabkabulkan dengan Sirhan di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam. Pasangan itu dinikahkan Zain di hadapan ahli keluarga.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *