Banyak dugaan sebelum an selepas kahwin. Peminat doakan Bella Dally dan suami bahagia hingga ke syurga sempena raikan hari jadi yang Bella yang ke 29

artis

Pelakon Bella Dally menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada hari ini bersama suami dan keluarga tercinta.Menerusi laman sosial Instagram, Bella memuat naik momen-momen kemeriahan sambutan ulang tahun yang diadakan malam tadi.“Adakan majlis sambutan ulang tahun yang meriah bersama keluarga. Terima kasih kepada semua yang menganjurkan dan menjadi sebahagian daripada sambutan ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Bertemakan warna pastel dan putih, majlis tambah meriah apabila Bella turut berkongsi hari istimewa tersebut bersama kakak iparnya.Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan ucapan ulang tahun serta teruja melihat kebahagiaan Bella dan suaminya, Arif Izzudin.“Happy birthday Bella. Ee muka sama, till jannah untuk kalian berdua,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga dipanjangkan jodoh sampai syurga, ya Allah amin,” doa seorang wargamaya.“Semoga Allah merahmati kalian berdua sampai syurga,” kata seorang wargamaya.“Selamat ulang tahun, semoga bahagia dengan suami tercinta dan hingga jannah ya,” komen seorang wargamaya lagi.Sekadar info, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan Arif Izuddin pada tanggal 31 Mac 2019.Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018.-ctto

“Pandai masak tak sebenarnya?”- Bella Dally kata yang penting ada usaha

Bella tidak mahu terlalu terdedah mengenai kehidupan peribadinya. Foto Instagram: @Belladally. PELAKON Bella Dally memberitahu dia tidak mahu terlalu berkongsi perkembangan mengenai kehidupannya selepas berkahwin di laman sosial.Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, berkata perkara itu berikutan belajar daripada kesilapan terdahulu dan mahu menjadi lebih privasi.

Bagaimanapun, kata Bella ada masa, dia akan menjadi terbuka untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.”Memang sengaja tak nak muat naik sangat perkembangan mengenai kehidupan selepas berkahwin pun. Saya menjadi lebih melindungi kali ini.Antara soalan-soalan yang diterima di Instastory.

“Saya belajar dari kesilapan. Kali ini tak nak terlalu terdedah. Saya rasa, saya lebih mahu menjadi privasi mengenai perkara itu.”Tapi kadang-kala saya menjadi terbuka. Tak tahu macam mana nak jelaskan,” katanya.Bella mendedahkan perkara itu bagi menjawab soalan daripada peminat yang mahu mengetahui kehidupan aktres itu selepas mendirikan rumah tangga di Instastory.

Pelakon telefilem Cubaan Bahagia ini berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac lalu.Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018.Bella dan Arif berkahwin pada 31 Mac lalu.

Dalam pada itu, Bella juga menerima pertanyaan di Instastory mengenai dirinya pandai memasak.Menurut Bella, tidak ada masalah sekiranya seorang isteri yang baru tidak tahu memasak kerana boleh berusaha untuk belajar dan berlatih.Pandai ke tak pandai tu ke semua belakang cerita… Yang penting berusaha dan ada minat.”Untuk isteri yang baru berkahwin di luar sana, tak apa kalau awak tak tahu lagi macam mana nak masak.”Perlahan-lahan belajar dan berlatih. Saya janji, mereka akan hargai usaha anda!,” ujarnya.-mstar

“Finally dia masuk wad” – Suami Bella Dally ditahan di hospital kerana Influenza, suhu badan agak tinggi

SUAMI kepada pelakon Bella Dally iaitu Arif Izuddin, 35, terpaksa dimasukkan ke hospital pada awal pagi Rabu selepas disahkan terkena jangkitan Influenza.Menurut Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, dia dan suami pada awalnya cuba untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur namun terpaksa pulang kerana kehabisan ubat.

“Suami kena Influenza… tadi dekat hospital lain, tapi mereka kehabisan ubat.Antara perkongsian yang dimuat naik Bella ke Insta story miliknya.“Sekarang dekat Ampang Puteri pula. Tengoklah betapa ramainya orang dekat sini… wad pun penuh,” ujarnya.Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi posting yang dimuat naik ke Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Bella menerusi sebuah laporan akhbar berkata, suaminya itu perlu ditahan selama seminggu sehingga keadaannya pulih berikutan suhu badan yang agak tinggi.”Akhirnya suami kena tahan… nak ikutkan doktor, dia perlu ditahan selama seminggu untuk rawatan.”Yang lain, jaga diri dan pastikan anda memakai topeng muka khususnya ketika berada di tempat yang sesak,” katanya.Tags/Kata Kunci:-mstar

Semalam kongsi video ‘prgnancy test’, hari ini Bella Dally dah lahirkan ‘baby’ – “Alahai buat orang marah sahaja”

Bella Dally akhirnya mendedahkan ‘pregnancy test’ yang dimaksudkannya adalah produk kosmetik yang baharu dilancarkannya.TEKA-TEKI mengenai status kehamilan yang dikongsi pelakon Bella Dally akhirnya terjawab selepas aktres itu mendedahkan pregnancy test yang dimaksudkannya adalah produk kosmetik yang baharu dilancarkan pada Khamis.

Menerusi laman Instagram, Bella memuat naik video pendek memaparkan dia memperaga beberapa koleksi warna gincu bibir keluarannya.”Akhirnya hari yang paling ditunggu-tunggu telah tiba. Ini baby baharu saya.”Sebenarnya dah lama nak buat jenama kosmetik saya sendiri dan akhirnya tahun ini menjadi kenyataan.”Terima kasih atas sokongan anda!” tulisnya.

Bella mendedahkan hasrat untuk memiliki produk kosmetik jenama sendiri.Terdahulu, Bella seolah-olah memberi bayangan dirinya kini sudah hamil apabila dia memuat naik sebuah video berdurasi 16 saat yang memaparkan alat penguji kehamilan dengan tanda positif pada malam Selasa.Tindakannya itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan selebriti seperti, Wawa Zainal, Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah dan Hanez Suraya yang turut teruja mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.

Akhirnya hari yang paling ditunggu-tunggu telah tiba. Ini baby baharu saya.

Bagaimanapun sesetengah peminatnya meluahkan rasa kecewa dengan gimik pelancaran produk baharunya itu yang dianggap seolah-olah memberi berita palsu kepada peminat.”Konon dia nak cakap keluar baby lipmatte tapi alahai… teruk marketing. Ingat dia mengandung. Alahai buat orang marah sahaja.

“Apa kena-mengena dengan pregnancy test tu? Mengelirukan. Saya ingatkan Bella hamil.”Semua tertipv dengan iklan ni. Mat1-mat1 aku ingat Bella mengndung.Bella mendirikan rumah tangga bersama Arif  Izuddin pada 31 Mac lalu.“2 dalam 1 punya pengumuman kah ini? Tak baik main-mainkan perasaan kita. Semua orang dah teruja kot tengok posting sebelum ni. Kalau nak keluar produk baru pun jangan lah guna pregnancy test,” tulis warganet.

Bella mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu bersama Arif Izuddin Mohd Radzali.Ini merupakan perkahwinan kedua baginya.Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018.-mstar

Lima bulan berkahwin… Bella Dally beri bayangan sudah hamil!

Bella memberi bayangan dia kini sedang berbadan dua apabila memuat naik video alat ujian kehamilan di Instagram.SETELAH hampir lima bulan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Razali, pelakon Bella Dally memberi bayangan dirinya kini sudah berbadan dua.Menerusi laman Instagram, Bella memuat naik video pendek kelihatan dia sedang memegang alat ujian kehamilan dengan tanda positif pada malam Selasa.

Bagaimanapun, Bella tidak menulis sebarang kapsyen pada video tersebut dan tidak dapat dipastikan tujuan dia berkongsi rakaman berdurasi 16 saat itu.Namun, pada penghujung video tersebut Bella menyatakan tarikh 29.8.2019 yang mungkin merupakan tarikh untuk dia mengumumkan sesuatu.Bella berkongsi rakaman video di Instagram.

Rata-rata pengikutnya turut teruja dengan perkongsian tersebut dan mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.Malah, rakan artis turut mengambil kesempatan meninggalkan komen di video tersebut.Antaranya Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah, Ummi Nazeera, dan Hanez Suraya.”Ya Allah, diam-diam tau dia buat kejutan. Tahniah babylove.

Bella berkahwin dengan Arif pada Mac lalu.“Yeah… Bella kita dah mengandung lah. Tak sabar nak tengok Bella bawa perut besar, mesti comel je,” tulis warganwt .Bella berkahwin dengan Arif Izuddin di Marina Putrajaya pada 31 Mac lalu.Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella.Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018.-star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *