Akui bukan anak yang baik ketika ibunya masih hidup. Zynakal luah rasa sedih dan menyesal tak ziarah ibu di hospital. Lagi mengejutkan sekali ibunya beri satu pesanan ini

artis

Zynakal akui dia bukan seorang anak yang baik ketika ibunya masih hidup.PEMERGIAN ibu tersayang Zuridah Ibrahim, 53, pada Sabtu benar-benar tinggalkan kesan mendalam kepada penyanyi dan komposer muda iaitu Zynakal. Menerusi perkongsian ketika membuat siaran langsung di Instagram (IG live), Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli 22, berkata kehilangan ibunya membuatkannya sedar dia bukanlah seorang anak yang baik.

“Apabila dah selesai semadikan ibu saya dan tengok b4tu nisan, saya terus terdetik ‘aku tanam mak aku sendiri’. Saya tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup saya.”Sejujurnya sebelum mak pergi, saya tak pernah hargai dia. To be honest, saya bukan seorang anak yang baik. Sampaikan kami pernah berbalah, mak saya cakap kalau dia dah tiada, jangan datang tempat persemadian dia.

“Betul orang-orang tua cakap, hargai ibu bapa kita selagi masih ada. Bila terjadi pada diri saya, baru terasa perasaan macam ini kehilangan orang tersayang.”Masa dia masih hidup, saya jarang hubungi dia… hubungan kami tidak seperti ibu dan anak. Masa dia di hospital, saya tak melawat dia. Jujur… saya bukan anak yang baik,” kata Zyn dalam keadaan tidak dapat menahan sebak.

Zynakal menyesal tidak pernah hargai ibunya ketika hayat.Menerusi laporan mStar pada Sabtu, ibunya yang juga kakak kepada penyanyi Zamani menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang akibat jangkitan kuman dan komplikasi buah pinggang di sebuah hospital swasta di Kampung Baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakit ini turut berpesan kepada penonton yang melihat IG Live tersebut untuk sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.”Kita tak tahu bila ibu bapa kita akan pergi. Kehilangan orang tersayang ini bukan macam bercinta dan putus. Tapi kehilangan ini tak kan dapat jumpa lagi selepas ini.”Kalau kita bnci ibu bapa sebab apa yang mereka lakukan terhadap, kita kena fikir mesti ada sebab yang baik kerana mereka lakukan begitu,” ujarnya.-mstar

Dah Rasa Berat Hati. Zamani Akhirnya Buka Cerita Mengenai Pemergian Kakaknya Dan Perasaan Yang Mula Timbul Sebelum Kakaknya Menghembuskan Nafas Terakhir

Kuala Lumpur “Saya cakap pada dia ( kakak) saya tak nak pergi show apabila melihat keadaannya agak teruk. “Tapi, dia kata jangan kerana dah janji dengan orang. Nanti kena saman dan lagi pun ia babitkan karier saya,” kata penyanyi Zamani Slam mengulas perbualan akhir dengan kakaknya, Zuraidah Ibrahim pada malam kelmarin.

Zuraidah, 53, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam drah dan komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, jam 1 tengahari, semalam.Zamani yang sepatutnya menjayakan persembahan Konsert Mini Bersama Zamani & Ameng di sebuah hotel di Pulang Pinang, semalam berkata, dia sebenarnya berat hati untuk ke sana.  

“Perasaan itu amat berat. Saya dan isteri (Nur Juliana Abdul Rani) bertolak pun jam 9 pagi. Ketika sampai di Bukit Gantang, saya terima satu panggilan telefon yang dijawab oleh isteri.”Dia diam selepas itu seperti sembunyikan sesuatu. Melihatkan keadaannya yang lain macam, saya bertanya perkara sebenar dan barulah dia jawab.

“Saya teruskan perjalanan ke lokasi persembahan untuk jelaskan kepada penganjur dan buat video. Mereka pun faham situasi saya,” katanya kepada Harian Metro.Menurutnya, untuk memandu kereta pulang semula ke Kuala Lumpur agak mustahil dan penganjur membantu membelikan tiket penerbangan pulang pada jam 5.45 petang.”Kami bawa kakak ke hospital pada Khamis lalu untuk buat proses ‘dressing’ bahagian kakinya. Keadaannya ketika itu lemah dan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sejak itu, saya pastikan setiap malam pergi menjenguk dia. Saya difahamkan kakak saya menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang buat rawatan dialisis.”Siapa yang tak sedih kehilangan kakak. Sekarang tinggal saya dengan abang Zulfazli dan kami pun masing-masing tak sihat,” katanya.Zamani bagaimanapun berkata, hidup perlu diteruskan dan dia bersyukur sempat pulang untuk menyelesaikan urusan persemadian kakaknya.Jnzah Zuraidah yang juga ibu penyanyi Zynakal, selamat disemadikan di Tanah Perkbrn Taman Keramat, Kuala Lumpur pada jam 9 malam.-metro

Kakak Kepada Zamani Slam Dan Ibu Kepada Zynakal Hembuskan Nafas Terakhirnya Sebentar Tadi. Rakan Baik Zamani Maklumkan Punca Sebenar Pemergian Kakak Kepada Penyanyi Tersebut

Kuala Lumpur: Kakak kepada penyanyi, Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal, Zuraidah Ibrahim, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di sebuah hospital swasta di Kampung Baru akibat komplikasi buah pinggang.Perkara ini dimaklumkan oleh rakan baik Zamani dikenali sebagai Babah Lan.Menurutnya, Zuraidah dimasukkan ke hospital terbabit sejak dua hari lalu untuk rawatan. Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembahan bersama Ameng, hari ini. Sebaik menerima berita ini, penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kami belum pasti masa tepat ketibaannya dan akan menunggunya untuk urusan lanjut. Buat masa ini jnzh masih berada di hospital dan selepas ini akan di bawa ke masjid Taman Keramat,” katanya.   Menurutnya, abang Zamani iaitu Zulfazli juga dalam perjalanan ke hospital. Kakak Zamani, Zuraidah bertindak menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.-metro

Tidak Percaya Pengurusan, Keluarga Mahu Urus Akaun Zamani (Slam)

Zamani bersama kakaknya, Zuraidah pada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih pada Isnin. Keluarga penyanyi Zamani (Slam) akan menguruskan kewangan artis itu selepas kurang percaya terhadap syarikat pengurusan Johan Aziz Production yang menguruskan Zamani selama 22 tahun.Kakak penyanyi itu, Zuraidah Ibrahim berkata, syarat tersebut diberikan selepas Zamani berkers mahu syarikat berkenaan terus menguruskan kerjayanya.”Kalau diikutkan saya tidak setuju kerjaya dia diuruskan oleh pengurusan lamanya kerana sebelum ini banyak masalah timbul, namun saya hormati keputusan Zamani untuk menggunakan khidmat mereka lagi.

Oleh itu kami ada sediakan perjanjian bertulis dan meletakkan beberapa syarat kepada pengurusannya terutama berkaitan akaun Zamani yang perlu diuruskan sepenuhnya oleh keluarga,” ujarnya kepada mStar Online.Zuraidah ditemuipada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih, di sini, pada Isnin.Dia diminta mengulas tentang perancangan kerjaya Zamani selepas keluar dari pusat pemulihan Rumah Pengasih.

Wajah terbaharu Zamani yang kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.Tambah Zuraidah, dia memberi kepercayaan tersebut selepas Zamani, 43,  berusaha meyakinkan keluarga untuk berada bawah pengurusan lamanya.”Saya ingin pengurusan baru untuk kehidupan baru dia, tapi selepas dia meyakinkan saya untuk bersama dengan pengurusan lama, saya tidak boleh menghalang kehendak dia.”Tapi kami mahu satu perjanjian yang jelas dan meminta pihak pengurusan menyerahkan hal berkaitan kewangan kepada keluarga terdekat sahaja. Hal-hal lain iaitu tentang persembahan nyanyian mereka yang akan uruskan,” ujarnya.Dalam pada itu, abang penyanyi itu Zulfazli berkata, keluarga mereka sentiasa menyokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Zamani.

Katanya, mereka akan sentiasa memantau perkembangan mengenai pemulihan Zamani selepas dia mengambil keputusan untuk keluar dari Rumah Pengasih.Kami sekeluarga tidak pernah menghalang untuk dia keluar dari Rumah Pengasih dan gunakan khidmat pengurusan lama. Kami sentiasa sokong dan mahu melihat perkembangan pemulihan dia depan mata kami sendiri.”Kami mahu terlibat dengan kerjaya dia kerana kami lebih rapat dengan dia. Kalau dulu orang tanya saya apa perkembangan Zamani, saya sendiri tidak tahu nak jawab sebab saya sendiri tidak tahu,” ujarnya.Sementara itu, pengurusnya Johan berjanji untuk menjaga kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak mereka bagi memastikan kerjaya Zamani berada di tempat yang betul.”Saya akan sentiasa mengambil pendapat keluarga terlebih dahulu jika apa-apa yang berlaku kepada Zamani,” ujarnya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *