Tak ramai pengikut IG tapi dapat jadi heroin. Shasha Abedul dikatakan guna orang dalam untuk dapatkan watak tersebut dan ini penjelasan dari Shasha.

artis

Shasha tak lihat isu jumlah pengikut di Instagram jadi penentu tawaran lakonan.GARA-GARA ditawarkan watak heroin dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, pelakon baharu Shasha Abedul berkata ada warganet mempertikaikan mengenai pemilihannya itu.Ini kerana Shasha, 23, dikatakan tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan tidak layak diangkat sebagai pelakon utama dalam drama tersebut.“Ada seorang individu pertikaikan tentang benda ini dan tanya kenapa saya ditawarkan sebagai heroin sedangkan pengikut di Instagram tak ramai… sampai dikatakan gunakan orang dalam!“Tapi saya tak mahu jadikan isu kerana bagi saya dalam hal ini saya bertuah sebab produksi nampak bakat lakonan dan beri peluang untuk saya tunjukkan.“Soal pemilihan pelakon ini pada saya bergantung pada rezeki… tak boleh nak cakap jumlah follower sebagai alasan.

Shasha minat lakonan dan pengacaraan.“Ada sahaja pengikut sikit tapi job banyak… semuanya berbalik pada individu dan situasi mesti ada sebab mereka dipilih berlakon!, ” katanya kepada mStar.Shasha ditemui di set penggambaran drama terbaharu berjudul Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production, baru-baru ini.

Saya bermula dengan iklan komersial tiga tahun lalu. Ia memang minat saya. Perlahan-lahan, saya mencuba pula berlakon drama.

Dalam drama yang menampilkan beberapa pelakon baharu iaitu Ismail Izzani, Cik B, Shalma Eliana dan Aniq Hero Remaja ini akan disiarkan pada Oktober ini di slot Lestari, TV3.Memulakan karier sebagai model iklan komersial sejak tiga tahun lalu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata dia tertarik untuk menjadi pelakon selepas aktif bekerja di belakang tabir.

Shasha dan Ismail Izzani bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.“Saya bermula dengan iklan komersial tiga tahun lalu. Ia memang minat saya. Perlahan-lahan, saya mencuba pula berlakon drama.“Saya bermula dengan terbabit dalam program On Air. Di situ saya belajar banyak perkara termasuk lakonan. Sejak itu juga, saya beranikan diri pergi uji bakat drama.“Saya suka mengacara tetapi rezeki nampaknya lebih kepada lakonan! Jadi saya memilih untuk mencuba apa sahaja peluang yang ada, ” ujarnya yang memiliki lebih 30,000 pengikut di Instagram.-mstar

Permulaan baik untuk Shasha

NAMA pelakon baharu, Shasha Abedul mungkin masih asing dalam kalangan peminat dan orang industri.Namun, bagi penggemar drama Melayu ada antaranya sudah mulai mengenali gadis kecil molek ini meskipun hanya melakonkan watak pembantu.Nama Shasha kian meniti di bibir peminat terutama penonton setia drama Satukan Rasa yang kini ditayangkan di Astro Ria dengan melakonkan watak Dede.Fenomena luar biasa drama lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana itu selain menjadi trending pada setiap episod memberi tuah kepada Shasha untuk lebih dikenali sekali gus mencipta populariti

“Alhamdulillah, saya anggap ini permulaan yang baik dalam kerjaya. Orang mulai kenal saya dengan watak ini.“Paling penting, saya bertuah apabila dapat bekerjasama dengan mereka yang cukup profesional.“Populariti pelakon utama drama ini adalah bonus hingga drama ini trending setiap malam. Jadi, saya pun tumpang rezeki mereka,” katanya.Shasha yang bermula dalam bidang iklan komersial sejak tiga tahun lalu mencuba nasib sebagai pelakon pada 2018 menerusi drama Isteri Bukan Untuk Disewa yang ditayangkan di TV3.Shasha mengakui, sebelum diberi peluang berlakon dia sudah banyak kali ditolak ketika menghadiriuji bakat yang dibuat beberapa syarikat produksi.

“Saya bermula dengan iklan komersial tiga tahun lalu. Ia memang minat saya. Perlahan-lahan, saya mencuba pula berlakon drama.“Saya bermula dengan terbabit dalam program On Air. Di situ saya belajar banyak perkara termasuk lakonan. Sejak itu juga, saya beranikan diri pergi uji bakat drama.

“Walaupun banyak kali ditolak, saya tak putus asa dan teruskan mencuba. Sehinggalah saya diberi peluang oleh Osman Ali dalam Isteri Bukan Untuk Disewa.“Selepas itu, saya terus diberi peluang melakonkan watak pembantu dalam produksi Zeel Production. Dari situ, saya terus berlakon sampai sekarang,” katanya.Semakin seronok.Lebih setahun berlakon, Shasha berkata, dia semakin seronok apatah lagi dapat belajar sesuatu yang baru dalam setiap projek disertai.“Lama-kelamaan saya semakin seronok. Sebab belajar banyak perkara baharu. Saya juga belajar daripada kesilapan terutama watak dalam lakonan. Saya cuba perbaiki setiap kelemahan.

“Saya tidak mengikuti sebarang kelas lakonan. Saya belajar sendiri di lokasi. Saya tengok watak orang lain dan belajar dari situ. Mana tahu dapat watak itu pada masa akan datang, saya boleh gunakan.“Dalam erti kata lain, saya semakin minat bidang ini. Saya mahu lagi dan berasa tak nak berehat. Tak pernah bosan pun,” katanya.Ditanya sejauh mana kesediaannya melakonkan babak ranjang, Shasha berkata, dia berani menolak jika perkara itu tidak perlu dibuat.“Saya percaya, babak sebegini tentu saja ada batas. Tapi, ia terpulang kepada jalan cerita. Kalau okey, saya buat. Kalau tak, saya boleh beri pandangan.“Saya tak nak buat sesuatu yang tak selesa. Bukan apa, kalau saya tak dapat buat dan sampaikan dengan baik, mesti pengarah pun tak puas hati,” katanya.

Shasha berkongsi, jika diberi pilihan dia mahu melakonkan watak antagnis.“Kalau boleh nak cuba watak antagnis yang betul-betul jht hingga orang bnci. Kalau nak lebih mencabar, saya nak watak yang baik dan naif.“Tapi buat masa sekarang, saya terima saja. Saya masih dalam proses pembelajaran, jadi perlu untuk tahu banyak perkara. Bagi saya, setiap watak berbeza pembawaan karakter,” katanya.-mymetro

Biodata Shasha Abedul, Pelakon Drama Chandelier

Shasha Abedul merupakan antara pelakon yang bakal menghiasi drama adaptasi novel ‘Chandelier’ arahan Michael Ang yang dijangka menemui penonton di slot Megadrama, saluran Astro Ria.Antara lain, drama rantaian yang bakal ke udara pada Februari 2020 itu turut dibintangi Ben Amir, Mimi Lana, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Aisar Khaled, Nynaa Harizal dan ramai lagi.Biodata Shasha Abedul. Menggunakan nama komersial, Shasha Abedul. Berumur 23 tahun (2020). Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model. Bakatnya dicngkil daripada program realiti, On Air. Antara drama dibintanginya termasuk Isteri Bukan Untuk Disewa, Sara Sajeeda, Voice Note, Satukan Rasa dan Chandelier. Laman sosial Instagramnya atas nama @shashaabedul sehingga kini sudah diikuti lebih 23,000 warganet.

Fakta Menarik.Berfizikal kecil molek.Memulakan karier seni sejak tahun 2016 menerusi bidang iklan komersial sebelum trjun ke dunia lakonan pada 2018 dengan membintangi drama Isteri Bukan Untuk Disewa.Sebelum menerima tawaran lakonan daripada pengarah Osman Ali, beliau terlebih dahulu melalui kegagalan dalam beberapa sesi ujibakat yang diaturkan beberapa syarikat produksi.Namanya mula meledak selepas membawa watak Dede dalam drama rantaian, Satukan Rasa di saluran Astro Ria.Kini cukup dikenali di kalangan penggemar drama Melayu kerana sering memegang peranan sebagai watak pembantu.Tidak mengikuti sebarang kelas lakonan, beliau sebaliknya hanya bersandarkan kepada pengalaman yang ditimba di lokasi penggambaran.Mengidamkan watak lakonan berbentuk antagonis atau watak wanita yang baik serta naif.-iluminasii

Pengikut IG Tak Ramai Tapi Boleh Jadi Heroin, Warganet Pertikai Watak Pelakon Baru Shasha Abedul

Dipilih untuk membawa watak heroin dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, pelakon baru Shasha Abedul dikritik sesetengah warganet yang beranggapan bahawa dia tidak layak membawa watak berkenaan.Ini berikutan bahawa Shasha,23, dikatakan tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan tidak layak diangkat sebagai pelakon utama dalam drama tersebut.Malah, dia juga telah dituduh menggunakan orang dalam hanya untuk membawa watak utama dalam drama itu.“Ada seorang individu pertikaikan tentang benda ni dan tanya kenapa saya ditawarkan sebagai heroin sedangkan pengikut di Instagram tak ramai..sampai kena tuduh guna orang dalam!”

Namun, Shasha tidak mahu menggunakan isu tersebut kerana dia beranggapan dirinya bertuah kerana pihak produksi melihat pada bakat lakonannya dan telah memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan bakat terpendam.“Soal pemilihan pelakon ini pada saya bergantung pada rezeki, tak boleh nak cakap jumlah follower sebagai alasan. Ada saja pengikut sikit tapi job banyak..semuanya berbalik pada individu dan situasi mesti ada sebab mereka dipilih berlakon.”Dia yang ditemui di set penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta turut dibintangi beberapa barisan pelakon lain seperti Ismail Izzani, Cik B, Shalma Eliana dan ramai lagi.Drama tersebut bakal menemui penonton pada Oktober ini di Slot Lestari, TV3.Sumber: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *