Kongsi video suami solat. Warganet sanggup DM Abby Abadi untuk beri satu komen ini dan bukan main padu lagi Abby Abadi balas mesej tersebut

artis

Pelakon dan usahawan Abby Abadi menjawap kata-kata yang dilmparkan kepadanya oleh segelintir warganet yang mendkwa dirinya riyak apabila berkongsi satu video suaminya sedang solat di tempat jualan.”Semalam saya kongsikan video suami solat ni kt story. Ada yang dm kata ini riyak, menunjuk. Saya balas semula, saya kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tapi kan saya yg pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang tu.

“Ini IG saya. Ye saya tak sempurna. Takkan mungkin sempurna, tapi saya cakap, saya kongsi tazkirah, renungan qalbu. Ingatkan pasal solat dalam IG ni agar IG saya bermanfaat utk org lain. Jadi bila tiba2 saya padam, ada juga kenangan indah yg saya tinggalkan disini,” jelas Abby Abadi.Menurut Abby, sangat rugi jika laman sosial hanya digunakan untuk bersembang kosong, menunjuk itu dan ini tan langsung berdakwah untuk mengingatkan kepada Pencipta. 

“Bila ingatkan benda baik2, pergi mana2, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena.. bila ajak liburan, ajak gi konsert, pergi layan benda2 mengrut.. berpuluh2 kali post pun takpe, siap repost lagi..bila pasal solat, sentap tak tentu hala… itulah kesilapan besar kita sebenarnya. Walhal hidup ni memang untuk sebarkan agama DIA.

“Muhasabahlah..mmg tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan2. Berpesan2.dgn kebenaran. Berpesan2 dgn kesabaran. Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tp sebab nak sama2 ke syurga & bernilai disisiNYA,” tulis Abby lagi. Tambah Abby lagi, sangat rugi jika hidup tidak solat dan menangguh-nangguhkannya kerana kita tidak akan tahu bila kita akan pergi tinggalkan dunia yang sementara ini.-beautifulnara

Abby Abadi Bersyukur Rumahtangga Kekal Harmoni. Akhirnya Abby Abadi Tampil Kongsikan Tips Keluarga Bahagia. Rupa Rupanya Ini Yang Dia Lakukan.

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi bersyukur perkahwinan mereka kekal harmoni dan bahagia. Berkongsi tip menjaga hubungan perkahwinan, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama.“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bertolak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara… itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni! “Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang bergaduhlah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.Abby menjawab soalan seorang pengikut yang mahu mengetahui tip kebahagian rumah tangga di Instasory miliknya pada Khamis. Pelakon drama Gerak Khas ini berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Muhammmad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Sungai Buloh pada Disember tahun lalu.“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anggap mereka ini anak (angkat). “Ini anak-anak saya dunia dan akhirat!,” ujarnya. Pasangan ini memelihara tiga anak angkat sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Abby Abadi Dah Lama Tak Bekerja Tiba Tiba Ada Seseorang Dtg Mintak Pinjam 50k. Terkejut Abby Abadi Bila Tahu Siapa Orang Tu.

Selebriti Abby Abadi meluahkan kekesalannya terhadap sikap segelintir individu yang suka meminta-minta untuk meminjam duit daripadanya. Dia menyatakannya di Instagram Story bahawa bakal peminjam tersebut mahu mendapatkan jumlah wang yang agak banyak bermula dari RM10,000 hingga RM50,000, sedangkan dia sendiri tidak bekerja.Tidak dinyatakan gerangan individu tersebut sama ada dari kalangan pengikut di Instagram atau pun mereka yang dikenalinya. Bagi Abby, tidak perlu merayu atau memberikan bukti dengan lampiran kad pengenalan semata-mata untuk menyakinkan dirinya. “Cukuplah merayu, siap nak bagi Copy IC bagai. Saya memang tak boleh tolong, harap maaf ya.”

Dengan meletakkan kata-kata “Kerja Keras Untuk Hidup” sudah jelas menyatakan yang Abby bekerja keras untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Jadi, mengapa ada yang mudah untuk meminjam sebegitu rupa?Menjengah laman Instagramnya, dapat dilihat Abby gigih berniaga pelbagai barangan seperti hijab mask, penutup kaca kek, rempenyek, susu dan busananya. Jadi, di kala dia sibuk mencari rezeki, ada pula yang mudah-mudah mahu meminjam? Begitulah asam resam dunia. Orang cuma memandang apa yang dimiliki sekarang, tetapi tidak mengetahui perjalanan ke arah itu. Semoga Abby sekeluarga sentiasa murah rezeki.

Pilih Sek0lah Swasta Untuk Anak, Jumlah Yuran Yang Perlu Dibayar Abby Abadi Buat Ramai Terkedv

Sekolah swasta kini makin mendapat tempat dalam kalangan ibu-bapa yang mahukan pendidikan berkualiti kepada anak-anak mereka dengan memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah kerajaan. Pemilihan sekolah swasta ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu yang mahukan pendidikan berkualiti berbanding dengan sekolah kerajaan.

Tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi pendidikan dan masa depan, pelakon Abby Abadi mengambil keputusan menghantar anak-anaknya ke sekolah pendidikan swasta. Jelas Abby menerusi laman Instagram miliknya, dia mahukan pendidikan terbaik buat permata hati daripada semua segi.“Zaman Mama Abah tak sama dgn zaman anak2 ni. Rugi kalau ketinggalan. Jadi Mama Abah nkkan pendidikan yg terbaik utk anak2 ini. Kalau buleh nk jadikan mereka bijak pandai dari segala segi. Baik dari segi akal fikiran & akhlak mereka,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia akan terus berusaha sehabis mungkin untuk membiayai yuran persekolahan. Pada masa sama, wanita ini turut mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mana dia hanya dapat membeli satu baju sekolah untuk dipakai beberapa tahun.Bahkan, dia turut berjalan kaki untuk ke sekolah demi mencari ilmu. “InshaALLAH Mama Abah usahakan sehabis baik utk anak2 Mama. Belakang2 tabir biarlah jdi rahsia hihi. Doakan cukup rezeki ALLAH bagi kt Mama Abah utk bagi yg terhebat utk anak2 ini ye. Mama Abah tak dpt mcm ni dulu, gi sekolah bukan main bersiap lagi…. siap bersarapan sedap2.“Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang2 yilek huhu. Jadi, bersyukur dgn apa yg ada gunakan peluang & ruang yg ada ni sebaik mungkin tau anak4. Berterima kasih pada ALLAH atas segala limpah rezeki & rahmat yg telah di kurnia. Amin,” jelasnya.

Jumlah Yuran

Sekadar maklumat, yuran persekolahan yang disebut Abby jumlahnya hampir RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah. Manakala yuran pendaftaran pula mencecah hingga RM8,000.Walaupun sekolah swasta ini sering dianggap sebagai ‘sekolah untuk anak orang kaya’ oleh sesetengah pihak, ia tidak menghalang ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Faktor utama mereka adalah kualiti pendidikan yang lebih baik walaupun terpaksa membayar yuran tinggi. Tetapi tidak semua sekolah swasta mengenakan caj yuran tinggi kerana sekolah swasta aliran Agama masih mempunyai caj yuran munasabah dan tidak terlalu tinggi berbanding sekolah swasta konvensional.

Justeru, terpulang kepada ibu bapa untuk menilai sekolah mana yang menjadi pilihan mereka menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pelajaran terbaik. Sistem pembelajaran kedua-dua sekolah juga telah melahirkan ramai golongan profesional seperti doktor, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang penting adalah negara ini dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda berkebolehan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *