Khuatir dengan virus COVID19. Seorang pengundi tarik perhatian ramai dengan memakai kostum Power Rangers sehinggakan dirinya tular di semua platform media

Viral

Kebiasannya, superhero akan mengg4daikan nyawa mereka sendiri dengan melwan pihak lwn sampai habis. Namun, lain pula yang terjadi di Sabah apabila Power Rangers dilihat turun mengundi seperti manusia biasa.Suanasana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi meriah apabila seorang pengundi hadir dengan memakai kostum watak adiwira dalam Power Rangers. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di pusat membuang undi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang.

Kelibat individu berkenaan berjaya dirakam oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pengundi lain, yang kemudiannya tular di beberapa platform media sosial dan aplikasi Whatsapp.Mungkin kerana khuatir dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, lelaki tersebut hadir dengan cara tersendiri. Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat.Untuk perkembangan terkini PRN Sabah, proses mengundi sudah pun tamat pada jam 5 petang lepas. Keputusan bakal dibuat oleh pihak SPR yang dijangka dilakukan pada malam ini.-lobakmeah

Petugas KKMM pulang dari Sabah wajib jalani saringan Covid-19

Petugas dari Jabatan Kesihatan melakukan saringan terhadap pengundi yang menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Mantob hari ini. KUANTAN – Semua kakitangan agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang bertugas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, wajib menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) sebaik sahaja pulang ke Semenanjung.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan semalam sebagai langkah berjaga-jaga dan inisiatif KKMM walaupun setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), belum mewajibkan petugas yang pulang dari Sabah melakukan ujian tersebut.”Kita ada ramai petugas yang dihantar dari ibu pejabat ke Sabah, khususnya mereka dalam bidang penyiaran, berita dan penerangan untuk membantu rakan di sana kerana faktor demografi negeri itu yang terlalu luas.

“Ada petugas yang balik telah mengambil inisiatif membuat ujian dan didapati negatif. Bagaimanapun masih ramai lagi petugas kita yang berada di sana dan kita harus berwaspada,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Latihan YouTube Zon Pantai Timur di sini hari ini.

Program dua hari anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu turut dihadiri Pengerusinya Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.Saifuddin yang kerap berkunjung ke Sabah sebelum ini, memaklumkan beliau telah menjalani ujian tersebut dan didapati negatif Covid-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, semua syarikat produksi yang sedang menjalani atau merancang melakukan penggambaran di Sabah diingatkan supaya mengambil langkah sewajarnya dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Syarikat produksi sering berkomunikasi dengan Finas mengenai SOP dan kita menasihatkan mereka untuk menangguhkan dahulu jika penggambaran melibatkan lokasi di kawasan zon merah atau jika boleh, cari lokasi lain. Tapi yang penting, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, kementerian bersedia untuk membantu siasatan berhubung dkwaan sebuah syarikat China yang ada kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan yang dikatakan mempunyai data 1,400 rakyat Malaysia.Katanya, dua agensi di bawah KKMM iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity Malaysia bersedia membantu, jika diminta berbuat demikian. – Bernama

Covid-19: Empat masjid ditutup sementara

Penyebaran hebahan penutupan masjid melalui aplikasi WhatsApp semalam. KUANTAN – Empat buah masjid di sini diarah tutup buat sementara waktu termasuk solat fardu dan Jumaat berkuatkuasa semalam susulan terdapat kes jangkitan positif koronovirus (Covid-19) di kawasan berhampiran.

Masjid terlibat ialah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSAS) Sungai Isap, Masjid Othman Ibnu Affan Bukan Rangin, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid daerah al-Hidayah.Pengerusi MSAS Sungai Isap, Dr Sharafuddin Aisa Osman berkata, penutupan sementara itu dibuat selepas terdapat kes jangkitan positif Covid-19 di kawasan berhampiran.

“Semalam, saya dimaklumkan oleh kadi Kuantan bahawa empat masjid tersebut perlu ditutup selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan individu positif Covid-19.”Jadi, solat Jumaat dan solat fardu serta segala bentuk aktiviti perlu ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, tular satu hebahan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai penutupan lima masjid susulan KKM mengesan satu kes positif Covid-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, satu kes positif baharu Covid-19 dikesan melibatkan warganegara Malaysia yang baru pulang dari Sabah, petang semalam.

Beliau berkata, justeru, semua jemaah dan ahli kariah dinasihatkan solat di rumah atau surau dan masjid berdekatan yang lain sementara menunggu tindakan lanjut oleh pihak berwajib.Dalam pada itu, Dr Sharafuddin berkata, azan dan solat akan didirikan oleh pegawai masjid bertugas seperti biasa namun jemaah dan ahli kariah tidak digalakkan untuk hadir berjemaah di masjid.

Katanya, notis akan ditampal di pagar dan pintu masuk masjid untuk memaklumkan langkah yang diambil itu kepada jemaah serta orang awam.“Insya- Allah, semua ibadat dan aktiviti di masjid ini akan diteruskan kembali selepas semua tindakan pembersihan, pengesahan daripada pihak berwajib dilakukan atau sehingga keadaan mengizinkan,” katanya.-sinarhariab

Calon BN positif Covid-19

PITAS – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim disahkan positif koronavirus (Covid-19) hari ini.Sufian dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata, beliau menerima keputusan ujian saringan hari ini dan disahkan positif (Covid-19).”Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak-saudara yang membantu sepanjang kempen.

“Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh,” tulis calon muda BN itu di laman sosial itu.Sufian pada masa sama turut memohon kontak rapatnya mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan saringan kesihatan.Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut disahkan positif Covid-19.-sinarharian

Biz Hall 2020 bantu usahawan terjejas Covid-19

TEMPOH beberapa bulan kebelakangan ini merupakan detik yang sukar kepada usahawan terutama yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik koronavirus (Covid-19).

Kajian oleh SME Corp baru-baru ini mendapati kira-kira 170,000 usahawan PKS dan mikro di seluruh negara terjejas akibat Covid-19 dan mengakibatkan 8.85 peratus perniagaan gulung tikar akibat kegawatan ekonomi global yang berpunca daripada virus itu.

Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menganjurkan sesi ‘town hall’ yang dinamakan, Bizz Hall 2020 sebagai pelan strategik bagi membantu rakyat khususnya usahawan mendapat khidmat nasihat, latihan dan pelbagai fasiliti di bawah MEDAC.

Yayasan Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, Penganjuran Biz Hall 2020 ini diharap mampu memberi kelegaan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk meneruskan perniagaan dalam tekanan ekonomi yang sangat mencabar serta dapat membuka peluang kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi di bawah MEDAC.

“Sokongan kepada usahawan juga perlu diberikan secara berterusan dengan menggalakkan mereka menimba ilmu pengetahuan selain membuka peluang-peluang baharu agar mereka boleh mengembangkan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bizz Hall 2020 akan diadakan Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang pada 27 September 2020. Ia akan dirasmikan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.Pelakon popular yang juga pemilik Rosyam ST Mart, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor akan bertindak sebagai moderator.

Yayasan Bank Rakyat berkata, sebanyak 66 peratus penyertaan dalam program yang julung kalinya diadakan ini adalah golongan usahawan yang berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan.“Mereka adalah usahawan dari Lembah Klang iaitu seramai 159 peserta, diikuti Selangor (147), Melaka (9), Pahang (7), Negeri Sembilan (8) dan lain-lain negeri,” katanya.

Tambahnya, pelbagai agensi kerajaan akan terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKKM), SME Corporation Malaysia (SME Corporation), SME Bank – Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) dan Bank Rakyat.

Agensi lain yang turut terlibat ialah TEKUN Nasional, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ ), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Cradle Fund Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Sementara itu, Nazir Hussin berkata, program berbentuk pembangunan dan latihan ini mensasarkan seramai 1,000 usahawan terpilih di tujuh lokasi dalam negara dengan hasrat membantu perniagaan mereka dan membantu rakyat yang berminat untuk menjadi usahawan.“Penganjuran Biz Hall 2020 dapat membantu usahawan-usahawan PKS dan mikro yang terkesan dengan koronavirus (Covid-19) untuk memulihkan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, usahawan perlu mencari peluang dalam suasana ekonomi yang sukar ini dengan memanfaatkan setiap peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya MEDAC dan agensi-agensi yang sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan usahawan.Sekiranya, ada usahawan PKS dan mikro yang berminat untuk menyertai Biz Hall ini, boleh menghubungi sekretariat di talian 012 3665400 (Norhaziqah Radzi) dan 012 3382246 (Haziqah Hazemi).-sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *