Hakikat vaksin. WHO maklumkan lebih 2 juta pemergian akan berlaku walaupun vaksin digunakn dan ini penjelasan dari wakil WHO sendiri

berita

JUMLAH pemergian akibat Covid-19 boleh mencecah sehingga dua juta sebelum vaksin digunakan secara meluas.Amaran oleh pengarah pasukan kecemasan WHO Dr Mike Ryan itu mengunjurkan angka lebih tinggi sekiranya tindakan sepadu tidak diambil, lapor bbc.com.Setakat ini hampir sejuta orang hembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 sejak wabak tersebut tercetvs di China tahun lepas.

Jangkitan terus meningkat di serata dunia dengan lebih 32 telah disahkan.Ombak kedua wabak tersebut telah bermula di beberapa negara di hemisfera utara menjelang musim sejuk.Sejak beberapa hari lalu Eopah menyaksikan lonjakkan kadar jangkitan hingga memaksa beberapa negara menguatkuasakan perintah ‘l0ckdown’ seperti mana semasa ombak pertama.-bebasnews

Lima Negara di Asia Yang Sedang Kini Mengalami Gelombang Kedua Covid-19

Gelombang Kedua Covid-19 di Negara Asia| Suasana di negara Malaysia semakin hari menunjukkan berlaku pemulihan daripada 4ncaman Covid-19. Perkara ini ternyata banyak dibantu oleh kejayaan pihak frontliner perubatan serta pentadbiran kita, yang seharus menerima pujian atas kejayaan bagi

meredakan kebimbangan akibat pandemik yang melanda serta sokongan kuat sistem perubatan kita yang berkesan. Namun demikian, tidak semua negara di Asia turut sama berada mengikut jejak kejayaan ini. Terdapat beberapa negara pada ketika ini sedang menghadapi srangan gelombang kedua Covid-19 hingga menyebabkan pelbagai usaha yang telah mereka jalankan terpaksa diberhentikan. Berikut adalah senarai lima buah negara  di benua Asia yang sedang atau diramalkan bakal mengalami gelombang kedua wabak virus Covid-19 tersebut.

China. China kini menghadapi gelombang kedua Covid-19 setelah terdapat beberapa laporan jangkitan berlaku pada 11 Jun 2020 di sebuah kawasan pasar yang berada di bandar Beijing.  Kes berkenaan telah mengakibatkan berlakunya pertambahan bilangan kes baru kepada 328 kes kesemuanya. Kes tersebut telah memecahkan rekod sifar kes negara China, selama 56 hari yang kosong sebelum ini.

Akibat penemuan kes baru ini, kerajaan China telah mengambil langkah dengan memperkenalkan kawalan pergerakan semula ke atas Beijing, serta meminta satu kajian terperinci dijalankan terhadap punca jangkitan virus ini di Pasar Xinfadi yang berada di daerah Fengtai. Bagi memastikan tiada lagi jangkitan seterusnya yang akan berlaku,

dalam tempoh beberapa minggu selepas jangkitan virus tersebut dilapor, pasukan perubatan China telah berjaya membuat saringan terhadap 7 juta penduduk Beijing dan mengarahkan penutupan semula sekolah, salon dan kedai makanan. Kerajaan China telah  mengumumkan terdapat hanya satu kes baru yang

ditemui di sekitar kawasan tersebut pada 1 Julai 2020. Pada masa sekarang, perintah kuarantin 28 hari mandat0ri telah dijalankan di Beijing dan masih lagi berjalan kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pesakit yang didapati positif.

Korea Selatan Gelombang Kedua. Korea Selatan sebelum ini adalah salah satu negara yang paling banyak menerima pujian kerana keberkesanan negara tersebut menangani penularan jangkitan Covid-19 semasa peringkat awal.

Korea Selatan sejak Mei 2020 telah berjaya mengawal dan memperlahankan penularan jangkitan virus ini ketika  gelombang pertama. Presiden Moon Jae-in semasa memberikan ucapan penghargaan atas usaha kerajaan mereka telah mendabik dada berbangga di atas kejayaan negara mereka pada ketika itu dengan dan beliau menggelarkannya sebagai ‘K-Quarantine’,

sempena gelaran muzik popular mereka iaitu K-Pop. Namun begitu, kes di Korea Selatan yang sebelum ini telah reda kini mulai meningkat semula pada sekitar 22 Jun 2020. Ini adalah disebabkan berlakunya penemuan beberapa kluster baru di bandar Seoul sehingga arahan lar4ngan berkumpul serta penutupan beberapa lokasi awam telah diperkenalkan semula Setakat 2 Julai 2020,  kes baru di Korea Selatan telah mencatatkan 50 kes baru di mana 44 daripadanya adalah merupakan jangkitan tempatan dan catatan ini adalah peningkatan tertinggi dalam tempoh 2 minggu sebelumnya.

Jepun. Negara Jepun pada penghujung bulan Jun turut dilaporkan telah bersedia untuk menghadapi gelombang kedua Covid-19, setelah jumlah rekod kes mencapai 55 kes yang merupakan jumlah tertinggi pernah di alami oleh negara mereka  dalam tempoh beberapa bulan. Jepun sebelum ini mencatatkan jumlah kes melebihi 50 kes pada 5 Mei 2020 dan kerajaan Jepun

telah mengambil keputusan untuk menarik semula perintah kawalan pergerakan pada 25 Mei 2020. Disebabkan kadar turun naik jumlah kes terbaru yang agak merisaukan, kerajaan Jepun telah meletakkan kawasan-kawasan yang sesak seperti bandar Tokyo dalam keadaan berjaga-jaga. Jika kadar kes baru jangkitan  virus Covid-19 ini kembali mencapai 70 kes,

kerajaan terpaksa mengembalikan pelaksanaan beberapa sekatan dan larangan. Pada 2 Julai 2020, kerajaan Jepun telah mengesahkan terdapat pertambahan 107 kes baru yang merupakan angka tertinggi dicatatkan dalam tempoh dua bulan. Apa yang membimbangkan, di antara 107 kes baru ini didapati tujuh puluh peratus daripada mereka yang dijangkiti adalah individu yang berusia 20 ke 30-an. Buat masa ini Jepun belum lagi bercadang memperkenalkan perintah l4rangan pergerakan semula.

Indonesia. Ketika negara Malaysia sudah boleh menarik nafas lega, Indonesia yang merupakan jiran besar kita, kini baru saja mencatatkan jumlah kes baru paling tinggi pada 2 Julai 2020, di mana mereka telah mencatatkan penemua 1,624 kes. Angka tersebut adalah merupakan jumlah tertinggi yang pernah

dicatatkan sejak negara tersebut melaporkan jumlah kes pertama pada 2 Mac 2020. Apa yang sangat menakvtkan; sungguhpun jumlah kes baru y ang dicatatkan di Indonesia masih lagi melebihi jumlah 1,000 kes dengan konsisten sejak 12 Jun, beberapa buah wilayah di negara tersebut seperti di Jawa dan Jakarta telah mula meringankan perintah peraturan kawalan. Jawa Timur

adalah kawasan yang paling terjejas teruk, ini berpunca daripada kepulangan masyarakat dari bandar-bandar kembali mvdik ke desa sempena hari raya Aidil Firi sehingga  akhirnya telah menyebabkan pertambahan jumlah kes di sana begitu memuncak dan masih kekal tinggi. Presiden Joko Widodo pada 28 Jun 2020

telah mengeluarkan kenyataan keras untuk bertindak memecat mana-mana anggota abinet serta agensi kerajaan yang masih memandang ent3ng terhadap kris1s yang sedang dihadapi oleh mereka. Diharapkan agar arahan tersebut tidak menyebabkan berlakunya perg0lakan politik di negara itu.

India. Pada penghujung bulan Mei, Kerajaan India  telah membuat pengumuman satu rancangan untuk melonggarkan perintah kawalan di negara mereka disebabkan tuntutan ekonomi, mulai 8 Jun 2020. Kelonggaran tersebut membolehkan beberapa buah industri yang telah terjejas kembali bergerak aktif serta kegiatan agama di rumah-rumah ibadat, dijalankan seperti biasa.

Namun begitu kelonggaran ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan kes yang begitu mendadak. Chennai, ibu negeri Tamil Nadu telah mengarahkan kawalan pergerakan semula di bandar tersebut serta di beberapa daerah berhampiran.

Setiap individu dibenarkan untuk keluar setakat 2km sahaja dari tempat kediaman mereka. Negara India melepasi angka 500,000 kes pada 26 Jun 2020, di mana buat kali pertama menghampiri 16,000 kes pemergian. Tetapi setelah seminggu berikutnya, angka tersebut telah meningkat kepada 620,000 kes dengan peningkatan jumlah pemergian sebanyak 18,200 kes sehingga 2 Julai 2020.

Tidak dapat disangkal lagi semasa pengumuman kelonggaran kawalan pergerakan tersebut dilakukan oleh kerajaan India, telah terdapat petanda jumlah kes penularan covid-19 di negara tersebut mulai menurun. Tetapi banyak pihak yang sejak awal sudah menjangkakan kelonggaran akan menyebabkan penularan wabak ini akan menjadi lebih teruk di India.

Tetapi apa yang membezakan negara mereka dengan negara lain yang turut sama terjejas teruk adalah bagaimana berkesannya pasukan perubatan mereka menangani kes jangkitan coivid-19 ini. Mengikut rekod, kadar kematian yang berlaku di India adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Sepanyol,

Brazil, Itali dan juga United Kingdom. Brazil dan Sepanyol khususnya menghadapi kesukaran berpunca daripada perg0lakan politik yang berlaku di negara tersebut, seiring dengan pandemik covid-19 yang melanda.Kesimpulannya, kestabilan p0litik adalah begitu penting bagi sesebuah negara dalam menghadapi waktu-waktu mencabar sekarang.-info sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *