Terkini kes positif covid 19 kembali 3 angka. 111 kes disahkan positif covid 19 hari ni. Terkedu kes di Sabah paling tinggi. Rupa rupanya ini punca buat orang ramai terkedu.

berita

PUTRAJAYA, 25 Sept – Jumlah jangkitan COVID-19 kembali ke tiga angka dengan mencatatkan 111 kes baharu hari ini. Daripada angka tersebut, 107 daripadanya melibatkan kes tempatan dan empat (4) lagi kes import. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 97 kes dikesan di Sabah, antaranya 74 kes daripada Kluster Bangau-Bangau dan 13 lagi daripada Kluster Benteng. Sementara itu, terdapat lapan (8) kes dikesan di Kedah termasuk tujuh (7) daripada Kluster Sungai serta satu (1) kes di Pahang. Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Terkini PM Umumkan Kalau Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Dia Akan Lakukan Sesuatu Buat Rakyat Terkejut. Akhirnya PM Tampil Bersuara Lantang Umumkan Kemungkinan Ini Yang Akan Diisytiharkan.

“Sekiranya kes Covid-19 meningkat dengan mendadak PKP akan dilaksanakan semula.” Itulah kata-kata yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi ketika menyampaikan pekembangan terkini tentang kes Covid-19 di Malaysia.

Ia berikutan dengan peningkatan yang begitu mendadak dekat 3 daerah baru-baru ini. Tambahnya lagi, pandemik ini mungkin akan berterusan dalam masa yang agak lama. Malah, beliau turut menambah bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Tan Sri Muhyiddin ketika menzahirkan rasa bimbangnya akibat peningkatan kes itu juga turut mengingati rakyat Malaysia supaya patuh SOP agar dapat sama-sama bantu dalam memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. Ini kerana beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan semula PKP jika kes terus meningkat secara mendadak.

Tiba Tiba Je Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Covid 19. Dijangka Makin Hari Akan Makin Banyak Pemergian. Kes Juga Makin Hari Akan Makin Naik. Dan Kemungkinan Ini Yang Akan Diisytiharkan.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Keadaan penularan COVID-19 di Malaysia kini berada dalam keadaan meruncing dan “bara api yang ada perlu dikawal supaya tidak merebak menjadi sesuatu yang tidak diigini.” Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dengan media selepas melaporkan perkembangan situasi COVID-19 dalam negara semalam, Khamis 10 Sept.

Sekiranya keadaan berterusan meruncing, peluang menjadi tipis untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “membendung benda ini” dan kemungkinan kes positif COVID-19 akan meningkat mendadak dan menyebabkan banyak pemergian seperti yang berlaku di banyak negara luar.

Kebimbangan beliau sudah tentunya berasas memandangkan kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini ditambah dengan kemunculan kluster baharu terutama di Kedah dan di Sabah. Untuk rekod, Malaysia mencatat kes positif COVID-19 tiga angka iaitu 100 pada Selasa 8 Sept, iaitu yang tertinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan pada Jun lepas.

Untuk hari lain sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, kes baharu COVID-19 dua angka dicatat pada Isnin 7 Sept (62 kes), Rabu 9 Sept (24 kes), Khamis 10 Sept (45 kes) dan enam (6) kes pada Sabtu 5 Sept dan enam (6) kes pada Ahad 6 Sept.

Dr Noor Hisham juga jelas khuatir dengan nilai Rt atau R naught (Ro) yang meningkat kepada 2.34 pada 9 Sept dan kemudiannya menurun kepada 1.78 pada 10 Sept. Beliau sebelum ini menyatakan kemunculan kluster baharu ini meningkatkan nilai Ro iaitu kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Pada 26 Ogos 2020, Ro dilaporkan 0.74. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa 8 Sept  memaklumkan bahawa Ro meningkat kepada 1.72 di. Malaysia. Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Ro adalah 3.55. Menurut Dr Noor Hisham, menurunkan nilai Ro kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

KES BAHARU KEMBALI DUA ANGKA

Dengan 45 kes baharu COVID-19 direkod sehingga pukul 12 tengahari Khamis 10 Sept, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 9,628 kes, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 333 kes.

Daripada 45 kes baharu itu, satu (1) adalah kes import, iaitu di Selangor, melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari Brazil. Sementara daripada 44 kes penularan di dalam negara, 11 adalah warganegara Malaysia dan 33 adalah bukan warganegara.

Untuk kes COVID-19 yang pulih, 24 pesakit didiscaj dan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 9,167 (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga kini, sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Lima pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian COVID-19 di negara ini kekal 128 kes (1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER COVID-19 YANG AKTIF

Setakat Khamis 10 Sept, terdapat tiga kluster COVID-19 yang aktif iaitu Kluster Benteng LD (Lahad Datu/Tawau), Kluster Sungai (Kedah/Pulau Pinang/Perlis) dan Kluster Telaga (Kedah/Pulau Pinang).

Kluster Benteng LD  – Tawau (1,909 disaring) dan 83 kes dikesan positif COVID-19, 625 individu negatif dan 1,201 individu masih menunggu keputusan. Di Lahad Datu, daripada 770 individu yang disaring, 87 dikesan positif, 291 individu negatif dan 392 individu masih menunggu keputusan.

Bagi Kluster Sungai, jumlah saringan di Kedah seramai 1,456 dan 39 dikesan positif, 1,017 individu negatif dan 400 individu masih menunggu keputusan. Di Pulau Pinang, daripada 122 individu yang disaring, 43 negatif sementara 79 masih menunggu keputusan. Di Perlis, daripada tujuh (7) individu yang disaring, satu (1) dikesan positif, tiga (3) negatif dan tiga (3) lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Telaga melibatkan saringan ke atas 4,673 individu. Di Kedah, daripada 4,626 yang disaring, 13 dikesan positif COVID-19, seramai 4,524 negatif dan 89 masih menunggu keputusan. Di Pulau Pinang, daripada 47 individu yang disaring, 46 negatif dan seorang masih menunggu keputusan.

PKPD DAN KAWALAN SEMPADAN

Susulan daripada peningkatan kes positif COVID-19 dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga, Kerajaan membuat keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar, Kedah mulai 12.01 tengah malam Khamis (10 Sept) sehingga 25 Sept depan.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam turut dihentikan sehingga tamat PKPD. PKPD (Pentadbiran) turut dikuatkuasakan di Penjara Tawau, berkuatkuasa 11 Sep hingga 25 Sept.

Sementara itu, berkuatkuasa Isnin 7 Sept, kerajaan Malaysia mengenakan sekatan kemasukan ke atas 23 buah negara yang mencatat kes positif COVID-19 melebihi 150,000 ke atas. Negara yang termasuk dalam senarai tersebut adalah Amerika Syarikat, Brazil, India, Russia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

Bagaimanapun, sekatan itu tidak dikenakan kepada diplomat asing termasuk ahli keluarga mereka. Kelonggaran juga diberi kepada pemegang Pas Ekspatriat dan pekerja mahir. Sementara itu, sejak 3 April 2020 sehingga 9 September 2020, jumlah pengembara yang masuk ke Malaysia adalah seramai 119,268 orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 995 disahkan positif COVID-19, iaitu 742 kes dikesan semasa saringan ketibaan dan 253 kes dikesan daripada saringan kedua pada hari ke-13.

WHO DAN SITUASI GLOBAL

COVID-19 bukan pandemik terakhir. Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam taklimat media dari Geneva, Switzerland pada Isnin 7 Sept. “Sejarah mengajar kita bahawa wabak dan pandemik adalah hakikat kehidupan. Namun begitu, apabila pandemik yang baru berlaku, dunia perlu besedia, lebih bersedia daripada yang yang berlaku dengan penularan COVID-19.

“COVID-19 juga banyak mengajar kita. Satu daripadanya, kesihatan bukan barang mewah untuk mereka yang mampu untuk membelinya. Ianya satu keperluan dan hak asasi manusia, ” katanya. Beliau menyarankan setiap negara melabur dalam kesihatan awam sebagai pelaburan untuk masa depan yang lebih sihat dan selamat.

Banyak negara, tambah beliau, mengambil langkah sedemikian, dan memberikan contoh, iaitu Thailand yang jelas menikmati hasil daripada pengukuhan sistem kesihatan sejak 40 tahun lalu. Dr Tedros juga menjadikan Itali sebagai contoh, meskipun negara itu adalah antara negara pertama dilanda wabak besar  COVID-19 di luar China.

“Itali membuat keputusan yang sukar, bertegas melaksanakannya dan berjaya mengurangkan penularan dan menyelamatkan banyak nyawa, ” katanya. Beliau turut memuji Uruguay yang melaporkan jumlah kes pemergian akibat COVID-19 paling rendah dalam kalangan negara Amerika Latin kerana mempunyai sistem kesihatan awam yang mantap.

Negara lain yang disebut ialah Mongolia, Pakistan, Kampuchea, Jepun, New Zealand, Republik Korea, Rwanda, Senegal, Sepanyol dan Vietnam. Kebanyakan negara yang dijadikan contoh bertindak dengan baik kerana pengalaman menangani wabak SARS, MERS, demam campak, polio, Ebola, selsema dan penyakit lain.

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Sementara itu, menurut perangkaan CoronaTracker (mengambil sumber pelbagai agensi termasuk WHO), jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia, setakat ini sudah mencecah 28,324,870 (rangkuman minggu lalu 26,486,344) dengan 913,913 pemergian (minggu lalu 873,470) . Jumlah pesakit sembuh ialah 20,324,870 (minggu lalu 18,674,844 orang).

Dengan rekod kes COVID-19 sebanyak 6,588,163Amerika Syarikat kekal di tempat teratas dalam senarai negara yang dilanda wabak COVID-19. Jumlah kes minggu lalu adalah 6,335,244 kes.  Angka pemergian 196,328 orang (minggu lalu 191,058 orang). Kes positif COVID-19 mula dikesan di negara itu pada 20 Jan.

India mengatasi Brazil untuk berada di tangga kedua dengan 4,559,725 kes (minggu lalu 4,046,150 kes) dengan 76,304 pemergian (minggu lalu 124,729 pemergian). Brazil di tempat ketiga, dengan 4,239,763 kes (minggu lalu 3,936,747 kes) dengan 129,575 pemergian (minggu lalu 68,569 pemergian), sementara Rusia merekod 1,046,370 kes (minggu lalu 1,015,105 kes ) dengan 18,263 pemergian (minggu lalu 17,649 pemergian).

Sementara China di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 39 dengan 85,168 kes (minggu lalu 85,120 kes ) dan angka pemergian kekal 4,634 (tidak berubah daripada minggu-minggu sebelumnya).

Dalam kalangan negara jiran Malaysia di Asia Tenggara, Filipina dan Indonesia menyertai senarai 32 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. Minggu ini Filipina merekod 248,947 kes (minggu lalu 232,072 kes) dengan 4,066 pemergian (minggu lalu 3,737 pemergian), sementara Indonesia mencatat 207,203 kes (minggu lalu 184,268 kes (dengan 8,456 pemergian (minggu lalu 7,750 pemergian).

Singapura pula merekodkan 57,229 kes (minggu lalu 56,948 kes) dengan angka pemergian kekal 27 seperti minggu sebelumnya,diikuti Thailand dengan 3,454 kes (minggu lalu 3,431 kes) dengan angka pemergian kekal 58.

Myanmar minggu ini mencatat 2.150 kes dengan 14 pemergiandiikutiVietnam, 1,059 kes dengan angka pemergian kekal 35. Kes COVID-19 di Kampuchea kekal 274 kes dengan sifar pemergian. Tiada perubahan kes COVID-19 di Brunei 141 kes (2 pemergian) dan Laos kekal 22 kes (minggu lalu 20 kes) dan sifar pemergian.

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia. WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik. WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 pemergian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan. Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *