Bekas pemain Terengganu Mohamad Solihin pergi menghadap illahi. Mengejutkan ini punca sebenar pemergiannya buat warganet terkedu.

ISU SEMASA

Bekas pemain Terengganu City FC,Mohamad Solihin Mahamad telah pergi menghadap illahi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini sebentar tadi. Laman Facebook Football Terengganu memaklumkan, Solihin yang juga pemain Piala Presiden Terengganu Football Club pergi menghadap illahi selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini.

“Semoga ahli keluarga sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan Solihin di dalam syurga Allah SWT bersamanya orang yang beruntung berada di sisiNya,” memetik kenyataan tersebut. Marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Solihin. Alfatihah

Sumber: Football Terengganu, PFA Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Perlwnan amal bantu legenda Terengganu

BEKAS bintang terkemuka negara yang pernah menyarung jersi Terengganu dan Selangor bakal berentap dalam prlwnan amal bagi mengumpul sumbangan buat dua bekas legenda bola sepak skuad Penyu, Mohd Fadali Jalil dan Rosli Ishak yang kini terlantar akibat sakit yang dihidapi mereka.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Terengganu (PBPBT) Mat Sedek Wahab berkata, perlawanan amal antara bekas pemain skuad Penyu dan The Red Giants itu bakal berlangsung pada 15 Ogos ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Katanya, atas rasa keprihatinan untuk membantu mengumpul sumbangan dana bagi meringankan beban dua bekas pemain Terengganu itu yang kini terlantar sakit, pihak persatuan bekas pemain negeri terpanggil untuk mengadakan bola sepak itu.

Beliau berkata antara bekas pemain kebangsaan yang bakal beraksi dalam program amal itu termasuk kapten negara, Rosdi Talib di samping Subri Sulong, Hairuddin Omar, Mohd Ashari Samsudin, Badrulhisham Abdullah, Anuar Jusoh, Norhisham Hassan, Mazuki Yusof, Nor Farhan Muhamad, Zairo Anuar Zailani, Othman Mat Khiar dan penjaga gol, Mohd Syamsuri Mustafa yang akan mewakili Terengganu.

“Manakala bekas pemain kebangsaan yang akan mewakili Selangor termasuk Azman Adnan, Malek Rahman, Nizaruddin Yusof, Tengku Hazman Raja Hassan, Azrul Amri Burhan, Hardi Jaafar, Shahrin Majid, Nazrulerwan Makmor, Ivan Yusof, Talib Sulaiman dan penjaga gol Azizon Kadir.

“Walaupun tanpa penonton, peminat setia yang bermurah hati boleh menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang akan diletakkan di luar stadium tempat duduk berbumbung,” katanya.Mohd Fadali, 53 yang lebih mesra dipanggil Wek kini terlantar kerana masalah saraf dan jangkitan kuman akibat kncing manis manakala Rosli, 59 penyakit tidak boleh bergerak. “Fadali yang beraksi di posisi pertahanan pada era 90-an manakala Rosli di jentera pada era 80-an adalah watak penting dalam skuad Terengganu pada ketika itu,” katanya.

Bekas pemain bola sepak Terengganu terima bantuan Perkeso

KUALA TERENGGANU – Nasib bekas pemain bola sepak Terengganu pada era 90-an, Mohd Fadali Jalil yang kini terlantar sakit terbela apabila menerima pelbagai bantuan perubatan dan pemulihan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu hari ini.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, Mohd Fadali, 53, yang sakit saraf dan jangkitan kman akibat kencing manis serta hilang keupayaan kekal sejak Januari lepas menerima bantuan kerusi roda boleh laras, tilam angin serta lampin pakai buang.

“Hasil semakan kita mendapati caruman beliau semasa bermain dengan pasukan bola sepak Terengganu pada era 90-an dahulu melayakkan beliau memohon pencen ilat dan bantuan pemulihan. “Selain daripada yang diterima hari ini, Mohd Fadali akan menerima sebuah lagi kerusi roda, katil perubatan dan sebuah lagi tilam yang akan dibekalkan terus ke rumahnya oleh pembekal nanti,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd Fadali di kediamannya di Kampung Bukit Besar di sini hari ini.

Farihah berlata, pada Februari lepas Mohd Fadali turut menjalani operasi implan yang bernilai RM13,700 yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Perkeso. Dalam pada itu, Mohd Fadali yang juga bapa kepada lima anak itu melahirkan rasa syukur apabila pelbagai pihak tampil membantu beliau yang kini tidak lagi mampu bekerja dan mencari nafkah buat keluarganya.

“Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu dan mendoakan kesihatan saya selama ini, saya rasa cukup gembira kerana ada yang tampil membantu dari segi kos perubatan,” katanya. Sementara itu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang turut menyertai lawatan tersebut berkata,

kerajaan negeri akan meneliti bantuan yang boleh diberikan kepada bekas atlet di negeri ini yang berhadapan masalah kesihatan dan kewangan. “Salah satu inisiatif yang dapat kita bantu adalah melalui Tabung Darul Iman atau Skim Kad Sejahtera yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sekiranya diperlukan,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *