Terkedu bila tiba tiba Hanez Suraya dedahkan cara maid jaga ank dia. Rupa rupanya dalam diam sampai macam ni sekali maid dia buat.

artis

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya memilih untuk melayani pembantu rumahnya seperti kawan sendiri. Bersyukur kerana mempunyai pembantu rumah yang baik, ibu kepada dua cahaya mata itu menjawab hal tersebut selepas ditanya di ruangan Ask Me A Question di Instagram Stories baru-baru ini. 

“Soal maid ni rezeki masing-masing. Kadang-kadang ada yang dapat tak sesuai dengan mereka. “Saya bersyukur kerana maid saya sangatlah baik-baik. Bukan nak puji lebih-lebih tapi bersyukur. “Mereka jaga anak-anak saya dengan baik. Sayang macam anak-anak mereka sendiri.

“Itu yang paling saya utamakan. Selebihnya bab rumah mereka tahu kerja mereka,” tulisnya. Tambah Hanez, dia sebolehnya mahu pembantu rumah rasa selesa selain tidak berkira dari segi makanan. “Kita kena layan mereka macam kawan sebab sebab bagi mereka selesa dengan kita.

“Kerja mereka penat tau, mana nak jaga anak, nak masak, nak kemas, cuci itu ini. Mereka di sini ada kita sahaja sebagai keluarga mereka. “Bab makan kita jangan berkira, rezeki kita kongsi bersama. Insya-Allah pasti mereka baik dengan kita,” tulis Hanez lagi.

Dalam perkembangan lain, aktres yang kini aktif berbasikal ini baru sahaja memulakan bisnes restoran, Meat Cartel yang di Shah Alam dan Senawang. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

“Saya tak ciplak, itu sekadar contoh”

PELAKON Hanez Suraya menafikan dirinya menciplak rekaan sut aktiviti berbasikal yang terdapat di internet untuk dijual kepada pengikutnya. Hanez berkata, rekaan yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) itu hanyalah sekadar contoh untuk mengumpul maklum balas dan saiz pelanggan.

“Rekaan yang saya kongsikan di laman sosial hanyalah sekadar contoh dan ia untuk ‘sizing chart’ sahaja. Sebenarnya, rekaan baju yang saya bakal jual belum dimuktamad lagi.”Kami ingin melihat maklum balas mengenai saiz pelanggan dahulu. Jika pelanggan menekan pautan yang diberi, kami akan mengambil maklum balas dan saiz mereka.

“Apabila rekaan sudah dikeluar, kami akan utamakan mereka yang sudah memberi maklum balas awal. Seterusnya, barulah ia akan dibuka kepada umum,” katanya. Menurut Hanez, dia terpanggil untuk mengeluarkan jenama HypeNez selepas aktif membabitkan diri dalam aktiviti berbasikal.

“Kepada siapa yang melihat IG saya, pasti tahu kini aktif dengan dunia berbasikal. Jadi, untuk produk pertama saya akan mengeluarkan sut yang sesuai untuk aktiviti berbasikal ini. “Insya-Allah, lebih banyak produk dan pengumuman yang akan saya hebahkan nanti. Saya juga akan wujudkan HypeNez Cycling Club dan HypeNez Cycling Cafe, yang merangkumi kedai kopi, jualan aksesori, cuci dan servis basikal,” katanya.

Hanez tunggu lampu hijau

SEJAK mendirikan rumah tangga dan hamil anak pertama empat tahun lalu, pelakon Hanez Suraya kian jarang muncul di televisyen. Masakan tidak, pemilik nama penuh Hanez Suraya Abd Aziz itu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga dan membesarkan anak.

Bagaimanapun, selepas cahaya mata sulungnya, Puteri Aleesya mencecah usia empat tahun, masih tiada tanda-tanda menunjukkan wanita berusia 33 tahun ini akan kembali ke lokasi penggambaran. Mengakui amat merindui dunia lakonan, Hanez berkata dia masih menunggu lampu hijau daripada suami untuk kembali ke set penggambaran.

“Mestilah rindu dan masih nak berlakon, cuma saya kena minta izin suami sebelum membuat sebarang keputusan. “Sudah beberapa kali saya menyatakan hasrat untuk kembali berlakon, jawapan yang diberikannya seakan-akan membayangkan dia tidak bersetuju.

“Tunggulah, kalau ada rezeki dan watak sesuai, saya akan kembali ke lokasi penggambaran,” katanya. Tambah Hanez, ketika menonton drama fenomena Nur 2, perasaan untuk kembali bekerja semakin membuak-buak. “Ketika menonton drama Nur 2 baru-baru ini dan melihat watak Juita, tiba-tiba rasa rindu pula untuk membawakan watak sebegitu.

“Malah, kawan saya yang lain turut berkongsi pandangan serupa. Kata mereka, watak Juita memang sinonim dengan saya. “Kalau diberikan watak mencabar seperti itu saya pasti akan melakukannya cuma buat masa ini belum ada rezeki. Saya okay saja,” katanya ketika ditemui di satu acara yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Pada majlis terbabit, Hanez turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan. Kata Hanez, kelahiran kedua memberi perbezaan kepadanya apabila dia mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop.

Katanya, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu. “Sebelum ini saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea.

“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana. “Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan,” katanya. Menurut Hanez, disebabkan terlalu taasub dengan pengaruh drama Korea dia nekad melancarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca. “Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya.

Hanez obses K-Pop sejak hamil anak kedua

Pelakon Hanez Suraya mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Hanez berkata, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.

“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. “Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca. “Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.

Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan. “Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *