Jatuh air mata bila kongsi kan kisah populariti hilang sejak 8 tahun dulu. Rupa rupanya sampai macam ni sekali jadi pada Ayu Damit 8 tahun dulu.

artis

Penyanyi Ayu Damit mengenang kembali zaman sukarnya untuk kembali menempa populariti sejurus menjadi juara program realiti, One In A Milion, kira-kira 12 tahun lalu. Sinonim menerusi single Hanya Di Mercu, penyanyi asal Sabah ini mengakui dirinya pernah tersilap langkah hingga menyebabkan karier nyanyiannya kurang menyerlah sejak lapan tahun lalu.

Meski pelbagai naskhah seninya diketengahkan, namun ia dilihat masih kurang berjaya mengembalikan sinaran populariti yang pernah dikecapi. “Dulu kita ‘zero’, tidak tahu apa-apa. Orang cakap alami kejutan budaya. Bila tidak ada yang bimbing atau jaga dengan betul, sebab itulah perkara itu berlaku.

“Tetapi saya percaya, apa yang terjadi adalah proses pembelajaran dan pengalaman yang cukup bermakna sebenarnya.“Kalau ia tidak berlaku dulu, mungkin saya tidak tahu bagaimana cara untuk atasinya selepas ini. Pengalaman mengajar. “Apa yang saya lalui bukan satu hal yang mudah sebenarnya,” kata Ayu.

Terdahulu, Ayu ditemui pada sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) di Envi Skydining, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa. Bercakap soal penyertaannya sebagai salah seorang peserta GV tahun ini, Ayu mengambil peluang yang ada untuk membuktikan kebolehan, seterusnya cuba memberikan yang terbaik buat yang tidak putus memberikan sokongan.

“Ini satu pentas yang besar. Malah suami turut cakap, penyertaan dalam GV7 ini mungkin satu platform terbaik untuk buktikan yang saya masih lagi aktif menyanyi. “Dah lama tak keluar televisyen, jadi inilah peluang terbaik kembali perkenalkan diri ini kepada peminat yang sentiasa menyokong. Insya-Allah,” katanya optimis.

“Lapan tahun untuk saya bangkit bukan satu tempoh yang pendek. “Kalau ditanya apa yang saya lalui sepanjang fasa tersebut, bila ada yang kata kita sudah tak boleh menyanyi dan sebagainya. “Lagi satu, bila kita buat persembahan kecil-kecilan, sukar untuk dikenali kembali. Apabila ‘down’, nak naik balik tu susah,” dedahnya.

Memulakan saingan pertama pada 11 Oktober depan bersama 14 peserta tahun ini, konsert mingguan GV7 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

‘Selalu keluar TV, tak semestinya ada ‘job’,’ – Ayu Damit

PENYANYI Ayu Damit mengakui hakikat bahawa muncul kerap di televisyen, tidak semestinya memberi banyak rezeki buatnya dalam kerjaya nyanyian. Sedar, walaupun dia jarang muncul di TV, namun Ayu bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus hingga kini. “Ia hakikat yang benar. Buat apa kalau keluar TV selalu, tapi di luar tak ada ‘job’ (tawaran kerja),” katanya kepada Harian Metro.

Ayu juga berkongsi pengalamannya sebelum ini yang kerap muncul di TV ketika awal pembabitan di dalam industri hiburan. “Dulu, ada satu ketika di mana saya kerap muncul di TV tapi ‘job’ di luar tak banyak pun. Sekarang Alhamdulillah, walaupun tak banyak sangat tapi tawaran persembahan sentiasa ada,” katanya. 

Menurut Ayu lagi, dia juga tak gentar keluar sendiri untuk mencari ruang dan peluang supaya dapat tampil sebagai penyanyi di pelbagai acara hiburan. “Saya rajinkan diri untuk keluar dan mencari peluang. Alhamdulillah, kalau ada apa-apa acara yang memerlukan saya, sudah tentu tampil buat persembahan. 

“Malah, ada juga di antara penganjur yang dah bayar deposit. Cuma, saya kena tunggu tarikh untuk terbabit dalam beberapa acara itu,” katanya.  Terbaharu, Ayu membuka restoran miliknya di ibu kota yang menampilkan pelbagai juadah enak dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan negeri kelahirannya, Sabah. 

Demi sesuap nasi, Ayu Damit sanggup tidur tiga jam sehari

PENYANYI Ayu Damit hanya tidur tiga jam sehari kerana bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya. Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 30, berkata, dia perlu menguruskan pelbagai perkara dari urusan rumah tangga hingga perniagaan.

“Tidur hanya tiga jam bukan masalah buat saya. Rutin saya bermula seawal pagi untuk uruskan anak ke sekolah terlebih dulu. “Selepas itu saya mula memasak kuih bahulu Borneo untuk dihantar ke beberapa kedai. Dalam masa sama, saya turut siapkan bekalan sate untuk restoran saya di Bukit Antarabangsa.

“Restoran ini dibuka jam 12 tengah hari hingga 12 malam dan saya akan berada di situ untuk melayan pelanggan,” katanya kepada Harian Metro. Namun, dalam masa sama Ayu tetap menyedari pentingnya menjaga kesihatan dan mengambil suplemen untuk kesihatan.

“Saya sama sekali tidak mengabaikan aspek ini kerana saya ada keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Saya bekerja keras selama beberapa tahun kebelakangan ini untuk mereka dan kini mula membuahkan hasil.

“Selain menyanyi, saya juga peniaga dan pengusaha ladang cili. Suami menguruskan ladang manakala saya membuat kerja pemasaran termasuk menghasilkan cili jeruk,” katanya. Ditanya impiannya, penyanyi berasal dari Sabah ini berkata, dia berhasrat untuk memiliki rumah sendiri sebelum usia 40 tahun.

“Kalau ikutkan, saya suka rumah kampung dan merancang tinggal di Hulu Langat kerana mudah tengok ladang cili yang juga terletak di situ. Insya-Allah, mudah-mudahan impian ini jadi kenyataan,” katanya. Sementara itu, Ayu bersyukur kerana sejak dibuka pada 12 Julai lalu, Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Sejak pelancarannya, restoran ini jadi tumpuan pelanggan untuk buat majlis hari jadi. Setiap minggu ada saja tempahan untuk majlis begitu. “Sekarang boleh dikatakan hari-hari ada orang buat sambutan hari jadi. Agaknya ia berkat pelancarannya sempena hari jadi saya. “Selain itu, ramai juga kawan-kawan artis yang datang makan. Promosi mulut ke mulut mereka ternyata membantu perniagaan saya,” katanya.

Ayu Damit bimbang ladang cili padi terjejas

PENYANYI Ayu Damit bimbang dengan tanaman cili padi dan fertigasi yang diusahakan di Batu 22, Hulu Langat, Selangor apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sekitar Batu 21 hingga 24 di situ hingga 13 April ini.

Ayu berkata, ladang cili padi seluas 1.6 hektar itu dijangka mengeluarkan hasil bulan depan. “Buat masa sekarang ia memang tutup. Segala aktiviti pun tidak boleh dibuat. Nasib baik ada pekerja yang tinggal situ dan boleh tengokkan.

“Sebelum ini suami berulang-alik menguruskan sendiri. Tapi sekarang, kena pantau secara panggilan. Suami akan menghubungi pekerja untuk buat apa yang patut. “Bukan apa, cili padi sedang membesar dan nak mengeluarkan hasil. Saya bimbang jika tidak dijaga dengan betul boleh rosak semuanya. Apatah lagi sekarang PKPD dilaksanakan,” katanya kepada Harian Metro.

Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Dimercu berkata, ladang diusahakan itu menjadi sumber pendapatan mereka sekeluarga sekarang. “Sepanjang PKP dilaksanakan semua kerja tertunda dan ada tawaran kerja lain terpaksa dibatalkan. Sama juga dengan artis lain.

“Cuma, saya bersyukur ada ladang diusahakan. Kebetulan kacang panjang baru habis musim, jadi ada juga hasilnya untuk kami sekeluarga dan pekerja. “Apa pun, semoga perkara ini berakhir dengan segera dan kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *