Terdahulu tular aksi instafamous ini memakai gelang pink ke restoran. Ini respon Chazynash susulan dikritik teruk atas perbuatannya itu

Viral

Personaliti media sosial, Chazynash tidak kisah dengan kritikan diterima selepas tular video lakonan memakai gelang pink di tempat awam.Menurut Chazynash, dia tetap akan terus berkarya walaupun tidak disukai oleh segelintir pihak.”Jadi kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke Instagram saya. Jangan segan-segan ‘follow’ saya. 

“Tak suka video saya, nak kritik, kritik lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya. Terima kasih kepada semua yang sokong, alhamdulillah syukur.”Nak cakap pasai isu sensitiviti, ampa pi 7E tolong la pakai sentiasa ‘mask’. Masuk kedai runcit walaupun sat ja, tolong la ‘scan’ mysejahtera. “Ampa pi cucuk duit kat bank, tolong jaga jarak 1 meter. KITA JAGA KITA! Baru betul. Sekian,” tulisnya di Instagram (IG).

Entri yang hampir mendapat 25,000 liked (tanda suka) itu turut memuat naik foto bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak.
Video menimbulkan kontroversi itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menpu orang ramai.Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan warganet.-gmpk

Instafamous Anggap Gurauan Pakai Gelang Pink Di Temapt Umum. Ismail Sabri Tampil Beri Penjelasan Dan Tindakan Susulan Perbuatan Individu Terbabit

MANA-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalhan kerana menpu orang ramai.Perkara itu ditegskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media petang Selasa.

“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga men1pu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menpu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat individu-individu termasuk influencer yang mempersendakan gelang merah jambu atau tag kuarantin, dengan tujuan untuk membuat guravan atau pr4nk kepada orang awam.Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontr0versi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan.“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.

“Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar,” katanya.Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya melihat pandem1k Cov1d-19 sebagai perkara yang serius dan bukannya sesuatu yang boleh dijadikan bahan gur4uan.

Terdahulu, dilaporkan seorang personaliti media sosial mencetvskan kontr0versi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai ‘gelang pink’ ketika makan di restoran.Instafamous berkenaan yang lebih dikenali sebagai Chazynash kemudian tampil membuat permohonan maaf bahawa video tersebut hanyalah lakonan dan bukannya pr4nk di tempat awam.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: MSTAR

Arahan PKPD Secara Pentadbiran Ditamatkan Di Dua Buah Zon Ini. Datuk Seri Ismail Sabri Terus Dedahkan Punca PKPD Ditamatkan Dan Tempoh Baru PKPD Di Satu Zon Ini

PUTRAJAYA, 13 Sept – Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Zon Kenanga dan Zon Mawar di Aman Jaya, Kedah ditamatkan berkuatkuasa tengah malam ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan penamatan tersebut berikutan tiada lagi kes positif COVID-19 yang direkodkan di Zon Kenanga, manakala hanya satu (1) kes direkodkan di Zon Mawar dan telah pun dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Bagaimanapun, PKPD Secara Pentadbiran bagi Zon Melor akan disambung bermula 14 hingga 27 September ini ekoran 12 kes positif COVID-19 (dikesan) pada saringan kali kedua.“PKPD ini melibatkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.

“Semua penduduk yang terlibat diminta untuk beri kerjasama dan patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-siakapkeli

PKPD Pentadbiran Dilaksanakan Di 28 Mukim Kota Setar. Ismail Sabri Dedahkan Mukim Yang Terlibat Dan Punca PKPD Dilaksanakan

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran yang akan berkuat kuasa di 28 mukim daerah Kota Setar berkuat kuasa tengah malam ini akan membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.

PKPD Pentadbiran itu diputuskan selepas mengambil kira peningkatan kes positif COVID-19 dari Kluster Sungai dan Tawar di daerah berkenaan.”Ini juga selaras dengan cadangan oleh Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor),” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah berkenaan adalah sama seperti SOP PKPD Pentadbiran yang lain, termasuk larangn keluar dan masuk di kawasan berkenaan, di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya.

Sebanyak 28 mukim dalam daerah Kota Setar yang terbabit PKPD Pentadbiran berkenaan adalah seperti berikut:(1) Lnggar,(2) Bukit Pinang,(3) Gunung,(4) Kuala Kedah,(5) Sungai Baru,(6) Kota Setar,(7) Mergong,(8) Titi Gajah,(9) Alor Malai,(10) Pengkalan Kudor,(11) Padang Lalang,(12) Kubang Rotan,(13) Teluk Cengai,(14) Teluk Kechai,(15) Pumpong,(16) Derga,(17) Tajar, (18) Limbong, (19) Tebengau, (20) Teluk Mas,(21) Lengkus,(22) Kangkong, (23) Lepai, (24) Hutan Kampung, (25) Alor Merah,(26) Anak Bukit,(27) Sala Kechik,(28) Padang Hang-siakapkeli

Kedah syor PKPD bagi Kluster Sungai, Telaga

Alor Setar: Kerajaan negeri Kedah akan mengemukakan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan Covid-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan itu akan dibawa pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19 membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain.

Katanya, ini berikutan hanya pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran berjaya memberi kesan positif bagi mengekang penularan wabak itu seperti Kluster Sivagangga di Napoh dan Kluster Tawar di Amanjaya, Sungai Petani. “Kalau ikut pengalaman kita, memang PKPD adalah kaedah paling berkesan. Cumanya pertimbangan perlu dibuat sama ada langkah itu akan memberi kesan terhadap sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan.

“Kita bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit. “Rakyat sendiri berharap kerajaan negeri dapat ambil tindakan dan ini yang kita lakukan iaitu membuat syor dan menghantar segera kepada MKN,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 16 petugas kesihatan antara 26 kes positif Covid-19 dalam Kluster Sungai, setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata, daripada jumlah petugas kesihatan terbabit, seorang turut menjangkiti tujuh ahli keluarganya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya berharap rakyat Kedah dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan MKN. Katanya, rakyat perlu mengambil tindakan awal dengan menjaga keselamatan dan kesihatan diri selain mengelak daripada berada di luar rumah terlalu lama jika tiada keperluan.

“Kita tunggu keputusan MKN, dan di peringkat Kerajaan Pusat juga akan diadakan mesyuarat dan mereka akan mengambil tindakan paling baik setelah mengambil kira semua faktor.”Pada masyarakat pula, diminta terus menjaga penjarakan fizikal, bagi orang muda kurangkan melepak di luar untuk elak menjadi rantaian Covid-19 atau menjadi pembawa kepada orang tua dan adik-beradik,” katanya.-mymetro

Isu Kes Positif COVID19 Melibatkan Kalangan Petugas Kesihatan. KKM Dedahkan Punca Jangkitan Berlaku Dan Ini Langkah Pencegahan Yang Diambil Oleh Petugas

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyenaraikan punca-punca jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan mereka. Menurut satu kenyataan, 53 peratus jangkitan berpunca daripada petugas lain, manakala 22 peratus daripada komuniti dan 17 peratus lagi ketika menguruskan pesakit yang belum diketahui status jangkitannya.

Selain itu, tiada petugas KKM yang dijangkiti ketika menguruskan pesakit COVID-19 di wad isolasi dan unit rawatan rapi (ICU). Justeru, petugas-petugas kesihatan di hospital dan klinik KKM serta swasta dinasihatkan agar memakai pelitup muka jenis 3-PLY svrgical mask sepanjang waktu bekerja dan mengamalkan langkah pencegahan lain.

Penjarakkan fizikal yang selamat di tempat bertugas dalam kalangan rakan sekerja dan ketika menguruskan pesakit juga perlu diamalkan sepanjang masa bertugas.Dalam masa sama, ruang guna sama seperti kaunter jururawat, ruang makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan perlu sentiasa dalam keadaan bersih.-siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *