Selebriti muda negara tampil mengaku bergelar jutawan. Rosyam Nor beri pendapat sendiri berkenaan isu tersebut dan dedahkan perkembangan dia terkini

artis

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan, penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor menjelaskan beliau menghormati tindakan segelintir selebriti muda di negara ini yang berani tampil mengaku mereka kini bergelar jutawan.Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 53 ditemui, berkata mengaku jutawan itu hak masing-masing dan tak dinafikan kini makin ramai selebriti muda yang menceburi perniagaan.

“Pada saya terpulang mereka untuk mengaku diri sudah bergelar jutawan kerana berjaya dalam perniagaan diusahakan. Untuk saya, cukuplah hanya dikenali ahli perniagaan yang aktif dalam bisnes.”Gelaran jutawan atau tidak itu, biarlah kerana difinisi saya untuk bergelar jutawan, seseorang itu sudah pasti memiliki wang tunai atau simpanan berjumlah jutaan ringgit.

“Untuk saya, setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaikan dan tak sesuai rasanya dengan gelaran (jutawan) berkenaan. Lagi pun, apabila berani mengaku sudah jutawan semestinya ada pro dan kontra.”Dari aspek pro, boleh kita lihat kejayaan sudah  jutawan itu mampu dijadikan inspirasi oleh orang ramai  untuk lebih berusaha hingga berjaya. Manakala, kontranya ialah perihal keselamatan yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan waspada,” katanya.

Rosyam yang masih aktif berlakon lagi memaklumkan, peluang selebriti masa kini untuk mendapat kehidupan menyenangkan agak mudah kerana ada pelbagai cabang platform untuk mereka menjana pendapatan.Katanya, berbanding orang lama seperti dirinya dahulu lebih mencari peluang untuk dipilih sebagai duta produk oleh rangkaian syarikat terkemuka sebagai usaha menambah pendapatan.

“Sekarang, jika seseorang selebriti itu rajin berusaha pasti dia akan berjaya. Umpamanya, menceburi perniagaan, aktif di platfom media sosial serta digital, termasuk ada ramai peminat.”Saya dapati, buat  ‘review’ produk di Instagram pun selebriti dibayar. Begitu juga, kandungan video di saluran YouTube. Pendek kata, cabang untuk peroleh pendapatan lain itu memang ada banyak,” katanya.

Kini, Rosyam menerusi syarikat produksinya, Suhan Movies & Trading tampil menerbitkan filem baharu berjudul Juang dengan kerjasama dua produksi lain iaitu Tropical Films dan The Film Engine.Memaklumkan peruntukan filem itu dengan bajet besar RM6 juta, Rosyam berkata ia karya yang diyakini akan menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua melalui pengalaman ‘berprang’ memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara pada Mac lalu.

Cetusan ilham filem Juang ini sepenuhnya diangkat daripada kisah benar membabitkan perjuangan kita bersama berisan hadapan seperti pertugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbangan sepanjang penularan Covid-19.Bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi, tiga pelakon utama dipilih ialah Zul Ariffin, Zizan Razak dan Jack Lim. Manakala, tanggungjawab pengarahan akan digalas enam sutradara berkaliber iaitu Eirma Fatima, Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Yusry Abdul Halim dengan membabitkan 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produksi.-gmpk

Jangan panik! Rosyam Nor terpaksa sekat pengunjung pasaraya gara-gara ‘panic buying’ – “Harap semua dapat bersabar”

PENYEBARAN pelbagai berita palsu mengenai keadaan semasa berikutan penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak mengundang kebimbangan masyarakat.Ia menyebabkan segelintir masyarakat mula membuat pembelian panik (panic buying) dan menyrbu pasaraya berdekatan bagi mendapatkan stok barangan asas.Perkara ini diakui oleh pelakon yang juga merupakan pemilik sebuah pasaraya, Datuk Rosyam Nor.

Menurut Rosyam, pasaraya miliknya disrbu ramai pelanggan sehingga dia perlu menghadkan kemasukan kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.”Apabila perdana menteri buat pengumuman, pasaraya mula dikunjungi orang ramai untuk cari barang. Saya tahu semua jadi panik tiba-tiba dan datang beramai-ramai.

Rosyam berkongsi perkembangan terkini di laman Instagram miliknya.“Minta maaf… sebab keadaan dah jadi macam ni kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat.”Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang… nanti jadi kelam-kabut,” katanya.

Rosyam berkongsi situasi tersebut menerusi laman Instagram miliknya.Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (restriction of movement) di negara ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.Rosyam minta masyarakat jangan panik!

Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan bermula Rabu sehingga 31 Mac 2020.Bagaimanapun pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian tidak tertakluk kepada lrangan tersebut.Sementara itu, pelakon filem Balistik ini berkata, pasaraya miliknya itu akan dibuka 24 jam sehari sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan itu.

“Kami harap anda semua dapat bersabar kerana premis kami dibuka 24 jam dan stok barangan ada, kami dah berbincang dengan supplier.”Malah penghantaran barang juga diteruskan macam biasa, tiada apa yang perlu ditakutkan. Minta maaf, harap semua dapat bersabar!,” ujarnya.-mstar

Rosyam Nor turun padang edar bantuan RM50,000 menerusi kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’

Rosyam (berdiri, kanan) turun padang membantu menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.PRIHATIN dengan masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19, pasaraya ST Rosyam Mart melalui kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Pengarah ST Rosyam Mart yang juga pelakon, Datuk Rosyam Nor, sebanyak 1,000 keluarga daripada pelbagai komuniti termasuklah penggiat seni menerima sumbangan keperluan barangan asas itu.”Pihak kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan jenama perniagaan iaitu Ikhlas membantu mereka yang memerlukan di musim COVID-19 ini. Kami telah mengenalpasti 1000 keluarga yang memerlukan bantuan merangkumi pelbagai persatuan dan badan NGO.

“Sumbangan itu juga dipanjangkan kepada Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) dan Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS). Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Ikhlas dan berharap kerjasama murni ini dapat diteruskan untuk masa akan datang,” katanya.

Sebanyak RM50,000 daripada jumlah dana sumbangan telah diserahkan kepada ahli Profima, Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (Perkhas), ​ibu tunggal, pertubuhan bukan kerajaan, masjid dan persatuan kebajikan penduduk.Kempen Derma Dengan Ikhlas mendapat kerjasama beberapa pihak terutamanya badan NGO.

Kerjasama Ikhlas dan pasaraya ST Rosyam Mart dijalankan kerana Datuk Rosyam Nor dan Datuk Raymond Ho terlibat secara aktif bersama pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kebajikan Masyarakat Desa Melawati (Perkemas).Sehingga kini, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah berjaya mengutip dana sebanyak RM911,000 melalui inisiatif derma digital awam.

Sejak hari pertama Ramadan, Ikhlas yang merupakan jenama di bawah naungan Air Asia telah mengedarkan barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa kepada lebih 5,800 buah keluarga di seluruh negara.Sebanyak RM50,000 daripada jumlah dana sumbangan telah diserahkan kepada ahli Profima, Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (Perkhas), ​ibu tunggal, pertubuhan bukan kerajaan, masjid dan persatuan kebajikan penduduk.

Sementara itu, Ketua Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata pasukannya telah mengedarkan bantuan di lebih 50 lokasi mencari mereka yang memerlukan bantuan.”Kami berasa terpanggil untuk meringankan beban komuniti yang memerlukan, terutama pada masa yang mencabar ini. Setakat ini, kami telah mengedarkan bantuan ke lebih 50 buah lokasi dan kami menyedari bahawa ada ramai lagi komuniti yang memerlukan bantuan.

“Dengan semangat #InThisTogether, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasaraya ST Rosyam Nor untuk terus mengedarkan barangan keperluan asas kepada lebih ramai keluarga dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan,” ujarnya.-mstar

Tular beri kesan positif, Rosyam Nor terkejut pelanggan bertambah

PELAKON Datuk Rosyam Nor memberitahu isu yang melibatkan ST Rosyam Mart sehingga tular di laman sosial memberi kesan positif kepada pasar raya tersebut.Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 52, berkata pelanggan di pasar raya itu semakin bertambah selepas isu tersebut diperkatakan.

“Walaupun isu tersebut menjadi tular di laman sosial tapi ia telah memberi kesan positif kepada ST Rosyam Nor. Rezeki bukan datang dari manusia tapi datang dari Allah.”Selepas isu itu heboh diperkatakan, saya mendapat panggilan telefon daripada pekerja mengatakan pelanggan beratur panjang dan tak cukup pekerja dan keesokkan hari pun sama pelanggan bertambah-tambah.

Rosyam mengambil isu melibatkan St Rosyam Mart secara positif.“Macam sebelum ini ada yang kata nak boikot, tapi Alhamdulillah masih beri kesan positif ramai orang datang beli-belah di sini,” katanya kepada mStar Online.Rosyam ditemui ketika majlis sidang media pencerahan dan penjelasan isu ST Rosyam Mart di Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa pada Sabtu.

Selain Rosyam, sidang media tersebut turut dihadiri pemilik dan pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd iaitu Ho Ah Chai dan anaknya Datuk Raymond Ho Cheng Hann.Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab sebagai selebriti Rosyam berharap masyarakat berhenti menyebarkan perkara negatif.Menurutnya, mereka perlu melihat pencapaiannya sebagai inspirasi untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan.

Rosyam berharap masyarakat berhenti sebarkan berita tidak baik.“Diberi peluang pertama kali anak Melayu dapat bekerjasama dengan bangsa lain dalam perniagaan runcit dan jadikan inspirasi kepada mereka untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan.

“Tujuan utama saya tubuhkan pasar raya ini untuk membantu masyrakat kita merasai memberi barangan dalam suasana lima bintang dengan harga yang murah.”Hentikan tular tidak baik. Saya bukan nak mengajar tapi tanggungjawab saya sebagai selebriti mengingatkan,” ujarnya.Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertama pelakon filem KL Gngster 2 itu membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak Group Sdn Bhd.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *